CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Dan Cucu Maut Disyaki Terkena Renjatan Elektrik

2-4-2015 06:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7737| Komen: 7

Description: “Siasatan Awal Di Tempat Kejadian Mendapati Terdapat Wayar Elektrik Yang Telah Putus Dan Jatuh Mengenai Pagar Kawad Duri Yang Memagari Kawasan Sawah Padi Di Kawasan Kejadian,” Katanya Dalam Kenyataa ...
Nenek Dan Cucu Maut Disyaki Terkena Renjatan Elektrik


KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas dan cucunya maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa berada di kawasan sawah padi di Kampung Kota Bungan, Kota Belud, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pada mulanya mangsa Sundang Alip, 70, tergelincir dan jatuh ke dalam parit kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata cucu mangsa, Awang Mohd Rajip Abd Nazim, 25, yang cuba menyelamatkan mangsa gagal apabila dia turut terkena renjatan elektrik berkenaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat wayar elektrik yang telah putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jarak mangsa terkena renjatan elektrik dengan tempat wayar putus itu kira-kira 20 meter.

Difahamkan arus elektrik yang mengalir dari dawai elektrik yang terputus itu mengalir ke pagar kawad duri dan juga air parit yang mana Sundang terjatuh.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi dan tiba 15 minit kemudian.

Katanya, pihak Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB) turut berada di tempat kejadian dan operasi tamat pada pukul 11.27 pagi. – BERNAMA

20

Bagus
11

Marah
26

Terkejut
25

Sedih
25

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenarihitam 2-4-2015 05:22 PM
Al Fatihah utk mereka bdua..
Quote Aya_Osman 2-4-2015 05:25 PM
takziah kpd keluarga mangsa...malang x berbau...jarang jd kejadian gini...kalau dah ajal...
Quote xtahumenahu 2-4-2015 05:28 PM
Alfatihah...bahanyanyerrr wayar putuss
Quote perang_candu 2-4-2015 06:27 PM
boleh saman SESB tak?  kat kampung mak aku, wayar putus pukul 12 tgh mlm kena timpa pokok . pukul 2 pagi TNB dah settle siap sambung,
Quote mamarock 2-4-2015 06:33 PM
Takziah.   
Quote Felycya 2-4-2015 09:01 PM
Innalillah.......
Quote kimsa-ra 2-4-2015 10:11 PM
innalillahiwainnalillahirojiun

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.073967 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top