CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gst: Kahwin Dengan Air Matalah Gamaknya!

1-4-2015 01:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8997| Komen: 38

Gst: Kahwin Dengan Air Matalah Gamaknya!

                                              


MEMANDANGKAN hari bahagia yang dirancang tidak lama sahaja lagi, hati yang sudah semestinya berbunga-bunga menanti hari bahagia tiba-tiba jadi gerun!

Apa tidaknya mengenangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula secara rasmi, esok.

Kenapa perlu sebut perkataan 'rasmi'?

Sebab rasanya untuk bakal pengantin seperti penulis, kami sudah 'tengok-tengok' barangan untuk majlis perkahwinan sejak tahun lepas, walhal majlis tahun depan. Biasalah, teruja!

Asal ada hari terluang, ringanlah kaki penulis nak masuk ke kedai-kedai yang menjual barangan keperluan majlis. Oleh kerana menetap di Shah Alam, maka premis yang dipilih juga berhampiran dengan kediaman.

Dua hari lepas, penulis singgah lagi ke kedai barang-barang kahwin sambil membelek beberapa barangan yang berkenan di hati.

Kelihatan si gadis jurujual sibuk menyusun bunga artifisial di rak bunga... penulis lalu menghampirinya.

“Adik, untuk bekas hantaran ini, berapa harganya?

“Untuk bekas hantaran yang ini harga biasanya dalam RM 21.90, tetapi sekarang ada potongan harga jualan sehingga 20 peratus,” kata gadis manis itu membalas pertanyaan penulis.

“Lepas GST harga masih sama ke?," tanya penulis hendakkan kepastian.

“Lepas GST, naiklah sikit, hampir semua barang dalam kedai naik,” jawabnya dengan senyuman teragak-agak.

Penulis yang ketika itu bersama ibu dan adik perempuan, terdiam seketika. Tanpa sedar, penulis mengeluh panjang. "Ish nak kahwin pun kena GST!".

Memang kalau diikutkan, perkahwinan Islam sebenarnya mudah. Yang menjadikan ia susah adalah adat. Demi adat yang sudah tentu melibatkan air muka keluarga, majlis sederhana bagi meraikan hari bahagia perlu diadakan juga. Ya majlis sederhana pun, bukan sikit bajetnya kan!

Meskipun hanya merancang majlis kecil, tempias GST pasti terkena. Mana tidaknya, baju pengantin ada GST, khidmat katering disertakan GST, bahkan kad kahwin pun terkena GST!

Penulis teringat kembali soal jawab penulis bersama syarikat cetakan kad perkahwinan dalam talian (online) yang berlangsung beberapa hari lalu.

Tidak puas hati dengan pengumuman kenaikan harga yang dikenakan akibat GST, penulis mempersoal tindakan pihak pengurusan syarikat percetakan tersebut yang menaikkan harga perkhidmatan mereka.

“Saya tak faham kenapa awak (agensi perkhidmatan cetakan kad perkahwinan) nak naikkan harga sedangkan kadar 6 peratus (GST) yang awak kenakan pelanggan boleh dituntut atau claim dengan kastam,” tanya penulis di ruangan komen yang disediakan di laman sosial Facebook syarikat terbabit.

“Laa.. Saya pun pelik. Dalam sistem GST yang kami daftar, kami perlu buat macam-macam untuk GST. Kami hanya tukang collect (kutip), bukan apa-apa pun,” jawab pengendali laman sosial Facebook syarikat itu.

Berpinar seketika mata penulis ketika membalas apa yang ditulis oleh wakil syarikat tersebut. Kalaulah sana sini jadi tukang 'collect' bagaimana pula nasib rakyat yang hanya ‘tukang keluar duit’ seperti penulis ini?

Jika inilah ‘kebaikan GST’ yang dimaksudkan, maka berkahwin dengan airmatalah penulis nanti!

http://www.sinarharian.com.my/nasional/gst-kahwin-dengan-air-matalah-gamaknya-1.374748

4

Bagus
14

Marah
25

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 1-4-2015 07:39 AM
bella nikah lambat lagi..
Quote Syd 1-4-2015 07:44 AM
bellaa replied at 1-4-2015 07:39 AM
bella nikah lambat lagi..

itu nikah...

gegeli pra GST dah sudah lom?



Quote ice_sky92 1-4-2015 07:44 AM
Deal with it. Pandai-pandai la cari duit lebih untuk khwin nanti.
Quote chinta89 1-4-2015 07:55 AM
  
Quote Suchi 1-4-2015 08:04 AM
sbb tu perlunya kita tahu bab kemahiran hidup,jgn semua kita tunjuk dan beli je
kena tahu nk diy itu ini..tau nk bekki itu ini

igt la ni kije juruteknik dh di anggap kerjaya propesyenel tau.
kawan sekolah iols kawen bini dia jahit sendiri ja baju kawen dah jimat situ
ade yg diy sendiri je pelamin kawen mcm2 la lg.semuanya dpt jimatkn duit.. yg kaya blh lah semua tunjuk beli kita yg semekin ni haruslah memahirkan dan merajinkn diri buat sendiri..mesti tau menjahit, memasak, menukang dsbgnya...mende2 ni gak blh mndtgkn pendapatan juga.
Quote aechae 1-4-2015 08:16 AM
klu dh x brapa byk duit yg gigih nk survey pelamin indh kad canggih bgai knapa?? dealwith it lah.... bnda mcm ni jgn nk blame gst lah...... beribu gna nk kawin merungut lps kawin nk tanggung ank bini ntah2 merungut gak...tu nama x bersedia lg
Quote krustykrab 1-4-2015 08:22 AM
kalau dah tau tak berkemampuan, buat je la majlis ikut poket....ini tak semua nak ikut orang ....orang poket tebal ni ko belanja sampai shrink your own wallet
Quote tipuware 1-4-2015 08:22 AM
Edited by tipuware at 1-4-2015 08:26 AM

nk ikutkan adat2 so sila cari part time, jimatkan duit sedia ada atau DIY mana2 yg patut. aku dulu kawen pun byk DIY aje. hantaran pun aku buat sendiri pasal nak jimat kos. jgn ckp door gift, bilik pengantin, kad kawin, buku tetamu, hiasan dewan. semua aku buat sendiri dgn bantuan suami, family dan kawan2 rapat. nikah kat masjid aje, takde doorgift, makan bersimpuh kat lantai. settle. nasib aku takde kawan pandai jahit baju atau aku sendiri pun tak reti jahit baju, kalau tak, itu pun aku bt sendiri. then majlis buat serentak, lagi jimat kos.
ko kalau bini ko byk bunyik nak itu ini, tapi taknak menolong, baik ko cari calon lain la.. bini ko tu tak sedar diri kemampuan laki. sebelum kawin pun dah tak sedar diri, ko igt dah kawin dia akan sedar diri laki tak mampu? aku dulu laki aku dah cakap, dia mampu takat itu aje, so selebihnya aku top up sendiri.  nak meratip byk takyah bang, buat aje apa yg perlu. takyah nak maki2 orang ke ngomel apa2 ke. ko nak kawin best2 ko usahakan. ko nak kawin sedang2 sederhana, ko usaha takat yg perlu.

nyampah betul aku scene2 camni.. dok salahkan adat, tapi ko junjung gak adat tu. macam BBNU kat opis aku, baru dapat kerja, dalam kontrak lagi, dah beli kete Honda. then meratip kat aku, nak kawin takde duit simpanan. Dek, ko nak bergaya dengan kete Honda, kalau kontrak tak disambung ko nak bayar pakai apa? pakai spender? aku keje dkt 10 tahun baru tukar kete tau.

Quote siputsedut 1-4-2015 08:27 AM
kalau tak cukup bajet nak ada itu ini dimajlis kawin...tak pyh lah buat....yang penting mas kawin tu dekkkk...doorgift segala bagai tu bukan wajib pon...
Quote gaara_X 1-4-2015 09:12 AM
dah ko yang menentukannya...besederhana je laa hantaran tue...
Quote bellaa 1-4-2015 11:53 AM
Syd replied at 1-4-2015 07:44 AM
itu nikah...

gegeli pra GST dah sudah lom?

belom.....
Quote Mr.Virus 1-4-2015 12:31 PM
pegi la buat pinjaman bank
Quote giyomi 3-4-2015 12:45 PM
Senang citer tak payah mejlis besar2 an bertema bagai n nak org kata majlis of the year in kpg...nikah n wat kecil2an, dlm erti kata len, kawen dgn air tooot jew
Quote awanearisu 3-4-2015 12:47 PM
bersederhanalah. InsyaAllah orang kampung rakyat marhaen juga pasti memahami.
Quote Radzor 3-4-2015 01:22 PM
Eh korang . X.kena batang hidung la mengata
Quote Sunshine81 3-4-2015 01:33 PM
jangan dulu kawin sekarang. byk rugi wooo. system belum lancar segala kerugian korang bayar. extend lagi masa ke tahun hadapan. waktu semua sdh settle down.
Quote rogayahtop 4-4-2015 01:49 AM
sedapnye mulut masing2 kan..

Quote MengkuduMasam 4-4-2015 01:52 AM
isu kawen pun nak salah kan gomen....

islam tu mudah derr....

kenalpasti keperluan dan kehendak... insyaallah dipermudahkan...
Quote tumpanglalu74 4-4-2015 01:58 AM
Sumenye duit mak bapak ooi..  Ate udah mak bapak jugak yang nak buat wedding grand2, khen...

Nak jemput VVIP sana, VVIP sini.

Pasangan mempelai 2 ekor tu tau ape?  Tau dah halal boleh le celop.  Itu aje.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.247688 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top