LadyLista - Klutch anda nampak bosan?? Apa kata anda cuba beri sentuhan baru dengan mengenakan sedikit 'magical' untuk klutch anda yang tersimpan di dalam lemari anda itu. Pasti mereka ingat anda membeli klutch yang baru tetapi cukup dengan hanya sedikit sentuhan yang menyegarkan. Nak tahu bagaimana? :
Bahan-bahan : Klutch lama, penebuk lubang 'multipurpose', gunting serta tali kulit (optional) Pertama sekali, potong tali mengikut panjang yang anda suka. Potong semua tali dengan sama-rata. Kedua, tebuk bahagian hujung klutch, untuk membentuk lubang. Ketiga: Masukkan tali seperti gambar. Keempat:Masukkan tali yang lebih itu dibahagian yang berlubang (seperti gambar). Kelima: Lakukan untuk setiap lubang sehingga habis. Keenam: Siap untuk digayakan.
|
ADVERTISEMENT