PETALING JAYA – Pihak pendakwaan memutuskan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sudah cukup dituduh di bawah Akta Kanak-Kanak ketika ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ia selepas perbincangan mendalam dijalankan antara pasukan polis dan Pejabat Peguam Negara. Mohd. Shuhaily berkata, tujuan pihak polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950. Katanya, ia bertujuan untuk memastikan semua keterangan dan pendedahan yang diperolehi semasa siasatan boleh diguna pakai di mahkamah ketika perbicaraan. “Selepas perbincangan mendalam dijalankan antara pasukan polis dan Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan memutuskan tuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak cukup memadai pada ketika ini, ‘we are so close yet so far’,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, hari ini.
Mohd. Shuhaily turut memohon orang ramai untuk tidak lagi membuat spekulasi berhubung kes berkenaan dan membenarkan proses perbicaraan dijalankan dengan lancar bagi memberikan keadilan kepada Zayn Rayyan. “Kes ini amat sensitif kerana ia melibatkan mangsa seorang kanak-kanak istimewa dan tertuduh pula ibu dan bapanya, saya berharap masyarakat diluar sana berhenti membuat spekulasi mengenai kes ini agar keadilan kepada mangsa dapat dilaksanakan,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
Orix replied at 13-6-2024 06:38 PM
Hm maknanya polis masih suspect mak ayahnya la
Salwarahmad: Cume x cukup kuat bukti ke or cmana erk skrg ni
Salwarahmad: Cume x cukup kuat bukti ke or cmana erk skrg ni
eyansss replied at 14-6-2024 12:21 AM
biasanya sebab bukti tak cukup/ kuat so taknak kalah kalau sabit 302… sebab tu DA sabitkan dengan ...
malaygirl replied at 14-6-2024 12:25 AM
Dah terbaca kat ES. Aduh terbayang2 sampai tak boleh tido dibuatnya. Memang kejam betul apa yang dib ...
LoveSungmin replied at 14-6-2024 12:33 AM
i tak sanggup nak baca sampai habis.. nanti terbayang²..
malaygirl replied at 14-6-2024 12:25 AM
Dah terbaca kat ES. Aduh terbayang2 sampai tak boleh tido dibuatnya. Memang kejam betul apa yang dib ...
jazaa100 replied at 14-6-2024 12:52 AM
ES tu apa....
Cite le sikit kat sini
ADVERTISEMENT