CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17928|Reply: 195

[Tempatan] Google Beli Aplikasi ciptaan pelajar tgkt 3 dr Sabah#google NAFI plk

[Copy link]
Post time 2-4-2015 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mixed at 2-4-2015 06:23 PM



Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 11:36 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KOTA KINABALU: Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.
[size=0.98em]Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.
Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).
[size=0.98em]Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.
[size=0.938em]


[size=0.98em]"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.
[size=0.98em]Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.
[size=0.98em]Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.
[size=0.98em]Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.
[size=0.98em]Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.
[size=0.98em]"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.
[size=0.98em]Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.
[size=0.98em]Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.
[size=0.98em]Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.
[size=0.98em]Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.
[size=0.98em]Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.
[size=0.98em]Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.
[size=0.98em]"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan  kepada negara terutamanya Sabah," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2015 01:50 PM | Show all posts
bagus budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhh dikkk dr ahkakk
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:53 PM | Show all posts
tahniah.....

teruskan coding apps baru.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:53 PM | Show all posts
kalo pelajar tu cina...ramai ummah CI dok kutuk2 bumis terutama melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ade yg keje cc pun dok kco org kt forum
. cube buat cm budak ni @dino
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2015 01:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:54 PM | Show all posts
adik...terus dgn idea innovative dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:57 PM | Show all posts
good job dik..
ahkak dulu sekolah tahap sendu jah dik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:59 PM | Show all posts
Edited by Changa at 2-4-2015 10:43 PM

Kimak.la.kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:59 PM | Show all posts
yahooooo hiphip hooreeyyyyy!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:01 PM | Show all posts
tahniah dek ... simpan duit elok2 dik .... buat lagi program .. post kat google play dik ...

Tahniah sekali lagi dik ........
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas!! Excellent job, dik!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:04 PM | Show all posts
Terbaik lah......
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:06 PM | Show all posts
tahniah tahniah~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 02:06 PM | Show all posts
hebat budak ni..muda2 dah ada usd50k atas usaha sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:14 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 2-4-2015 01:54 PM
ade yg keje cc pun dok kco org kt forum
. cube buat cm budak ni @dino

mcm malu je nengok bdk ni hahaha
aku ade idea stakat simpan dlm otak je.... skrg kejar job buat duit je.... bkn mcm sutun tukang ambik cek kat mydin tu.....
ok wa nak sambung keje....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:17 PM | Show all posts
Edited by Changa at 2-4-2015 02:19 PM
dino replied at 2-4-2015 02:14 PM
mcm malu je nengok bdk ni hahaha
aku ade idea stakat simpan dlm otak je.... skrg kejar job bu ...

akak pernah released android app sebab nak dpt grant MDEC [ergi training android anjuran maxis dolu2.

tapi since then akak tinggal terus, sehari dua ini jah akak godek2 balik untuk buat app android balik.
harap2 weekend ini ada la hasil nya.

developer android cost murah, dulu akak bayar USD25 jah untuk jadi developer untuk released app ke google play store.
fee itu seumur hidup,
kalau iOS tak sila[p kakak kena bayar USD100 per year kot??

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:19 PM | Show all posts
walopun kau bukan adik aku..aku bangga dikkk..patut kau di jadikan idola..tak macam sorang budak tuh..jual ubat..tu pun kena serbu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.123262 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list