CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tgkt 3 Dr Sabah

2-4-2015 06:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20026| Komen: 195

Description: Dia Turut Berpendapat Idea Yusrim Tersebut Memudahkan Dan Memberi Manfaat Kepada Pengguna Internet Masa Kini Dalam Perkhidmatan Menterjemah Bahasa Khususnya Semasa Menjalankan Perniagaan Di Negara Lua ...
Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah


KOTA KINABALU: Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.


Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.


"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.

Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.

Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.

Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.

Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.

"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.

Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.

Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.

Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.

Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.
[size=0.98em]Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.
[size=0.98em]"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan  kepada negara terutamanya Sabah," katanya.

13

Bagus
18

Marah
21

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mixed 2-4-2015 01:50 PM
bagus budak ni
Quote sheetRock 2-4-2015 01:52 PM
Tahniahhh dikkk dr ahkakk
Quote dcruins 2-4-2015 01:53 PM
tahniah.....

teruskan coding apps baru.
Quote the_killer 2-4-2015 01:53 PM
kalo pelajar tu cina...ramai ummah CI dok kutuk2 bumis terutama melayu....
Quote TuntungReturn 2-4-2015 01:54 PM
ade yg keje cc pun dok kco org kt forum
. cube buat cm budak ni @dino
Quote ice_sky92 2-4-2015 01:54 PM
Quote Innrukia 2-4-2015 01:54 PM
adik...terus dgn idea innovative dik
Quote hambaallah1709 2-4-2015 01:56 PM
tahniah dik...
Quote wana89 2-4-2015 01:57 PM
good job dik..
ahkak dulu sekolah tahap sendu jah dik...
Quote Changa 2-4-2015 01:59 PM
Edited by Changa at 2-4-2015 10:43 PM

Kimak.la.kau dik
Quote dubuk 2-4-2015 01:59 PM
yahooooo hiphip hooreeyyyyy!!
Quote damian_lee 2-4-2015 02:01 PM
tahniah dek ... simpan duit elok2 dik .... buat lagi program .. post kat google play dik ...

Tahniah sekali lagi dik ........
Quote intriQue 2-4-2015 02:03 PM
Syabas!! Excellent job, dik!!
Quote mattzzx 2-4-2015 02:04 PM
Terbaik lah......
Quote epis 2-4-2015 02:06 PM
tahniah tahniah~~~
Quote akik 2-4-2015 02:06 PM
hebat budak ni..muda2 dah ada usd50k atas usaha sendiri
Quote dino 2-4-2015 02:14 PM
TuntungReturn replied at 2-4-2015 01:54 PM
ade yg keje cc pun dok kco org kt forum
. cube buat cm budak ni @dino

mcm malu je nengok bdk ni hahaha
aku ade idea stakat simpan dlm otak je.... skrg kejar job buat duit je.... bkn mcm sutun tukang ambik cek kat mydin tu.....
ok wa nak sambung keje....
Quote Changa 2-4-2015 02:17 PM
Edited by Changa at 2-4-2015 02:19 PM
dino replied at 2-4-2015 02:14 PM
mcm malu je nengok bdk ni hahaha
aku ade idea stakat simpan dlm otak je.... skrg kejar job bu ...

akak pernah released android app sebab nak dpt grant MDEC [ergi training android anjuran maxis dolu2.

tapi since then akak tinggal terus, sehari dua ini jah akak godek2 balik untuk buat app android balik.
harap2 weekend ini ada la hasil nya.

developer android cost murah, dulu akak bayar USD25 jah untuk jadi developer untuk released app ke google play store.
fee itu seumur hidup,
kalau iOS tak sila[p kakak kena bayar USD100 per year kot??

Quote missDollie 2-4-2015 02:19 PM
walopun kau bukan adik aku..aku bangga dikkk..patut kau di jadikan idola..tak macam sorang budak tuh..jual ubat..tu pun kena serbu..

Lihat semua komen(195)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.202495 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top