Satu rakaman video menunjukkan wajah seorang pengantin perempuan yang siap disolek lalu dihembus dengan asap rokok oleh jurusolek menjadi tular di media sosial, lapor Suara.com.
Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @cindy.salon itu menunjukkan pengantin perempuan mengenakan pakaian dan perhiasan mengikut adat masyarakat Jawa. Ketika wajahnya dihembus asap rokok, wanita itu hanya menutup matanya sebelum tersenyum. Netizen yang menonton video tersebut rata-ratanya mengatakan bahawa aura pengantin itu kelihatan berbeza selepas jurusolek meniup asap rokok tersebut ke wajahnya.
“Selepas dia (pengantin) tersenyum, auranya jadi berbeza,” komen seorang netizen. “Perkara ini sudah jarang dibuat sekarang walhal ia merupakan bahagian yang paling penting,” komen netizen lain. Sumber: Kosmo
|
haniryan replied at 2-11-2021 10:46 PM
Dua kali tengok, 2 kali meremang tengkuk.. berubah air muka dia
tupaiterbang replied at 2-11-2021 11:27 AM
Abih la pengantin bau asap rokok
ADVERTISEMENT