Salam semua.Sini Ami teringin nk luahkan cerita hidup Ami sbb Ami sendiri x tahu samada ni satu masalah atau bukan.
Ami dah hampir 30 tahun tp masih lg membujang.Kerjaya dan rumah pon dah ada.Gaji pon mampu sara diri dan berenjoy sakan siap bole bagi perents lagi n menabung lg.Bole kata masih mampu bermewah walaupun dlm ekonomi cenggini.
Tp Ami masih belum berkahwin dan tiada minat untuk mendirikan rumah tangga.Minat tu mmg tiada sejak dulu lg.Dulu masa awal 20an ingatkan ni satu fasa jer n akan jugak jumpa mana2 laki yg bole menambat hati Ami tp xde.pernah la berkapel 4-5 kali tp semuanya tawar je.laki tu saja yg lebih2 menyayangi Ami tp hati ni tawar n hambar.x rasa apa pon.Ami selalu pandang laki ni sebagai kawan jer.Ex2 Ami semua Ami suka pon sbb suka personaliti atau rupa hensem atau budi pekerti.Bila dah berkenalan,xde datang pon rasa cinta tu,just suka dia gitu jer.Bukan nk mainkan diorang,tp nk try berubah
Mungkin satu lg faktor yg mengurangkan minat Ami adalah kakak Ami sendiri.Kami tinggal serumah dan buat semua perkara bersama sbb kami mmg rapat dari kecil.Sebagai wanita bujang, tanggungjawab tu xde.Bila2 je rasa bosan,kitorang akan keluar berdua shopping2,makan2,pergi vacation luar negara.Untuk makluman,kakak Ami pun x kahwin lg.Dan disebabkan kami berdua dibesarkan bersama(nama pon adik-beradik),kitorang ni mmg sekepala.Housework mmg saling tolong menolong.Decision buat bersama.Duit pon kami share...Hidup kami mmg give n take antara kami berdua.Kadang2 malam balik kerja xde apa nk buat,layan movie sesama sbb taste pon sama.Maybe ni la penghalangnya.Ami dulu2 kalau g dating ngan bf mesti bawak kakak.xkan la nk g berdua-duaan jer ngan bf.takut dia buat apa2 kang.Tp tu la,g dating ni nk berkenalan lebih lanjut ngan bf.tp Ami mesti akan lebih spend time ngan kakak.bukan apa,kdg2 Ami buat lawak, kakak Ami yg akan ketawa sbb dia yg paham.Kedai2 yg kami pergi pon taste kami berdua.Bf terpaksa la menunggu di luar kebosanan.Kami akan cari buku yg sama,jalan bersama,pgg tgn bersama(xkan nk pgg tgn bf lak).Ami tau salah sbb x tumpu sgt bf,tp if anything,buatlah benda paling bosan pon ngan kakak Ami,Ami rasa best jer.Tu yg membuatkan bf Ami marah bila dia disisihkan.Bukan niat Ami nk sisihkan dia,tp everything yg Ami buat,Ami lebih enjoy ngan kakak.
Kdg2 pegi kenduri ke apa,ada la makcik2 yg akan bertanya bila nk kahwin la,itu la,ini la...for normal people,biasanya akan rasa malu/tergugat/geram...tp Ami x rasa apa pon.sbb mmg dlm kepala otak xde planning nk kahwin ke apa.mmg serah bulat2 kat takdir.Kdg2 ada yg tanya x teringin nk ada zuriat sendiri ke?mmg teringin nk ada baby.tp untuk ada zuriat sendiri tu x ingin plak.maksud disini x kesah la baby tu anak sendiri or org lain,Ami akan tetap sayang dia.Even kakak Ami dah apply untuk amik anak angkat.
So pada pendapat korang la.ni satu masalah atau x?Hidup Ami sekarang ni lengkap jer. Kerja,masa untuk diri,org yg sayang n memahami Ami,etc...bole kata Ami ok jer ngan hidup ni.Tp apa pandangan korang?Ami bukan menolak atau xnak kahwin.cuma x tekankan sgt benda ni.Asal dtg jodoh kahwin je la...tp mcm xde harapan jer sbb Ami mmg x bole tahan bab 18sx ni.Dulu pernah try tgk sbb kawan ajar(zaman jahil dulu),tp tekak ni rasa loya jer tgk body fluid exchange.Geli nk muntah sampai sekarang.takut kahwin nnt pon x dpt penuhi kehendak suami So Ami ni kategori haram kahwin kot?
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|