CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Sirih Junjung Pengikat Pasangan

7-5-2015 05:39 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4628| Komen: 0

Kebiasaan dalam majlis pertunangan mahupun perkahwinan pastinya mata kita terhidang dengan hiasan hantaran dari kedua mempelai. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung.

Mari kita belajar serba sedikit mengenai sirih ,  dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’ hantaran.

Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung ni adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. 

Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin. Datuk nenek kita dahulu sememangnya menjadi adat untuk menjamu tetemu dengan sireh dan mengunyah sirih.

Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:

Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri

Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang

Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar

Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia

Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal

Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.199334 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top