Oleh: CMFreporter2
Baru-baru ini Rozita Che Wan menerima kecaman daripada pengikutnya selepas dia memuat turun gambar bercuti di London bersama suami dan anaknya. Ini berpunca gara-gara Rozita atau Che Ta memakai seluar yang berona 'nude color' sekaligus menyebabkan ramai yang tersalah anggap dan memberikan komen negatif.
Memetik jawapan yang diberikan oleh Che ta melalui portal Berita Harian online, isteri kepada Zain Saidin ini berkata, "Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.
"Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja," ujarnya lagi menerusi portal berkenaan. Nah, ternyata sikap sebeginilah yang harus ada pada semua selebriti, tidak mudah sentap dan terkesan dengan kecaman dan komen-komen negatif orang di sekelilingnya. Dalam pada itu, Che Ta turut berkongsi gambar-gambar si comelnya siapa lagi kalau bukan Aaisyah ketika percutiannya di London, menerusi laman Instagram miliknya. Comelnya ya ampun! - CARI Infonet Sumber berita: Berita Harian
|
10
Bagus |
16
Marah |
21
Terkejut |
13
Sedih |
32
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT