CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Tak Nampak Kesusahan Saya" - DJ Lin Buka Mulut Kisah Cerai

26-10-2021 07:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5729| Komen: 37

Description: Penyampai radio popular, DJ Lin mengakui bukan satu perkara mudah untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.
Penyampai radio popular, DJ Lin mengakui bukan satu perkara mudah untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.

Kata Lin, dugaan penceraian nyata mengajar erti kesusahan sebenar dalam kehidupan.


Kredit foto: IG DJ Lin

Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid mendedahkan pengalamannya menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.

“Sebagai seorang ibu tunggal, kita belajar apa itu erti kesusahan sebab masa saya berpisah saya keluar dari rumah pergi cari rumah sewa beli tilam, baldi nak masuk rumah macam kita baru mula nak menyewa rumah.


“Kesusahan itu tidak dapat digambarkan, mungkin orang tak nampak kesusahan saya, tapi saya okey sebab saya yang memilih untuk itu jadi saya kena terima apa jua risikonya,” katanya.


Kredit foto: IG DJ Lin

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menambah situasi tersebut secara langsung menjadikan dirinya wanita yang kuat dan tabah.

“Tapi yang penting hati kita tenang, susah juga kalau hati kita pun terganggu semua emosi serabut untuk apa, jadi bagi saya biar kita sendirian.

“Saya memang belajar untuk menjadi seorang wanita yang kuat sejak saya bercerai dan saya berterima kasih pada Allah kerana daripada pengalaman, kesakitan yang dilalui itu saya boleh berkongsi dengan pendengar Suria Cinta.

“Bila kita melepasi fasa penceraian, kita sebenarnya akan belajar banyak benda dan kenal di mana kekuatan diri pada diri kita yang sebelum ini kita tidak sedar,” katanya lagi.

Sekadar informasi, rumah tangga yang dibina Dj Lin bersama bekas suami berakhir sekitar tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Nureen Aresya, 20 dan Nazren Asyran, 18.



Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan Dj Lin menerusi pautan video ini;




Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 26-10-2021 08:04 AM
Siannya takde sapa komen pasal dj Lin ni.. meh la aku komen.

Mohon DJ Lin stop mencabub di suria petang. Rengsa lahhh... Dah ada slot malam tu cukuplah. Takyah nak nasihat2 di petang hari pulak. Orang nak dgr radio santai2 bukan nak dengar nasihat.. tiberrrr
Quote Kurex 26-10-2021 08:23 AM
Dj Lin ni banyak kali cerita pasal cerai
Quote matjerk 26-10-2021 08:50 AM
JunkMail: Siannya takde sapa komen pasal ...

Meh aku komen...
DJ  Lin kata : Kak Lin x nak org nak kan kak Lin sebab Kak Lin ni DJ Lin.....

Yakinnnnn nya kamu.......

Semua org kenal ke DJ Lin... jujurin..aku x kenal... hehehehehe...

Tp just nak salut la..22tahun jadi ibu tunggal.
Quote leftrani_kel 26-10-2021 08:50 AM
Semoga elok2 je ye dj Lin..
Quote annehuda 26-10-2021 09:01 AM
“Sebagai seorang ibu tunggal, kita belajar apa itu erti kesusahan sebab masa saya berpisah saya keluar dari rumah pergi cari rumah sewa beli tilam, baldi nak masuk rumah macam kita baru mula nak menyewa rumah.


baru aku tau selama ni aku bekerja sana sini duduk rumah sewa aku orang susah rupanya
Quote Cleocatra 26-10-2021 09:10 AM
Aku kadang2 layan jugak suria cinta ni
Ok je DJ Lin ni, layan pendengar baik, cakap pun berhalus je
Quote silampumeja 26-10-2021 09:10 AM
matjerk replied at 26-10-2021 12:50 AM
Meh aku komen...
DJ  Lin kata : Kak Lin x nak org nak kan kak Lin sebab Kak Lin ni DJ Lin.....


Dulu mcm kate ade bf pastu dah putus ye...
Quote Prickford 26-10-2021 09:19 AM
Sejenis yakin nya kamu... igt lagi dia cakap psl ade datuk ke, ape tah vip yg nak kat dia & macam biasa la selit2 yg dia ni janda, fokus dekat anak je. Lepas tu amik setepek org komen kt FB, cakap dia DJ je, umur pon dah nak masuk menopos, muka pon lahaiii, sembang kari je ada vip nak kat dia
Komen2 kt FB kadang sakit hati baca.
Quote jiwakacau06 26-10-2021 09:24 AM
JunkMail replied at 26-10-2021 08:04 AM
Siannya takde sapa komen pasal dj Lin ni.. meh la aku komen.

Mohon DJ Lin stop mencabub di suria p ...

tpi i lg suka 3org...xksh la suraya ke dj lin...sbb tyzo kuat merapu + emosi + suka double meaning kadang2...
mgkin dh boleh cri dj baru gnti suraya kt ptg . boleh je ambil geng hotfm dulu yg kna terminate dulu
Quote babelina 26-10-2021 09:26 AM
sedap juga mlm2 dgr DJ lin nie.. lg2 time blk kg mlm2 sambil drive..layannnn
Quote matjerk 26-10-2021 09:31 AM
jiwakacau06 replied at 26-10-2021 09:24 AM
tpi i lg suka 3org...xksh la suraya ke dj lin...sbb tyzo kuat merapu + emosi + suka double meaning ...

Aku sejenis yg x bukak radio kalau drive..hehehehehe...
Bukaj lagu2 dari usb je.. sbb tu x berapa kenal dj2 ni..
Tapi kalau bukak radio..ada satu dj aku rasa mcm bole layan suara dia.. DJ abby fana.. tp x tau lah stesyen mana.. main tekan2 je... rasanya dia pun ibu tunggal kan.. ke salah org..
Quote enot_sibudak 26-10-2021 09:32 AM
jiwakacau06 replied at 26-10-2021 09:24 AM
tpi i lg suka 3org...xksh la suraya ke dj lin...sbb tyzo kuat merapu + emosi + suka double meaning ...

ambil dean... heran dia kenapa kna terminate..dia xbanyak gosip pun kan..
Quote KamikuP 26-10-2021 09:50 AM
Gaji DJ ni brp? Member aku dj dia kata gaji x byk mana byk lagi gaji ko katanya kat aku.. ekekeke
Anyway salute sbb 22 tahun menjanda ek? Bertabahlah ye
Quote innocent_me 26-10-2021 10:20 AM
Satu je lah nak komen kat jantan2 yang tak guna.
Yang berguna tu tahniah i salute.
lelaki kalau kau ceraikan bini kau,dan anak2 dengan dia. tolonglah jangan biar depa keluar sehelai sepinggang. Kau benci bini kau,jangan sampai anak2 derita.
Bercerai pun sedialah tempat tinggal elok. Biar makan cukup. kalau kau takut sgt ex bini kau konar duit nafkah kau, kau bagi duit belanja tu, belilah jajan2, biskut, beras, bawang utk anak2 kau makan.
ni aku tgk ada yg sampai makan nasik kuah gula. Bodoh.
Kalau kau rs ex bini kau setan sgt taknak bela dia, kau ambik anak2 tinggal dgn kau. Jaga depa elok2.
Quote ufc148 26-10-2021 10:58 AM
Dj Lin dengan dunianya sendiri. Ada suami pandai2 lah jaga yekk
Quote lasagna 26-10-2021 11:05 AM
prnh dgr segmen dia ni dlu, ok jer rse selesa, dulu laa dulu, skrg lama dah tak folo dia.
Quote LadyCarefree 26-10-2021 11:08 AM
Ramai lagi susah. Dia ni cerai anak 2 daja dan dah besar. Kerja bagus ada. Kawan2 ramai. Famili ada.
Quote bottombikini 26-10-2021 11:09 AM
jiwakacau06 replied at 26-10-2021 09:24 AM
tpi i lg suka 3org...xksh la suraya ke dj lin...sbb tyzo kuat merapu + emosi + suka double meaning ...

suka gile kalo rara + tyzo
rasa mcm happy je bwk keta

si suraya ni x best lah
dia kalo gelak beriye ye mcm haiza
rasa serabut



Quote TeropongThaico 26-10-2021 12:11 PM
Ai jarang dengar radio. Pernah sekali dua je dengar time dia on air. Suara dia sedap style kakak2 gitu. Pilihan lagu pun best gak.
Tapi tu la... Kisah peribadi ni elok la simpan. Susah semua org ada kesusahan masing2. Apa pun ai simpati gak la & harap agar dia dipermudahkan segala urusan.
Nasib baik dia masih ada kerja tetap & anak2 pun dah besar blh membantu

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.120301 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top