CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saham Akhirat Saya" - Pertama Kali Merentas, DSV Ziarah Pusara Anak-anak Syurga

14-10-2021 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3238| Komen: 26

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri dengan menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri. 


Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, ini kali pertama dia menjejakkan kaki menziarahi pusara anaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini. 


Kredit foto: IG DSV

Menerusi laman sosial Instagram, Vida berkongsi perjalanannya ke Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh untuk tatapan umum. 


“Sewaktu itu mereka 10 tahun dan 11 tahun, dah 8 tahun mereka takde, dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad. 

“Jadi, inilah rentas negeri pertama saya, daripada tak boleh datang ke kawasan kubur, alhamdulillah hari ini boleh datang. 

“Anak saya sangat hebat, dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikri. Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun. Anak mama yang hebat,” kata Vida di dalam video. 

Tambah Vida lagi, masih segar dalam ingatannya mengenai insiden hitam yang meragut nyawa anak-anaknya itu. 

“Dua putera saya dijemput ilahi dalam satu musibah dan tragedi yang tak boleh dilupakan sepanjang hayat. 

“Pemergian mereka umpama saya pun turut ‘pergi’. Tiga bulan saya gagah bangkit melawan kesakitan kehilangan orang yang tersayang yang pergi tak kembali. 

“Anak-anak syurga saya ni sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu. Tunggu mama dan doakan mama,” ujar Vida lagi. 



Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut merasa sebak dan menitipkan ucapan takziah buat Vida sekeluarga. 

Arwah Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana anak-anaknya ditemui di dalam bilik air. 



Dalam tragedi tersebut, seorang pekerjanya turut terkorban dan dikebumikan di kampung halamannya di Bota, Perak. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-10-2021 11:23 PM
Ok, even walau bukan mengkarung ni pun, aku x paham nape orang gi kubur, leh suruh orang rakam die menangis sedu2.
Bangang ke hape ni?
Even yang amik gmbr nisan pn aku leh terima la jgk.
Ni siap ade orang rakam nk berdrama dengan yang dh xde.
Mmg bangang sejak azali ke?
Quote krustykrab 15-10-2021 07:11 AM
slyfynx: Ok, even walau bukan mengkarun ...

Org skrg ni mmg, demi sesuap like sanggup buat apa2 saja, cation x blh blah, anak syurga la, saham syurga la...
Mcm tu mmg satu kerugian besar la utk yg anak2 tak mati sblm baligh, yg mandul, antertu, andartu...
Bila pikir2 balik, sedihnya kehidupan org2 melayu ni kan..
Quote LadyCarefree 15-10-2021 08:01 AM
"dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi"

Mana dia tahu? Memang dak2 mati masuk syurga. Selain tu mana nak tau.

Saham akhirat? Boleh pulak ada saham camtu. Org xdok anak mati sebelum baligh cemana?
Quote KamikuP 15-10-2021 08:58 AM
Setelah marketing kawen tak jadi, mcm biasa up citer sedih lalu netizen pun lupa apa dah berlaku semata2 marketing jua
Quote trexxxxxi 15-10-2021 09:05 AM
Al-Fatihah buat mereka yang telah tiada
Quote jlo 15-10-2021 09:34 AM
Al-Fatihah ..
Quote mamajawie 15-10-2021 09:43 AM
parents mana yg tak sedih bila anak2 mereka pergi dulu sebelum mereka?tapi tu la aku nk hencap lelebih as usual cam tak kena lak sbab ni posting sedih..tapi tetap la meluatkan gi kubur wat video bagai..
Quote krustykrab 15-10-2021 10:12 AM
LadyCarefree replied at 15-10-2021 08:01 AM
"dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi"

Mana dia tahu? Memang dak2 mati masuk syurga. Selain tu ma ...

Rugi la...tu sbb ramai org melayu 'tak sengaja' terbunuh anak'...saham akhirat jgk tu
Quote talapia 15-10-2021 10:52 AM
Sedih kenangkan anak2 dia meninggal dlm kebakaran tu.. Tapi dalam sedih2.. cannot brain org mcm ni.. nak nangis bole standby camera nk amik video ek? adoila... lainla kalau org curi2 rakam ke apa..
Quote epal_putih 15-10-2021 11:03 AM
yg dah pergi tu selamat dah...
Quote wanawina 15-10-2021 11:14 AM
meols tak boleh brain yach org rakam video nangis2 di kubur and up kat socmed. so cheap!
Quote NFBZCantik 15-10-2021 12:49 PM
Salam takziah
Quote dudaberhias 15-10-2021 01:04 PM
LadyCarefree replied at 15-10-2021 08:01 AM
"dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi"

Mana dia tahu? Memang dak2 mati masuk syurga. Selain tu ma ...

Khenn kaka. Yakin betul dia yach? Ke tengah delusional sebab tanda2 nak masuk pasca menopos?

Elok lah dia jatuh je terus lepas peristiwa pahit ni dan istiqomah dengan hidup dia untuk mencari keredaan, sebab dia bangun balik pun last2 buat bisnes menipu orang jugak, menipu matawang crypto, menipu barang kemas dan macam-macam lagi. (Semua ada dekat google sebagai bahan bukti)

Sekarang ni duk ulang kisah anak dia ni sebagai drama air mata. Kesian orang dah takde pun masih di jadikan bahan.
Quote anakkerengga 15-10-2021 01:32 PM
Org skrg mmg pelik… solat pun amik gmbr, berdoa amik gmbr, menangis amik gmbr…. Last2 tayang dkt media sosial.. utk tujuan apa ntah.. semua benda nak tunjuk. Dkt malaysia ni yg belum ada ialan bersenggama semasa main.. aku nak tgk jg ada tak yg nak tunjuk gmbr main laki bini atas katil
Quote bellaamsar 15-10-2021 02:02 PM
anakkerengga replied at 15-10-2021 01:32 PM
Org skrg mmg pelik… solat pun amik gmbr, berdoa amik gmbr, menangis amik gmbr…. Last2 tayang dkt m ...

Bukan dulu pernah kecoh ke ciknon kembar syuk tu pernah rakam vid masa tgh bersenggama
Quote Suchi 15-10-2021 02:10 PM
Sorang tu muka cam kachak yg sorang lagi muka lain skit.
Kalau tak skrg ni tah2 dh jd artis kot. Cik B pun dh 16-17 kan umur?
Quote LadyCarefree 15-10-2021 06:29 PM
wanawina replied at 15-10-2021 10:14 AM
meols tak boleh brain yach org rakam video nangis2 di kubur and up kat socmed. so cheap!

Kalau mcm alep sokree nangis2 meratap sambil bawak keter ok? LOL
Quote pxlbb 15-10-2021 07:44 PM
Takziah, ujian berat. Tp iols seram dgn org yang addicted dengan medsoc sampai semua benda nak kena share dgn public. Every single thing. Dah takde private life langsung. Berhentilah selagi boleh. To anyone yang setiap hari update medsoc pasal life korang tu rentikanlah.
Quote Belibis 15-10-2021 10:31 PM
Kisah cinta dahhh,kisah kena sihir dah,kisah sedih pulakkkk..janji mesti buat contents baru tiap minggu..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.065085 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top