CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Tahun Jadi Artis, Baru Sekarang Fadlan Dapat Jadi Hero

8-11-2021 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5864| Komen: 50

Description: Berbaki kurang dua bulan sebelum memasuki 2022, aktor tampan, Fadlan Hazim enggan mengenang segala kisah duka yang tercoret pada relung hatinya.
Berbaki kurang dua bulan sebelum memasuki 2022, aktor tampan, Fadlan Hazim enggan mengenang segala kisah duka yang tercoret pada relung hatinya.

Bagi jejaka berusia 29 tahun itu, dia mahu terus fokus menjalani kehidupan yang mendatang dengan kisah indah yang bakal tercipta pada 2022.

Kata Fadlan, selepas hampir 10 tahun dalam industri seni tanah air, dia mahu merencana kembali perjalanan seninya dan mahu menikmati kejayaan dalam karier.


Foto: IG

"Tahun depan kalau boleh saya nak 'pukul habis' sebab selama hampir 10 tahun dalam industri seni hiburan, saya belum pernah berasa kejayaan besar dalam kerjaya ini.


"Ditambah pula dengan wabak Covid-19 yang melanda hampir dua tahun, saya nak cuba mencipta kejayaan baharu dan lebih mendekati peminat yang selama ini tidak putus-putus menyokong perjalanan seni saya.

"Kalau boleh tahun depan juga saya nak cuba tampilkan sesuatu pembaharuan dalam hidup. Saya nak kehadiran saya di kaca TV meninggalkan impak yang positif," katanya.



Siapa sangka selama hampir sedekad memahat bakat sebagai pelakon, Fadlan kini diberi peluang besar untuk memegang karakter utama di slot Akasia TV3.

Kata Fadlan, dia begitu menantikan detik bersejarah itu dalam karier seninya dan tidak menyangka peluang keemasan berkenaan masih ada untuk dirinya.



"Insya-Allah hujung bulan ini saya mula menjalani penggambaran drama Sayang Tak Dikenang untuk slot Akasia TV3.

"Saya amat bersyukur kerana pihak TV3 memberi saya peluang ini. Lama saya menunggunya kerana sebelum ini selalu berusaha menarik perhatian pihak stesen TV dan penerbit dengan membuktikan kemampuan dan bakat lakonan saya.

"Walaupun selama beberapa tahun ini saya boleh dikira agak lewat berbanding rakan-rakan artis seangkatan lain, tapi saya berasa lega dan syukur dengan segala nikmat rezeki ini.

"Sekarang, ini adalah tanggungjawab yang besar kepada saya untuk mengalasnya dengan sebaik mungkin. Saya perlu buktikan yang pilihan dibuat tidak salah dan meninggalkan impak luar biasa,"katanya.



Beralih mengenai penampilan baharunya yang kelihatan lebih 'sado' dan bergaya di media sosial, Fadlan mengakui kini dia 'pasang badan' untuk tampil lebih menarik.

Katanya, jika sebelum ini dia mempunyai banyak kekangan dan masalah, namun sekarang sudah bersedia untuk mempersiapkan dirinya dengan lebih baik.

"Ya saya nak tampil lebih menarik. Sebelum ini memang boleh buat badan, tapi banyak perkara yang menghalang seperti masalah depresi yang saya hadapi sebelum ini.

"Kini saya sudah pun pulih sepenuhnya dan bebas daripada segala toksik di dunia ini. Saya ingin fokus kepada diri sendiri.

"Lagipun saya bukan makin hari makin muda, jadi saya perlu pentingkan penjagaan diri kerana saya nak 'duduk lama' dalam bidang ini lagi," katanya.





Ditanya apakah perancangan yang ingin dilakukan pada masa mendatang, Fadlan mengakui dia mahu menceburi bidang pengacaraan.

"Tahun depan saya ada beberapa perancangan seperti nak cuba mengacarakan program sendiri. Kalau ada peluang, saya suka nak hoskan program travelog.

"Saya suka kalau peminat tidak hanya melihat saya sebagai pelakon, kalau boleh saya nak jadi personaliti versatil yang boleh membawakan pelbagai cabang kerjaya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 8-11-2021 03:28 PM
dulu hensem jambu gak, nape ke arah kebanglaan pulak iols nampak skrg
Quote missyL 8-11-2021 03:35 PM
Ensem jgk bg I die ni.
Tp skang mcm nmpk lain sket
X manis dah gituuu lol

Tp dah putus ngn gf cine die tu
Adekah sbb tu muka da xde seri haha
Ex gf pn dah ade bf baru. Mmg taste malay hehehe
Quote bedahmenjuyah 8-11-2021 03:39 PM
Mmg tak pernah jd hero meh? Bukan ms baru keluar dia jd hero drama jodoh ke hapa tah. Ms tu ada satu forumner tergila2kan fadlan ni..
Quote SecretLuv 8-11-2021 04:20 PM
bedahmenjuyah: Mmg tak pernah jd hero meh? Bu ...


Tu la pasal. Drama Jodoh tu dia hero kot.
Hensem gile dia masa tu[em:17:] Sekarang pun hensem jugak tapi tak sehensem masa tu
Quote Incanto 8-11-2021 05:11 PM
ada drama bersiri panjang berjela dulu dia jadi hero

Papa Ricky

amnesia ke dia ni

tapi dia hensem
Quote dudaberhias 8-11-2021 05:17 PM
Dia memang herlokkk yachhh, dia layak sangat jadi hero untuk apa2 drama...Aura dah nak memancar, dulu2 aura takde lagi... Tapi makin keluar dah aura... Harap2 heolsss pergi jumpa mak eina untuk minta dukun tu power bagi aura heolss memancar2 ala eternal agittewww .

Better la dia ni dari pelakon laki muka kucing kurap penuh sabut kelapa dekat muka tu...

Muka pun elokk licin takde la berlubang2 boleh tuang teh ais.
Quote makadek 8-11-2021 05:24 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 05:17 PM
Dia memang herlokkk yachhh, dia layak sangat jadi hero untuk apa2 drama...Aura dah nak memancar, dul ...

Ta dapat di sangkal lagi kaka .... Nampak ler shedapppp mata memandang
Quote violetungu 8-11-2021 07:37 PM
Dulu hensem dalam citer jodoh..tapi skrg makin sememeh.muka tu ada,awatla kui busuk ni..ingat kan dia boleh naik dgn rupa dia tu..tapi x jgk.
Quote dudaberhias 8-11-2021 07:39 PM
makadek replied at 8-11-2021 05:24 PM
Ta dapat di sangkal lagi kaka .... Nampak ler shedapppp mata memandang

tu la... suruh dia datang rumah iolsss... bagi iolss sental pakai berus periuk dengan sabun cap buruh bagi wangi memancar2 dan hilang kepam busuknya tu...

hanya perlu fesyen dan style rambut sesuai je untuk heolsss dan kopek2 sabut kelapa kat muka tu supaya nampak wangi...
kalau tak wangi jugak takpe dikkk... hatyai dan pattaya kan ada... ajommm kita pergi buat pembedahan plastik... akak belanja pakai duit asb...

Quote makadek 8-11-2021 07:51 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 07:39 PM
tu la... suruh dia datang rumah iolsss... bagi iolss sental pakai berus periuk dengan sabun cap bu ...

Dh hujung tahun ni kaka peram dulu duit2 bln 1 dia veranak pinakkkk berpinar tahun depan
Quote AKAZ85 8-11-2021 08:13 PM
Yeke xpernah jadi hero.. Drama papa ricky tu kan ko watak utama.. Haishhh
Quote hyie 8-11-2021 08:54 PM
meols dulu gigih tengok citer jodoh season 2 sebab nak tengok heols yach
Quote momoruru 8-11-2021 08:57 PM
AKAZ85 replied at 8-11-2021 08:13 PM
Yeke xpernah jadi hero.. Drama papa ricky tu kan ko watak utama.. Haishhh

Mungkin maksud dia jadi hero slot drama popular dekat stesen TV ngetop  macam TV3...kalau yang rajin layan RTM / TV Okey ada je Fadhlan ni jadi hero.
Quote shiraloveyou 8-11-2021 09:07 PM
Dia ni hilang ingatan ke?drama jodoh astro dgn delina tv3 tu kan jadi hero....time tu gigih nau iols streaming drama lakonan si delan ni walaupun jauh beribu batu dari malaysia demi nak tgk muka jambu delan
Quote TerataiMelur02 8-11-2021 09:08 PM
Menanti komen "semoga..." dari kurex
Quote TerataiMelur02 8-11-2021 09:09 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 05:17 PM
Dia memang herlokkk yachhh, dia layak sangat jadi hero untuk apa2 drama...Aura dah nak memancar, dul ...

Kalau dia buat hal mesti d maafkan tanpa sebarang cercaan
Quote dudaberhias 8-11-2021 09:18 PM
TerataiMelur02 replied at 8-11-2021 09:09 PM
Kalau dia buat hal mesti d maafkan tanpa sebarang cercaan

yer kaka... harus la dimaafkan... janji herlokkk..

lain la shuk dan tauke jamban tu... serta poji nawawi...

yang ni kalau eksiden tepi jalan pun iolsss buat2 tak nampak sambil catwalk ala2 fara mendosa libas kopek kiri kanan...
Quote sharlenetexas 8-11-2021 09:30 PM
Iols pulak duk tgk Delina. Lupa ke heols jd hero bbnu?
Quote eely_shana 9-11-2021 09:13 AM
Tahniah dpt jd hero

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060500 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top