CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kebodohan Apakah Ini? Bukan Kita Minta Tak Jual Terus Arak" - Syamsul Yusof

1-11-2021 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3920| Komen: 14

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof menempelak kenyataan dangkal seorang pengguna media sosial berhubung isu arak yang menggemparkan negara baru-baru ini.


Syamsul menerusi Instagram (IG) mendakwa individu terbabit tidak memahami isu sebenar yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.

“Kebodohan apakah ini? Arak sudah penuh jual dekat negara ini kan?

“Sekarang ini isunya bukan kita minta ban (haramkan), tidak jual terus (yang mana, lebih elok).

“Hanya tidak setuju Malaysia keluarkan jenama arak sendiri, siap guna nama arak yang mengelirukan dan ia diluluskan pemimpin islam. Itulah isunya,” jelas Yusoff.


Kredit foto: IG Syamsul


Terdahulu, pengguna Instagram yang tidak dikenal pasti identitinya itu dalam kenyataannya beranggapan masyarakat bukan Islam akan marah sekiranya hak mereka untuk menikmati arak dinafikan.


“Cakap 1Malaysia. 1Malaysia berbilang agama dan kaum kan? Kalau dia orang sekat terus arak itu, mungkin orang yang beragama selain daripada Islam akan marah sebab mereka tak dapat hak mereka, sedangkan orang Islam dapat haknya sendiri.

“Ingat orang Islam sahaja yang ada dekat Malaysia ini? Dia orang nak buat sesuatu itu dia orang fikir macam kesan baik buruk, bukan buat suka.

“Kalau di Malaysia ini semuanya beragama Islam mesti arak itu sudah lama diharamkan,” tulisnya.



Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam selain produk minuman beralkohol itu dipercayai berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Bayan Linnas Siri Ke-244: Jenama Arak: Hormati Sensitiviti Muslim menegaskan, jenama itu mesti ditarik dan diubah serta-merta, manakala gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-11-2021 03:47 PM
Takyah le mencapub sbb artis ramai yg minum tak semua tapi segelintir lah
Quote LadyCarefree 1-11-2021 04:29 PM
Kalau retis je bodoh. Kalau retis bodoh je mesti memekak.
Quote mojarean_X 1-11-2021 04:37 PM
Saya setuju dgn Shamsul. Thank you so much Rusnah Aluai from PKR for fight issue ni dlm dewan rakyat. Terkejut geng2 DAP member PH sendiri yg fight. Rusnah Aluai Women of the month
Quote mojarean_X 1-11-2021 04:40 PM
Walaupun di klgn geng2 liberal benda ni mengarut, namun setiap unsur2 halus utk menormalisasi harus dicantas awal2. Saya berharap supaya usaha menentang gerakan2 ini diperkukuhkan. Terima kasih Rusnah Aluai from PKR. Speechless bang non
Quote dudaberhias 1-11-2021 04:43 PM
Tapi memang betul pun apa dia kata. Arak dah beribuan tahun dah dek dalam Malaysia ni dari moyang2 dulu lagi keje dok mengcekik arak apa yang nak tokojutnyaaaaa... Iols lebih sokong naikkan denda untuk pemandu2 mabuk hanjeng tu lagi bagus buat je hukuman mati macam taiwan tu.
Quote eely_shana 1-11-2021 05:47 PM
Betul lah tu kata samsul ni
Quote Normabaru 1-11-2021 06:29 PM
Jenis malas baca tp nk komen.. Pastu komen lak xkena konteks..

Stew pit bethool
Quote Nenasketum 1-11-2021 06:43 PM
Ok lah dia cakap tu. Jarum2 halus nak tarik orang Melayu. Tapi tak pakai nama Timah pun merata retis melayu tonggang. Aku pernah witness sorang retis drama letup sampai buat 3 siri dekat HRC, siap bukak botol lagi duk depan stage. Tu bukan minum sorok2.
Quote dudaberhias 1-11-2021 06:50 PM
Nenasketum replied at 1-11-2021 06:43 PM
Ok lah dia cakap tu. Jarum2 halus nak tarik orang Melayu. Tapi tak pakai nama Timah pun merata retis ...

Tu baru retis kaka, kalau kayangan siap hidang lagi atas meja. Buat jamuan birthday pun selamber je letak atas meja tetamu2 yang deorang tahu melayu dan tak minum. Ada siap bar lagi dalam rumah... Eee choiii
Quote NekNgah 2-11-2021 10:39 AM
Betullah tu apa yang Sol cakap tu.  
Quote nakkomenjugak 2-11-2021 10:44 PM
Hes right tho
Quote OnADiet 3-11-2021 03:59 PM
mantapppp la
Quote Em7 3-11-2021 04:04 PM
apalah nak diherankan dengan arak kat malaysia ni kalau keluarga barisan payung agama islam negara sendiri pun menikmatinya....
Quote azurro 8-11-2021 05:33 PM
“Hanya tidak setuju Malaysia keluarkan jenama arak sendiri, siap guna nama arak yang mengelirukan dan ia diluluskan pemimpin islam. Itulah isunya,” jelas Yusoff.

Yusoff tu bapak diaa..... [em:4:]

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039644 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top