Penyanyi versatil Misha Omar mendedahkan dirinya pernah digelar ‘lembu’ ketika baru membina tapak sebagai anak seni sekitar 20 tahun lalu.
Menurut Misha, panggilan tersebut diberikan kepadanya oleh maestro muzik tanah air terkenal, Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram ketika mereka mula bekerjasama dahulu. “Sepanjang karier saya selama hampir 20 tahun, itu pertama kali saya digelar sebegitu. Pada awalnya jujur agak terasa, tetapi saya langsung tidak simpan dalam hati. “Panggilan ‘lembu’ itu pun saya terima sebab saya sedar memang dahulu agak slow dan bukan seorang yang cepat belajar lebih-lebih lagi selok-belok dalam nyanyian,” katanya.
Perkara berkenaan dikongsi Misha semasa Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Bintang Misha Omar di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, kelmarin. Pemilik nama Samihah Omar, 40, itu menambah, sejak dari hari itu dia memasang impian untuk terus melakukan yang terbaik dalam mengukuhkan kerjayanya sebagai penyanyi. “Pada saya, itu (gelaran) yang membina dan bukan menjatuhkan saya. Kalau tidak kerana gelaran tersebut, mana mungkin saya bertahan hingga ke hari ini. Mana mungkin saya boleh berdiri di atas pentas hebat begini. “Jadi terima kasih Tok Ram atas gelaran itu. Kami artis lama-lama ini jenis hati kering dan bukan cepat simpan dalam hati, apatah lagi berdendam. Kami jadikan benda itu sebagai satu penguat semangat. “Artis-artis baharu yang ada sekarang pun, kalau boleh jangan terlalu cepat terasa apatah lagi mudah putus asa dan patah semangat bila ditegur,” ujarnya. Sumber: Kosmo
|
RinIna replied at 1-11-2021 03:30 PM
Ntahlah kenapa aku x minat misha ni.. nak kata suara dia sedap sgt tu x delah.. klau live part tingg ...
pencintaABC replied at 3-11-2021 08:36 AM
Dan sgt shaky yich...ampun kak sepit siput pemuja kak mitch donat. Walaupun rmai komplen suara pen ...
RinIna replied at 1-11-2021 03:30 PM
Ntahlah kenapa aku x minat misha ni.. nak kata suara dia sedap sgt tu x delah.. klau live part tingg ...
ADVERTISEMENT