Siapa tidak gelabah bila cincin yang biasa dipakai tiba-tiba ketat dan tidak boleh ditanggalkan! Semuanya gara-gara PKP! (Perintah Kawalan Pergerakan).
Berkongsi video dirinya sedang berusaha keras untuk menanggalkan cincin tersebut, Izzah Izzaty Zulkiflee, 22 berkata, pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu tempoh PKP sebelum ini menyebabkan cincin yang sudah hampir dua tahun dipakainya tidak boleh ditanggalkan. "Seumur hidup saya, tak pernah lagi jadi macam ni, ni semua gara-gara PKP, saya duduk rumah asyik makan.
"Saya mula sedar yang cincin tu lekat sebab saya nak tanggalkan untuk cuci cincin tu, tapi tak boleh, ada dalam tiga jam saya cuba nak tanggal tapi tak lepas," katanya kepada mStar. Buntu, Izzah yang juga seorang peniaga dalam talian kemudiannya mendapatkan pandangan daripada rakan-rakannya. "Saya post dekat TikTok, saya rekod video saya tengah cuba nak tanggalkan cincin tu. "Mula-mula saya basuh tangan tak boleh, saya tanya kawan-kawan, mereka suggest letak minyak lepas tu saya letak sabun pinggan mangkuk pun susah juga nak buka," katanya yang menetap di Cheras di ibu negara. Izzah yang sudah bertunang berkata, dia hampir sahaja menghubungi bomba apabila segala usaha yang dilakukannya tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berhasil. "Memang bila tak boleh cabut tu saya rasa nak panggil bomba, tapi rasa sayang pula kalau panggil bomba sebab nanti kena patahkan cincin tu, jadi saya try juga untuk buka sendiri. "Susah, memang lama jugak masa yang saya ambil untuk buka tu sampai bengkak dan merah-merah jari saya. "Tapi lepas beberapa jam mencuba, letak sabun dengan minyak baru ia tanggal," katanya. Akibat kejadian itu, Izzah kini trauma untuk memakai semula cincin tersebut. "Saya pakai cincin tu dah lama dah sebelum ni boleh je cabut tapi seminggu lepas saya dapat suntikan vaksin memang saya makan banyak. "Tiba-tiba nak cabut cincin tu dah tak boleh sebab jari dah gemuk jadi sampai sekarang saya tak pakai cincin tu, takut dah," katanya, menambah cincin itu dibelinya sendiri. Susulan kejadian itu dia kini dalam proses untuk menurunkan berat badan bagi memastikan cincin tersebut boleh dipakai semula satu hari nanti. Sumber: mStar
|
tupaiterbang replied at 2-11-2021 11:25 AM
Muka dia sebijik maid indon aku dulu [em:3:]
ADVERTISEMENT