CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bakar Stadium : Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

19-5-2015 04:26 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 3998| Komen: 5

Description: Sabtu lalu kecoh tentang provokasi oleh segelintir penyokong Terengganu terhadap keputusan pengadil bola sepak yang menafikan gol keempat Terengganu jaringan Ahmad Nordin Alias...

Oleh : Dean BZ


Sabtu lalu kecoh tentang provokasi oleh segelintir penyokong Terengganu terhadap keputusan pengadil bola sepak yang menafikan gol keempat Terengganu. Gol tersebut hasil jaringan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Lions XII. Insiden itu menyebabkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru siap dibaiki dibakar oleh penyokong Terengganu sebagai tanda protes atas keputusan itu sebaik sahaja perlawanan tamat.

 
Tak cukup dengan itu, perusuh turut membakar sebuah ambulan, memecahkan cermin bas pemain dan kerusi tempat duduk didalam stadium. Anggaran kerugian sebanyak RM 150, 000 dan seramai hampir 26 orang yang disyaki perusuh sudah berjaya ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.


Wajarkah membakar stadium hanya kerana marahkan keputusan pengadil? Mengapa penyokong menggunakan emosi untuk melepaskan amarah mereka?
 
Membakar stadium dianggap satu perbuatan yang tidak masuk akal dan tidak patut berlaku sekali pun sebagai tanda protes. Perbuatan ini bukan saja memalukan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, malah tindakan segelintir penyokong ini turut menerima kecaman dari penyokong bola sepak Terengganu sendiri. Walaupun kejadian ini tidak mencerminkan seluruh penyokong Terengganu namun sedikit sebanyak ia mencemarkan identiti Terengganu yang terkenal dengan jolokan ‘Terengganu Darul Iman’. 


Tindakan pengadil yang dikatakan berat sebelah juga tidak boleh dibiarkan dan FAM perlu menyiasat perkara sebenar kerana ia melibatkan kepercayaan penyokong bola sepak kepada FAM dalam memilih pengadil yang bermutu lebih-lebih lagi ketika perlawanan yang dianggap besar.


Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman turut mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menghantar surat bantahan kepada FAM dan PBSNT tidak akan teragak-agak untuk menarik diri dari Liga Malaysia jika FAM tidak mengambil tindakan sewajarnya seandainya didapati pemain Terengganu tidak offsaid.
 
Namun mengikut laporan Bernama bertarikh 19. Mei menyatakan keputusan pengadil membatalkan jaringan seratus peratus tepat dan memang offsaid. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Goh Ah Chai menjelaskan bahawa berdasarkan Laporan Penilaian Pengadil dan analisa video, jelas menunjukkan pemain Terengganu itu berada pada kedudukan ofsaid dan hanya seorang pemain pertahanan Lions XII, Nazrul Nazari berada di belakangnya.
 
"Undang-undang bola sepak tidak menyebut bahawa penjaga gol mestilah menjadi pemain pertahanan terakhir dan ini bermaksud, mana-mana pemain pasukan lawan boleh menjadi pemain terakhir dan pemain kedua terakhir.
 
"Selain itu, pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaacob juga telah membatalkan gol tersebut selepas mendapat bantuan daripada penolong pengadil, Azman Ismail," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, di sini, Isnin.
 
Sementara itu, Instruktur Pengadil FIFA C. Ravichandran berkata situasi yang sama pernah berlaku pada pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan Mexico ketika menentang pasukan tuan rumah.
 
Dengan keputusan ini, penyokong perlu mengambil iktibar dan bertindak lebih rasional jika berlakunya kes mengelirukan seperti ini. Mungkin masih ada ketidakpuasan hati dikalangan penyokong dengan keputusan ini, namun kos kerosakan itu tetap perlu dilunaskan. - CARI Infonet.

35

Bagus
18

Marah
29

Terkejut
31

Sedih
36

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 20-5-2015 03:42 PM
pengaruh barat la ni.....haha..
org timurkan terkenal dgn sikap kesopanan & kesusilaan...
baca je la posting2 forumers kat  forum ni...eheheheh....
Quote wnwa05 20-5-2015 11:02 AM
aku pun memang anti kalau orang tengok bola jenis sakai macam ni. sikit2 nak bergaduh, sikit2 nak merusuh. bodoh
Quote wnwa05 20-5-2015 11:00 AM
mayaBB: Buat malu org terengganu la.. terengganu juga tkenal dengan Kepok lekong... ishhh teringat kawan lame.. duduk dkt Besut.. ape kabar die..
kepok lekong natang apa tuh
Quote giyomi 20-5-2015 09:17 AM
Eee uol ni sal bola pon sampai jadi gini, i tak tau sal bola, opsite n jelas ketara opsite (dr pemahaman i, klu 1 atau lebih pemain tersasar masuk kaw. gol lwn mlepasi mereka pemain tu sendiri...fuhhh, tak phm). tgk cam Selangor sentiasa jer kalah wlpon amik pemain impot yg main cam tapir, takder sampai bakar2 stadium. Selangor ku bila lah nak menang, duit habuan tak banyak so main cam sial. Tapi pemain indon n sorg matsaleh ok yg lagi dua, buang duit rakyat Selangor jer.
Quote mayaBB 20-5-2015 12:07 AM
Buat malu org terengganu la.. terengganu juga tkenal dengan Kepok lekong... ishhh teringat kawan lame.. duduk dkt Besut.. ape kabar die..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.041156 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top