Oleh Fyruz Berikut ungkapkan 3 sebab utama kegagalan dan punca retaknya hubungan percintaan:
1. Hubungan yang terarah kepada latihan Sering didalam hubungan, kita merasakan tanggungjawab kita untuk melatih, untuk bantu dan untuk menentukan cara hidup pasangan kita. Kita sering fikir itu merupakan tugas kita semacam cikgu disiplin pula. Jangan silap, ini merupakan penyebab terbesar anda menamatkan hubungan cinta yang dibina sekian lama. LadyLista belajar cara pahit sekali melihat kawan-kawan LadyLista merembes air mata menangis kerana cinta putus ditengah jalan. Sebagai pelatih, sememangnya tugas melatih itu lah yang dilakukan. Seperti kita lihat tuan melatih haiwan peliharaannya, kita akan berasa puas jika kita berjaya melihat haiwan peliharaan kita melakukan apa seperti yang dilatih. AWASSSS ya! dalam hubungan percintaan, sememangnya tidak berlaku sesi latihan sebegini ya. Jika anda berkeras rasa cara ini terbaik dalam mengekalkan hubungan kamu dengan pasangan, LadyLista rasa pasangan kamu itu pasti patung.
Saranan - Jangan cuba-cuba melatih pasangan, baik lelaki mahupun wanita. Sebaiknya tanya soalan dan sokong mereka. Jangan sampai mereka bertanya "Adakah sayang sedang melatih saya?" atau "Adakah baby kelihatan tak baik dimata b", pastinya pasangan anda akan merasa rendah diri dengan perbuatan kamu. 2. Kewangan Ramai yang salah ingat. Duit bukanlah segala-gala. Memang benar duit bukan segala-gala namun jangan pula kata jika duit bukan segala-gala kita harus lupakan duit begitu sahaja. Kedengaran kelakar pula, tapi anda kemaruk bercinta anda harus tahu bahawa duit alat terpenting untuk menjalani hari-hari mendatang, bahkan sangat penting untuk mengukuhkan perhubungan anda. Maksud LadyLista disini adalah,ada sesetengah orang, apabila bercinta, beria menunjukkan kasih sayang peringkat tertinggi namun poket tidak cukup penuh. Pulak tu, ada sesetengah yang sanggup meminjam hanya untuk memenangi hati pasangan. Cukup bulan, anda sendiri ternganga untuk menjelaskan segala bil. Saranan- Jika anda mempunyai masalah kewangan atau dalam peringkat menstabilkan kewangan anda, lebih baik berterus terang keadaan ini. Jangan nanti anda ingin mengikut rentak anda yang terjerat. 3.Kebosanan Sesetengah individu hanya mahu menjalinkan hubungan dengan pasangan. Ramai orang khususnya lelaki apabila sudah sampai di satu peringkat lebih tinggi tidak tahu untuk buat apa setelah itu. Pada peringkat awal memang seronok, namun lama- kelamaan anda akan merasa seperti melakukan sesuatu yang rutin dan akan beralih kepada frasa bosan. Frasa ini didalam perhubungan haruslah dielakkan dengan kadar segera kerana tanpa anda sedar, anda sendiri akan mengalihkan anda terhadap situasi tersebut. Masakan tidak, adakah anda suka melakukan sesuatu yang bosan? Saranan - Sentiasa kembalikan masa-masa keseronokkan bersama dengan pasangan dan elakkan jika boleh melakukan perkara rutin. Sekali sekala cabar diri anda untuk menjadi lebih kreatif dengan pasangan. |
25
Bagus |
24
Marah |
23
Terkejut |
31
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT