Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah. "Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini. Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. "Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya. Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST. Mustapa yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan berharap kerajaan pusat akan mengagihkan peruntukan sebaik mungkin kepada negeri tertinggal ke belakang dari segi kemajuan pembangunan seperti Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. "Kita harap sumber kewangan diagihkan mengikut tahap pencapaian dari segi pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan. Kita sedia maklum Kelantan di bawah pembangkang (PAS) tetapi ini bukan bermakna kerajaan pusat menafikan hak rakyat," katanya. Sementara itu di Bachok, Mustapa mahu kerajaan Kelantan memperluaskan kerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi pembangunan ekonomi negeri itu. Beliau berkata kerajaan negeri memberi kerjasama baik kepada kerajaan pusat dalam menangani bencana banjir dan kerja pemulihan pasca banjir. Kerjasama dalam sektor ekonomi adalah penting terutama untuk memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak. – Bernama, 28 Mac, 2015.
|
18
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
27
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mattzzx replied at 29-3-2015 01:07 PM
Abis yang bukan penjawat awam macamana?
pehbedah replied at 29-3-2015 01:11 PM
masuklah bilik bos..mintak nek gaji..
mattzzx replied at 29-3-2015 01:14 PM
kalau penoreh getah nak mintak dgn siapa?
mattzzx replied at 29-3-2015 01:14 PM
kalau penoreh getah nak mintak dgn siapa?
Anak_Nogori replied at 29-3-2015 01:22 PM
Penoreh getah dpt eluan bantuan pekebun2 kecil dan brim..disamping tu dpt bantuan baja, sudu dan c ...
pehbedah replied at 29-3-2015 01:24 PM
toreh la pokok tu sampai lebam...( ko jng amik serius lee..aku gurau saja tu )org kampung mana ter ...
Anak_Nogori replied at 29-3-2015 01:22 PM
Penoreh getah dpt eluan bantuan pekebun2 kecil dan brim..disamping tu dpt bantuan baja, sudu dan c ...
bit replied at 29-3-2015 01:47 PM
Duit pencen rakyat yg beratus juta disonglap 1MDB tu bila nak pulang balik?
mattzzx replied at 29-3-2015 01:24 PM
tambahan pula harga getah pun dah turun kan?
ADVERTISEMENT