CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Dowanna Bengang Dipanggil Gemuk

1-11-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8880| Komen: 82

Description: Bella Dowanna meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang mempersoalkan mengenai bentuk badannya.
Bella Dowanna meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang mempersoalkan mengenai bentuk badannya.

Individu berkenaan dilihat secara terbuka memberitahu, Bella kini kelihatan agak ‘gemuk’ menerusi sebuah foto yang dikongsikan di Instagram stories.

Kata-kata tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Anak Tebing 2 itu.


Foto: IG

Menurut Bella, sekiranya tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, diam itu lebih baik.

“Kalau takda benda elok untuk reply story aku, tak payah reply la,” tulisnya.





Rasa bengang itu dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Tweet berkenaan turut mendapat perhatian seorang lagi netizen yang mengatakan Bella terlalu sensitif bila mendengar perkataan ‘gemuk’.

Lalu Bella membalas, “Lepas tu nak kena gelak ke bila orang panggil gemuk? Dasar tak handsome”.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan selain menasihati Bella supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

“Ignore je babe . Kita kurus ke gemuk ke bukan nak tunjuk kat orang . Just be yourself. Yang penting love yourself.

“Biasanya jenis ceni bukan satu dua orang je dia shaming. Jenis nak perhatian dengan kaedah ejekan.

“Ye dowh. Some people really have nothing nice to say they better just shut up lol,” antara komen-kome netizen di laman Instagram.



Dalam perkembangan lain, Bella kini bakal muncul menerusi drama terbaru yang berjudul Dendam Malam yang akan ditayangkan di platform penstriman Tonton.

Selain Bella, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-11-2021 09:57 AM
Ada baca ni dekat twitter semalam... Kurlastt ko dekkk dan dia siap bagitahu orang body shame dia boleh pulak tapi dia maki orang tu taj boleh... Go go girllll cumanya jangan sentap banyak sangat macam ritrud sudah sampai ke harini tak move on lagi janda dagu pembuka tin beskot cap tip tap keluaran bersaudara
Quote KamikuP 1-11-2021 10:09 AM
Dah mmg ko gemok kenytaann. Tengok Adelle bila og kata dia gemok gemok terus ambik jadi motivasi hingga kurus dah jadi mcm muka Fat Amy pulak - fat amy pon dah kurus yaachh
Quote tobobon 1-11-2021 10:12 AM
meols baca nama sheols ni mcm lain..

dowanna dowanna dont wanna do
Quote ren14 1-11-2021 10:41 AM
terima la kenyataan dekkkk...
Quote Suchi 1-11-2021 10:42 AM
Dia ni masa baru form 2-3 dah nampak cam gadis 20an pegang watak pun org dewasa.
Sbb fizikal dia pun nampak camtu kan tp tulaa bila dh 18 tahun jd terlebih ranum laaa.
Nnt umur dia 20an akan nmpk mcm 30an, mcm org puteh laaa mmg cepat matang fizikal dorang.
Quote Suchi 1-11-2021 10:45 AM
KamikuP replied at 1-11-2021 10:09 AM
Dah mmg ko gemok kenytaann. Tengok Adelle bila og kata dia gemok gemok terus ambik jadi motivasi hin ...

Takleh panggil dia fat lagi la jd fit.
Tapi iols suka je dia masa bambam tu sesuai ngn watak komedi dia tu.
Quote sukacactus 1-11-2021 10:47 AM
Dia pun tau body dia cemana
Sebab tu dia sentap bila org komen gitu
Truth hurts
Dia tau, ko tau sudah la
Yg ptg jgn sebut
Quote chazey 1-11-2021 10:57 AM
Astaga akak ingatkan kurus la sangat nak sentap2. Rupanya memang gemok bulat.
Quote cmf_PariS 1-11-2021 11:00 AM
amboi kan maki org mcm tu bahasa nya.. sama naik dh mmg tembam kot
Quote mamajawie 1-11-2021 11:03 AM
dah memang gemok lagi2 dlm citer budak tebing 2..ko nk ckp pe?
Quote chekacheku 1-11-2021 11:05 AM
Baru nk meniti kedewasaan xpela chubby sikit..
Quote makadek 1-11-2021 11:13 AM
Dah ko mmg gemok dek
Elejik aku dgn org gems ni tau
Quote She-Ra 1-11-2021 11:13 AM
dh jd retis, mental kena kuat
netizen nk kata itu ini, lantakkan aje.. walaupun hakikatnya benaran
ko layan lg menjadi... kang netizen cop kuat mencapub, marah pulak

hidup aman2 jah.. kalau dh melampau, dm tepi ajeeee, tak perlu sampai satu dunya tau
nak usap perut pun sama, tak perlu la nak usap perut masa kamera tgh tala kt ko.. buat lek lek sudehhh.. ehh tibaa
Quote September14 1-11-2021 11:20 AM
Panggil dia masuk forum cari
Quote Minyakyuyi 1-11-2021 11:37 AM
Dia nk istilah chubby,so cute,teddy bear kot..baru xterasa n sedap utk di sebut...ni direct gemuk,mestilah beliaw terasa di tampar
lemak sendiri agitewwwww..sentap dgn bhs melayu sendiri...haha
Quote Normabaru 1-11-2021 11:49 AM
tobobon: meols baca nama sheols ni mcm  ...


Hahahahahha.. Dowanna accept the fact that she is indeed a fattyyy
Quote Normabaru 1-11-2021 11:52 AM
She-Ra replied at 1-11-2021 01:13 PM
dh jd retis, mental kena kuat
netizen nk kata itu ini, lantakkan aje.. walaupun hakikatnya benaran : ...


Khuenss... Tgk si redza tu.. Smpi merata org ckp dia muka cm kucing.. Pastu troll dia zain malik dia komen pon x.. Rilek je..

Ni ko org dm pon ko dh koyak.. Acaner nk menang award pelakon tbaik? Mental pon cpt naw rabak..
Quote tobobon 1-11-2021 11:54 AM
Normabaru replied at 1-11-2021 11:49 AM
Hahahahahha.. Dowanna accept the fact that she is indeed a fattyyy

hahahaha...meols teringat yang bella buat laporan polis...
[youtube]XrDQz3Doxtk[/youtube]
Quote babelina 1-11-2021 11:54 AM
aku tgk bab pakaian.. pandai dia pilih sesuai ngn bdn dia..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052336 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top