CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Caj Perkhidmatan Jalur Lebar Akan Dikurangkan

2-4-2015 06:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3800| Komen: 14

Description: Sementara Itu, Ahmad Shabery Berkata Pusat Sehenti “Content Malaysia Pitching Centre” Yang Terletak Di Bangunan Platinum Sentral, Kl Sentral Itu Merupakan Inisiatif Kementerian Dalam Merangsang Dan ...

Caj Perkhidmatan Jalur Lebar Akan Dikurangkan




KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi (telco) telah bersetuju untuk mengurangkan caj perkhidmatan jalur lebar mereka sekurang-kurangnya enam peratus daripada harga asal bagi menggalakkan penggunaan internet dalam kalangan orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu diputuskan setelah beberapa siri perbincangan dengan pihak telco diadakan, dan keputusan itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa sebulan.

“Saya rasa dalam konteks negara yang bersetuju dengan pasaran bebas, harga yang murah perlu ditawarkan kerana kita mahu pengguna yang ramai, boleh dinikmati oleh golongan muda dan tidak perlu berpendapatan tinggi untuk menikmati perkhidmatan jalur lebar,” katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran ‘Content Malaysia Pitching Centre’ di sini hari ini.

Beliau berkata di samping caj yang berpatutan, syarikat telco juga perlu melabur kembali untuk perbelanjaan pembangunan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.
“Sebagai contoh, di mana tempat yang kurang menara pemancar perlu ditambah supaya perkhidmatan jalur lebar dapat diperluaskan dengan menambah baik kelajuan internet,”katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pusat sehenti “Content Malaysia Pitching Centre” yang terletak di bangunan Platinum Sentral, KL Sentral itu merupakan inisiatif kementerian dalam merangsang dan mencambah idea-idea baharu bagi semua kandungan kreatif.

Pusat itu akan memberi peluang kepada generasi muda dalam memberikan pendapat dan pemangkin ke arah pencambahan idea yang sejajar dengan perkembangan dunia yang semakin pesat seiring dengan teknologi terkini.

“Ia juga bertujuan memudahkan penggiat industri serta generasi muda untuk memohon dana-dana di bawah satu koordinasi sehenti serta menjadi tempat tayangan filem, kelas lanjutan dan pelbagai aktiviti kreatif dapat dijalankan di sini,” katanya.

Ahmad Shabery dalam ucapan perasmiannya berkata walaupun saiz pasaran kandungan kreatif di Malaysia bernilai RM7 bilion, hanya 15 peratus sahaja melibatkan kandungan tempatan.
Untuk itu, cabaran paling besar sekarang ialah untuk mendidik masyarakat untuk berhadapan dengan dunia digital baharu, katanya. – BERNAMA


18

Bagus
2

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 2-4-2015 05:31 PM
Dah lama diperkatakan tapi hasilnya tak ada pun....
Quote JohnDeSouza 2-4-2015 05:32 PM
6% ?cam ciput bunyinyaaaa...
Quote TuntungReturn 2-4-2015 05:33 PM
1gb rm1??
Quote perang_candu 2-4-2015 05:36 PM
napa 6%? nak ikut ikut gst ke?
Quote JohnDeSouza 2-4-2015 05:44 PM

jgn harap la.kah kah
Quote hzln 2-4-2015 05:58 PM

kalu lah rakyat malaysia tau berapa rega celcom caj pelanggan2 internet depa kat indon aku rasa malam ni jugak ummah gi bakar hq celcom tuh
Quote MissMamamia75 2-4-2015 06:00 PM
kalu nak turunkan harga...
better improve skali speed yg ada...selaju2 negara2 lain..
Quote flying_cow 2-4-2015 06:14 PM
Butoh la menteri mulut buih ni. Sebelum pilihanraya pon cakap benda yang sama tapi habuk pon tarak.
Quote sabbath_shalom 2-4-2015 06:18 PM
Dah tak pakai celcom lagi
Quote sabbath_shalom 2-4-2015 06:20 PM
flying_cow replied at 2-4-2015 06:14 PM
Butoh la menteri mulut buih ni. Sebelum pilihanraya pon cakap benda yang sama tapi habuk pon tarak.

Menteri mulut buih...kikikiki

Buihnya ja lebih
Quote AbukRokok 2-4-2015 06:29 PM
hzln replied at 2-4-2015 05:58 PM
kalu lah rakyat malaysia tau berapa rega celcom caj pelanggan2 internet depa kat indon aku rasa ma ...

rsanya sebahagian ummah dah tau...tapi mureka xlalu nak pi bakar

Quote karlmax8 2-4-2015 07:13 PM
Analoginya camni,Selalu rm100 dpt 1 gb,lepas gst 1gb dah naik jadi rm106,so untuk counter,dia naikkan kuota jadi 1.06gb. In the end,pengguna kena bayar lebih.fullstop.
Quote a_gen2 2-4-2015 07:22 PM
Ada sapa2 buleh tepek Jibby punya auta nak turun rega BB masa PRU dulu???
Quote stars83 2-4-2015 09:35 PM
6% je.baik x yah kurangkan..xde kesan lgsg kurangkan caj pkhidmatan 6% je..lainlah kalu 30-40%..puii

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063247 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top