CMF Reporter
Kebelakangan ini, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan setelah pelaksanaan GST menyebabkan ramai terasa amat membebankan dalam perbelanjaan harian khususnya bagi mereka yang bergaji rendah. Yang membinggungkan golongan tersebut adalah mereka sering mengalami situasi dimana setiap bulan sebelum tarikh terima gaji baru, gaji yang sebelum ini telah awal habis dibelanjakan. Walaupun bergaji rendah ianya tidak harus dijadikan satu masalah atau alasan, apa yang penting seseorang itu harus bersedia untuk melakukan pengurusan kewangan yang betul. 1. Memahami keadaan kewangan diri sendiri
Belanja mengikut kemampuan sendiri, jangan sesekali memboros atau pun terlalu kedekut nak belanja ! Mula-mula ambil kertas dan pen atau pensil untuk membuat pengiraan setiap barangan atau perkhidmatan yang perlu dibelanja dengan cara menyenaraikannya seperti makanan, minuman, sewaan rumah, pengangkutan, hiburan, nafkah untuk ibu bapa dan penabungan serta lain-lain perbelanjaan. Dengan itu, memudahkan kita mengetahui kemana pergi duit dibelanja dan seterusnya menyedari kelemahan pengurusan kewangan diri sendiri. 2. Kurangkan Perbelanjaan yang tidak memerlukan Katakan setiap bulan sebanyak 25% digunakan untuk makan dan minum, 40% untuk sewaan bilik dan pengangkutan, 15% untuk hiburan dan hobi lain, 15% untuk perbelanjaan keluarga dan penabungan serta 5% untuk lain-lain perbelanjaan. Yang sepatutnya pebelanjaan untuk hiburan kalau boleh dikurangkan sebanyak 5%, cari cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan perbelanjaan pengangkutan contoh seperti menggunakan pengangkutan awam atau kongsi kenderaan bersama rakan sepejabat dan 5% penabungan yang sedia ada, Dengan cara sedemikian, sekurang-kurangnya dapat memperolehi wang tunai sebanyak 15% dan juga mampu mengelak daripada mengalami perbelanjaan yang tidak mencukupi setiap bulan sebelum ini. 3. Setiap Bulan Menabung Sekurang-kurangnya 10% Daripada Gaji Membuat perancangan kewangan jangka pendek dan jangka panjang, selepas itu barulah bekerja keras untuk mencapainya. Gaji rendah bukan masalah, yang penting penabungan 10% setiap bulan perlu dilaksanakan secara berterusan. Setiap bulan simpan sejumlah RM200, tidak termasuk bunga, dalam satu tahun sudah boleh mengumpul sejumlah RM2400. Kalau simpanan ini diteruskan bertahun-tahun bercampur dengan bunga yang diperolehi, satu jumlah yang agak lumayan akan dinikmati. Jumlah simpanan tersebut boleh digunakan sebagai simpanan tetap untuk mendapatkan bunganya, untuk bayaran permulaan atau 'down payment' sekiranya berniat untuk membeli rumah, untuk membuat pelaburan, mengurangkan risiko membuat pinjaman bank dan juga boleh dijadikan sebagai wang saraan hidup sementara jika dibuang kerja. 4. Pengagihan Kewangan Yang betul Sebenarnya langkah pengagihan kewangan yang paling berkesan adalah 50% untuk perbelanjaan harian, 15% untuk pelaburan, 25% untuk penabungan, 10% untuk hiburan dan sepatutnya ada simpanan sekurang-kurangnya berjumlah 3 bulan gaji untuk kegunaan ketika waktu memerlukan wang. 5. Sekurang-kurangnya 5% digunakan untuk pelaburan Mata wang luar atau dalam negeri sudah bukan lagi bertujuan untuk simpanan, selagi ia bernilai di pasaran, pelaburan mata wang juga mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan. Setipa bulan menggunakan 10% daripada pendapatan untuk belajar sesuatu benda yang baru seperti melabur dalam pasaran saham, pelaburan dana dan melabur dalam duit syiling emas atau 'gold coin' . Dengan menjalankan jenis pelaburan yang diminati, dalam jangka masa panjang ia mampu memberi pulangan yang menguntungkan. ( Contoh : 5 tahun dulu, jika seseorang itu mula belajar menyimpan mata wang asing ketika itu mungkin nilai mata wangnya hanya setakat RM50 - RM60, tapi sehingga sekarang purata nilai mata wang tersebut sudah meningkat jadi RM200, jadi keuntungan yang diperolehi sememangnya lumayan ) - CARI INFONET |
18
Bagus |
19
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT