CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong

6-1-2015 04:25 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 12323| Komen: 36

Description: Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong. Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya...

Oleh Fyruz




Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong.
Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya. Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.
1. Dia tidak kisah dengan penampilan
Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak.
Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung.
Kebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.
2. Dia Tidak Romantik
Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong.Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware.Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.
3. Egonya Melangit
Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan.Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.
Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?
4. Belanja Tinggi
Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat.Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.
Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.
Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.
5. Anda Membosankannya
Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi.Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit.Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya.Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.
6. Dia ramai kenalan lelaki
Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu.Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya.Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu.Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.
7. Bersedia untuk ditinggalkan
Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah.Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri.Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun.Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.
Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel? -CARI Infonet.

Sumber Malaysia Backpackers Club


15

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 5-1-2015 01:55 PM
pakei kaftan selekeh ek?
Quote day2 5-1-2015 02:14 PM
seksi ape baju kelawar..haha
Quote alphawolf 5-1-2015 02:35 PM
Smber Backpackers Club...diaorang mmg tak minat nak kawin ek?
Quote akula203 5-1-2015 02:53 PM
perghhh..seksinyer pakai baju kelawar koyak di ketiak...
Quote ratna 5-1-2015 03:06 PM
kenyataan tu mcm betul jer..ngn adik kita
Quote matahari7001 5-1-2015 03:12 PM
ni  kajian berdasarkan ape ni!?
Quote diary_oren 5-1-2015 03:29 PM
tetiba aku teringat kat blogger backpackerbusuk. Si Fatt
Quote jihah_kudat 5-1-2015 03:34 PM
akula203 replied at 5-1-2015 06:53 AM
perghhh..seksinyer pakai baju kelawar koyak di ketiak...

...hahahs..betul aku sokong...
Quote shuk_one 5-1-2015 04:11 PM
hahaha.....
Quote leenaz 5-1-2015 04:26 PM
alphawolf replied at 5-1-2015 02:35 PM
Smber Backpackers Club...diaorang mmg tak minat nak kawin ek?

patut mcam pernah baca
dari backpackers rupanya


Quote anees~nuhara 5-1-2015 04:43 PM
sadiss tul stetmen
Quote raihaneem 6-1-2015 01:51 AM
pkai kaftan tak selekeh...tgk jenis kaftan...
pernah terjmpa sorg ibu hamil ni..pakai kaftan koyak dr ketiak sampai punggung....dah la tak pakai...hmm...yg dlm. boleh mai kedai beli tudung cenggitu...mujur anakku tidak nmpak...
Quote BelitaBela 6-1-2015 07:34 AM
Tidur di lengan pasangan tu kira romatik kah? Baru ku tahu....
Quote zafira 6-1-2015 01:57 PM
hahahaha.... memang betul pun... no. 1 - 4 tu macam aku jer... kecuali baju kelawar koyak tu...
Quote jolin901 6-1-2015 05:36 PM
pergi melancong tu activity sihat la, takkan affect percintaan tu. apa kajian ini?
Quote pasuoren 7-1-2015 08:39 AM
3. Egonya Melangit
Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan.Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.
Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?

lawak pulak...
Quote sushi232 7-1-2015 10:24 PM
Kejam giler..betul ke ea..aku xrasa pun..ni kes jeles ni..hehe
Quote Aneem 7-1-2015 11:12 PM
Aku bkn backpackers kental.. so..
Sikit pun tak terjejas dgn info yg disenaraikan di atas..
Quote hana930505 8-1-2015 03:22 PM
apa susah.... join lah sekali.... best apa dapat tengok budaya yang pelbagai. Ragam manusia yang macam-macam. Tambah ilmu. Pemikiran lebih terbuka...

**Kalau belanja banyak, itu tidak dinamakan backpacker... tapi traveller...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.066382 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top