CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Cedera Jatuh Longkang Dikejar Mangsa

26-10-2021 07:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1828| Komen: 10

Cubaan penjenayah menyamun seorang lelaki di Jalan PJS 9 membawa malang apabila dia tercedera selepas terjatuh ke dalam longkang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki kira-kira jam 2 petang.


Gambar hiasan

"Mangsa mendakwa dia didatangi suspek yang menunggang motosikal dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis serta mahu membuat pemeriksaan.

"Mangsa bagaimanapun melarikan diri menyebabkan suspek mengejar dengan motosikal sebelum melanggarnya.


"Akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh di jalan manakala suspek terjatuh ke dalam longkang berhampiran," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Abd Khalid berkata, polis yang menerima maklumat segera menahan suspek yang cedera di kepala serta dagu.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek berusia 49 tahun, tidak bekerja dan mempunyai lapan rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

"Polis merampas motosikal suspek yang didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kad mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 26-10-2021 08:45 AM
Kalau cedera parah lagi bagus..
Quote KamikuP 26-10-2021 09:51 AM
Itu makan dia padan muka
Quote nononcrux 26-10-2021 11:51 AM
baru cash kecik tu..
Quote TabletSusu 26-10-2021 11:56 AM
klu x insaf lpsni.. xtau lah
Quote sukacactus 26-10-2021 12:28 PM
Ok cash la kan
Kalau mampus terus mesti lg hebat kesah ni
Quote ezacbee 26-10-2021 12:39 PM
Kalau tiba2 ada mat motor berhenti kat bas stop @ tepi jalan, hati2 laa.. ada 2 kemungkinan.
1) nak jawab telefon / hujan, 2) nak meragut / tayang anu.

Quote Decaffeinated 26-10-2021 01:05 PM
dia memang tunggu dalam longkang sementara mangsa buat report polis ka apa?

Quote Artemesiaa 26-10-2021 01:32 PM
Mendapat sudah
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:23 PM
Cashhhhhh tak pakai chequeeee!!
Quote Punat_button 26-10-2021 02:50 PM
ezacbee replied at 26-10-2021 12:39 PM
Kalau tiba2 ada mat motor berhenti kat bas stop @ tepi jalan, hati2 laa.. ada 2 kemungkinan.
1) nak  ...

itu dah 4


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038637 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top