CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Bolehkah Berkahwin Hanya Kerana Harta?

27-5-2015 01:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2266| Komen: 0

Description: Bagi mereka yang berkahwin kerana mengharapkan harta isterinya...


Bagi mereka yang berkahwin kerana mengharapkan harta isterinya hanya akan menjadikan dirinya miskin. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

Mereka yang mengahwini seseorang perempuan kerana hartanya, 
tidak bertambah hartanya, 
malah menjadikan dirinya PAPA.

Mereka yang berkahwin semata-mata kejelitaan dan kecantikan isterinya hanya akan merosakkan diri mereka sendiri. Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud:

Jangan kamu kahwini perempuan itu kerana melihat kecantikannya,

boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kerosakan kepada diri mereka sendiri.

Manakala mereka yang berkahwin semata-mata kerana keturunan isterinya pula akan menyebabkan keturunan mereka tidak akan bertambah kehormatan dan kemuliannya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Mereka yang mengahwini seorang perempuan kerana kebangsawanannya, 
Allah tidak akan menambahkan kemuliannya, 
kecuali kehinaan.

Semolek-molek dan seeloknya adalah mengahwini seorang wanita adalah disebabkan agamanya:

Mereka yang berkahwin kerana agama akan dikurniakan Allah akan harta (rezeki yang lumayan). Sabda Rasulullah saw bermaksud :

”Seseorang lelaki yang mengahwini wanita kerana agamanya 
akan dikurniakan oleh Allah akan harta,”

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.073529 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top