Oleh : CMF reporter1 Artikel diterbitkan : 19 Mei 2015
Bersempena Hari Tanpa Rokok Sedunia pada 31hb Mei ini, baru-baru ini di laman sosial YouTube terdapat sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak menyimbah air ke atas mana-mana individu yang ditemuinya sedang merokok di merata tempat sekitar Singapura. Walaupun tujuan asal adalah untuk menyebarkan mesej "Jangan Merokok", akan tetapi tindakan yang dikatakan agak keterlaluan ini telah mendapat respon yang amat berbeza pendapat di kalangan pengamal internet.
Dalam video berdurasi 4 minit itu, kelihatan lelaki tersebut bertindak menyimbah air ke atas mereka yang merokok termasuk orang dewasa, orang muda dan juga perempuan, akibatnya lelaki berkenaan dimaki hamun dan dikejar oleh mereka yang terkena simbahan air. Dalam salah satu babak sekitar 1 minit 35 saat, lelaki tersebut dilihat bertindak agak dramatik dengan menendang seorang perokok lelaki ke dalam kolam renang, ramai orang tersentak dengan perbuatannya ! Manakala di babak terakhir pula, lebih mengejutkan apabila lelaki berkenaan bertindak 'tuang ais' di atas kepala seorang warga tua yang sedang merokok. Di laman sosial, meskipun ada segelintir orang memberi pujian bahawa tindakan lelaki berkenaan agak kraetif dan menarik, tapi ramai lagi yang mengecam tindakannya. Ada yang mengatakan adalah lebih wajar kita menggunakan cara yang lebih elok dalam usaha menasihat orang ramai berhenti merokok. Dengan cara menyimbah air sesuka hati bukan sahaja boleh disifatkan sebagai tindakan yang kurang ajar dan tidak rasional, malah langsung tidak dapat mencapai tujuan menyebarkan mesej "Jangan Merokok" kepada orang ramai. Ada juga yang berpendapat, sekiranya orang yang ditendang ke dalam kolam renang itu tidak tahu berenang, nyawa individu tersebut mungkin terancam dan mungkin boleh menyebabkan orang itu terbunuh. Selain itu, ada juga yang membuat laporan polis supaya pihak polis dapat campur tangan dan menyiasat penerbit video tersebut. Akan tetapi, Merlion TV selaku penerbit video berkenaan tidak ambil perduli pun reaksi pengguna laman sosial, bahkan pihaknya berkeras akan terus menerbitkan video yang berbentuk sedemikian tanpa menghirau samada pengguna laman sosial bersetuju atau tidak. Malah mereka turut rasa tergelak dan tak kisah apabila mendapat tahu ada sesetengah orang membuat laporan polis berhubung terbitan video tersebut. Berdasarkan statistik kajian mengenai perokok dewasa di seluruh dunia tahun 2011, 23.1 % daripada 4.7 million perokok di negara kita merupakan orang dewasa, malahan peringkat usia perokok turut kelihatan semakin muda. Dalam usaha mengurangkan bilangan perokok, pelbagai cara telah diusahakan oleh kerajaan kita, antaranya mengadakan kempen "Tak Nak Rokok" dengan kos perbelanjaan sebanyak RM10 juta, dan cetak gambar anggota-anggota manusia yang telah binasa akibat merokok pada kotak rokok. - CARI INFONET |
15
Bagus |
9
Marah |
20
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
puanlina: hahaha... yang dia duk pus pus asap rokok dia dan kita kadang2 tak boleh elak dan terhidu tu boleh pulak ye tak ? apa dia ingat kita happy ke 'hisap r ...
ADVERTISEMENT