Oleh Adib Za Selepas berjaya dengan drama yang menjadi fenomena, Rindu Awak 200%, pelakon Ayda Jebat menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang penyanyi pula.
Pasti ramai yang terkejut dan tak kurang juga yang mempertikai kebolehan pemilik nama Nur Suhada Jebat ini. Buat yang masih belum tahu, Ayda pernah menyertai rancangan realiti TV, Akademi Fantasia. Meskipun tidak berjaya dalam program tersebut, namun dia telah mula menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap nyanyian. Memetik laporan di portal Kosmo, Ayda menyatakan dia sentiasa menanam impian menjadi seorang penyanyi dan ingin kembali menjadi seorang penyanyi. “Saya suka menyanyi. Saya menyanyi bukan kerana mahu membuktikan bahawa diri ini berbakat sebagai penyanyi, tetapi ingin memberitahu orang ramai bahawa saya cintakan dunia muzik,” ujarnya menerusi portal tersebut.
Katanya lagi, dia berasa teruja kerana single pertamanya, Siapa Diriku telah menemui semua peminat. “Apa yang lebih istimewa, single berentak pop rancak itu dijadikan lagu runut bunyi untuk drama terbaharu lakonan saya bersama Zul Ariffin berjudul M.A.I.D,” terang Ayda lagi. Di bawah ini merupakan antara nyanyian Ayda Jebat: -CARI Infonet |
11
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
24
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT