CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Tips Dating Rakan Sekerja

20-5-2015 11:49 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2987| Komen: 0

Description: Berapa ramai yang bercinta dengan rakan sekerja? pastinya ramai kan...

Kalau dah cinta, tak kira berjumpa di kedai mamak ke, kedai jalan tepi kaki lima ke, jumpa di Jumbo Sale dekat shopping mall ke, semua itu dah ditakdirkan anda berjumpa dan bercinta. Dan berapa ramai yang bercinta dengan rakan sekerja? pastinya ramai kan.. Cuma malu-malu kucing atau diam kan sahaja perkara ini.

Bagi kamu yang ada tersuka atau orang putih kata 'crush' terhadap seseorang, jangan la lepaskan peluang hanya kerana dia rakan sepejabat kamu. Jadi apa yang kamu harus lakukan?

1. Cuba-cuba berani
Tak salah jika anda ambil tahu sedikit mengenai orang yang kamu suka itu. Jika dia pun tunjukkan tanda-tanda seperti menyukai kamu, tak salah menggunakan ayat seperti ini


"Semua orang ingat kita bercinta.."
"Bagus juga jika kita bercinta.."
 

Untuk melihat jika si dia memberi respon. Kipidap!

2. Elakkan diketahui
Jika kamu dalam frasa yang mana kamu saling selesa dan ingin meneruskan hubungan kamu dengan lebih mendalam lagi, elak diketahui oleh orang sepejabat ataupun daripada boss kamu. Jika kamu mengambil cuti panjang bersama pun seboleh-bolehnya jangan lakukan dengan kerap dan jangan sampai alasan untuk bercuti juga adalah sama. Sentiasa ingat juga, jangan kerap menyebut namanya dibibir kamu.

3. Beritahu bila ia semakin serius
HUbungan yang semakin serius, mahu tak mahu kamu harus beritahu supaya kamu tidak bercampur emosi dengan hubungan cinta dan kerja kamu. Jika kamu memikirkan untuk berkahwin, anda harus beritahu kepada boss/ketua supaya anda sedar akan polisi syarikat dan tidak melakukan sebarang kesalahan. -LadyLista.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-8-2022 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.053699 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top