Sekumpulan saintis menemukan penawar baharu yang berpotensi mengelakkan proses penuaan. Penemuan itu dibuat selepas satu eksperimen pemindahan najis yang dilakukan terhadap tikus makmal tua menunjukkan ia mampu ‘meremajakan’ memori dan badan haiwan tersebut.
Lapor Daily Star, para saintis memindahkan najis tikus muda ke dalam usus tikus tua menerusi tiub, yang secara tidak langsung menunjukkan hasil yang menakjubkan. Selepas tikus tua menerima najis tersebut, haiwan berkenaan menunjukkan beberapa perubahan ketara dalam keupayaan pembelajaran, ingatan dan tahap kebimbangan.
Pengarang utama kajian tersebut, John Cryan menggelar penemuan itu sebagai kesan membalikkan semula dan meremajakan. Pasukan saintis turut merancang menggunakan penemuan tersebut untuk mengkaji hubungan antara usus dan otak pada masa hadapan. Mereka juga mahu mengkaji sama ada prosedur itu mampu membalikkan semula proses penuaan pada manusia. “Sekiranya individu boleh menjaga fungsi kognitif mereka dengan lebih baik untuk suatu tempoh yang lama. “Jika individu kurang sensitif terhadap jangkitan dan kesan imun, maka ia akan memberi impak besar kepada kualiti kehidupan harian mereka,” kata Cryan. Pakar saintis neuro percaya kesihatan usus boleh menjadi elemen penting dalam pemahaman mengenai isu yang mempengaruhi otak. Ketika ini, pemindahan najis digunakan oleh doktor untuk merawat masalah usus seperti kolitis ulseratif, penyakit Crohn dan juga alahan. Sumber: Utusan
|
Pasukan saintis turut merancang menggunakan penemuan tersebut untuk mengkaji hubungan antara usus dan otak pada masa hadapan.
ADVERTISEMENT