Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi foto mengenakan busana pengantin tradisional di Instagram.
Anggun mengenakan kebaya daripada fabrik songket, perkongsian Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir dengan kapsyen tarikh 1.11.21 bersama emoji cincin mengundang perhatian netizen. Ruang komen juga dihujani dengan ratusan ucapan tahniah yang rata-ratanya menyangka pelakon berkenaan sudah berkahwin. Bagaimanapun aktres berusia 26 tahun itu memberitahu foto tersebut diambil ketika menjayakan salah satu babak drama berjudul Shakira yang masih dalam penggambaran.
"Saya belum lagi bernikah atau berkahwin... foto itu hanya dalam salah satu babak drama yang sedang dalam penggambaran. "Bukan saya sengaja nak beri bayangan atau teka-teki. Sekadar nak kongsi foto tengah shooting sahaja," kata Janna ketika dihubungi mStar. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna berkata dia akan berkahwin selepas rambutnya panjang sehingga paras pinggang. Janna yang juga seorang penyanyi turut memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan berkaitan perkahwinan. Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita ini menegaskan dia akan berkongsi berita gembira berkaitan perkahwinan apabila sudah tiba masa yang sesuai. "Insya-Allah soal jodoh... kahwin ini, saya tetap akan kongsikan dengan semua apabila sudah tiba masanya nanti. "Macam yang saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang perancangan ke arah itu belum lagi. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya. Sumber: mStar
|
nolya replied at 1-11-2021 09:56 PM
Cantik laa Janna berbaju pengantin walaupun kerana shooting. Songket biru tu pun cantik. Pakailah yg ...
ADVERTISEMENT