CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Lakukan ini jika kekasih lama datang kembali

18-5-2015 07:21 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2443| Komen: 0

Description: bila dia ajak jumpa, bersiap mengalahkan pertemuan kali pertama...

1. Buat tidak tahu.
Ini yang paling senang kan?Dalam bahasa kasarnya, buat bodoh.
Dah kata dia bekas kekasih anda, dia muncul, hati anda melonjak-lonjak gembira macam menang sejuta ringgit. kenapa? Anda berdegar-degar cakap dengan orang yang hatimu dah tiada pada dia, tapi bila dia ajak jumpa, bersiap mengalahkan pertemuan kali pertama. Apa barang?
Tapi, kalau keluar juga jumpa dengan dia atas alasan kasihan ataupun simpati dan sebagainya, cuma dengar dengan teliti, apakah jantung anda masih berdebar sewaktu bersama dia? Kalau tiada getaran langsung maksudnya dari segi perasaan, apakah yang mungkin tinggal? 
Senyum.
Anda tentukan sendiri.


2. Beritahu dia yang anda sudah berpunya.
Ini yang selalu dilakukan oleh orang di sekeliling kita. Dari zaman persekolahan sehinggalah sudah bekerja ini. Mungkin ini cara kedua termudah yang dapat difikirkan. Anda kenalkan kekasih baru pada si dia itu bila dia muncul tiba-tiba kembali dalam hidup anda dengan niat mahu kembali ke sisi di saat Anda sedang bahagia bersama teman baru.

3. Buat macam kenalan biasa.
Kalau sudah dapat melupakan segala peristiwa, sila layan macam kawan biasa dan tidaklah boleh mengundang apa-apa perasaan lagi. Sila gunakan cara ini untuk bekas kekasih. Disebabkan sudah tidak punya rasa dan apa-apa lagi, perbualan itu boleh seperti kawan biasa dan kekerapan berhubung adalah mencecah sifar. Tapi kadang-kala tidak bercakap langsung pun lebih molek.

Sendiri mahu faham ya?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.029311 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top