Nenek Dan Cucu Maut Disyaki Terkena Renjatan Elektrik
Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pada mulanya mangsa Sundang Alip, 70, tergelincir dan jatuh ke dalam parit kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Beliau berkata cucu mangsa, Awang Mohd Rajip Abd Nazim, 25, yang cuba menyelamatkan mangsa gagal apabila dia turut terkena renjatan elektrik berkenaan. “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat wayar elektrik yang telah putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata jarak mangsa terkena renjatan elektrik dengan tempat wayar putus itu kira-kira 20 meter. Difahamkan arus elektrik yang mengalir dari dawai elektrik yang terputus itu mengalir ke pagar kawad duri dan juga air parit yang mana Sundang terjatuh. Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk bedah siasat. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi dan tiba 15 minit kemudian. Katanya, pihak Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB) turut berada di tempat kejadian dan operasi tamat pada pukul 11.27 pagi. – BERNAMA
|
20
Bagus |
11
Marah |
26
Terkejut |
25
Sedih |
25
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT