CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Cara terbaik kutip hutang dari kawan

19-1-2015 12:44 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 17674| Komen: 39

Description: Pastikan korang mempunyai maklumat lengkap tentang penghutang. Seperti alamat tempat tinggal sebenar, alamat semasa, nombor telefon terkini, akaun Facebook, YM/Skype, nombor telefon dan Facebook rakan ...

 1- #Buat-buat nak pinjam duit.
Sekiranya si penghutang semacam buat-buat lupa yang dia berhutang dengan korang, LadyLista cadangkan cara paling lembut untuk meminta semula hutang tersebut adalah dengan mengadu masalah kewangan korang .Selesai jer buat aduan tu,korang pun cakap lah nak pinjam duit dengan diorang berjumlah sekian sekian (mengikut jumlah hutang tersebut). Selepas itu, korang pon buat-buat lah teringat yang dorang sebenanrnye ade hutang yang belum berbayar dengan korang.

Contoh : “Aku dah migrain fikir mana nak cari duit. Kucing aku gena gastrik, nak hantar gi klinik. Boleh tak aku pinjam kau RM50?”
Tanpa memberi sebarang peluang kepada penghutang untuk menjawab,korang harus cepat-cepat sambung ayat seterusnya.
” Eh baru aku teringat, hari tu kau pinjam RM50 belum bayar lagi kan?Hihi” *sambil mengedip-ngedip mata*


2-#Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru penghutang
Korang harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru penghutang korang. Apabila korang dapat tahu bahawa penghutang mendapat kerja/memulakan praktikal/mendapat pinjaman PTPTN,JPA,MARA/elaun awal sem/masuk gaji/dapat bonus/menang wang tunai Power Root dan sebagainya, korang harus pantas membuat tindakan dengan menelefon atau berjumpa mereka untuk meminta hutang.

3- Jangan hilang jejak
Pastikan korang mempunyai maklumat lengkap tentang penghutang. Seperti alamat tempat tinggal sebenar, alamat semasa, nombor telefon terkini, akaun Facebook, YM/Skype, nombor telefon dan Facebook rakan-rakan serta bf/gf mereka. Lagi bagus kalau korang ada no telefon kelauarga terdekat dorang. Tak kira lah adik,akak,abang,mak,ayah.Sekiranya mereka menukar nombor telefon atau cuba lari dari korang,korang akan berjaya mengesan mereka melalui orang-orang ini. Dan jika penghutang memang bersikap lepas tangan dengan hutang tersebut, tak perlulah korang fikir 3-4 kali untuk memberitahu bf/gf dan family penghutang tentang perangai busuk mereka.

4 – Bergaul mesra dengan penghutang
Taktik ini juga adalah sejenis teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di Facebook/Twitter/Instagra,. Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra,korang bolehlah selitkan isu hutang tersebut. Sebagai contoh yang pernah aku lakukan di wall penghutang :
Aku : Happy Birthday K !(bukan nama sebenar)
Penghutang : Thank you. Mana hadiahnya?
Aku : Alaa takde hadiah laa. Tak mampu nak bagi :(
Penghutang : Cmne laa orang kaya boleh tak mampu pulak.
Aku : Sebab ada orang tak bayar hutang kot.

Cerita di atas ini adalah dari kisah realiti.

5- Ayat-ayat Hikmah
Sekiranya penghutang masih tak paham bahasa, sampailah masanya untuk gunakan taktik yang paling hardcore ini. Korang tak perlu pergi simbah cat merah kat rumah penghutang. Tak perlu baling bangkai ayam mahupun bom tangan buatan sendiri. Kadang-kadang dengan menggunakan perkataan sahaja, anda mampu menumpaskan penghutang tegar untuk membayar hutang anda. Post di status atau di wall penghutang ayat-ayat hikmah dan sebagainya sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Contoh ayat bess yang aku jumpa :

“orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nnt akan dibayar dengan pahalanya…kalau org berhutang tu pn xde pahala…harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman…renung2kan..peringatan ntuk diri sendiri juga..”

Kalau orang tu tak terasa jugak, memang penghutang tu selamber tahap mentibang laut.

6 – Jangan malu!
Ini tips yang paling penting dan asas. Sebelum korang mengambil apa-apa tindakan menuntut hutang,korang harus mengikis rasa malu tak bertempat. Awal-awal dulu aku pon ade jugak rasa malu nak mintak hutang ni. Tapi bila dah banyak kali aku jumpa manusia jenis ‘pandai pinjam tak pandai bayar’, lama-lama aku dah tak rasa malu langsung nak buat gerakan gerila. Lagipon, kenapa korang nak rasa malu mintak duit yang memang jelas terang dan nyata ialah hak korang. Yang sepatutnya malu ialah penghutang penghutang tegar tersebut. Kalau diorang boleh berlagak selamber dengan tidak membayar hutang, maknanya korang haruslah berlagak selamber juga memintak hak korang. Lagipon, bila korang bersikap macam ni, para penghutang ni tahu bahawa diorang takleh nak pijak kepala korang. Sebenarnya, kita mintak hutang bukannya tanda kita berkira. Tapi nak bagi pengajaran kat sesetengah orang yang sentiasa ambil jalan mudah dan pintas. Ingat sket, takde shortcut dalam hidup ni!

Cara terakhir yang boleh fikirkan ialah berdoa semoga orang yang berhutang tue membayar hutang mereka.
KM nak kongsi satu cara menuntut hutang yang dikongsikan oleh saudari Azlina Abdul Rahim pemilik blog linncomel.com. Beliau mengamalkan membaca doa dibawah.

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87).

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.

Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.

Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun.

Cubalah petua diatas semoga anda dapat menuntut hutang anda kembali.


Sumber: KamalMustafa.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cekgihani 21-1-2014 08:51 PM
Agaknye dia rasa kaya la kot kalo xbayar utang.. dulu ada yg pinjam ngn aku n liat nk bayar. Aku g mintak kat mak pak dia

ko bg pinjam tu ada hitam putih x?? Blh repot polis kot kalo ada
Quote ciknas 21-1-2014 09:38 PM
cekgihani posted on 21-1-2014 08:51 PM
Agaknye dia rasa kaya la kot kalo xbayar utang.. dulu ada yg pinjam ngn aku n liat nk bayar. Aku g m ...

takda menyesal gila kenal dia..dah puas bersabar dari bulan 10 lagi..bila bukak je bab hutang mula la pusing masuk bab lain, sekarang call pun dah tak angkat...dulu Nas pun pernah je ambik barang pakai duit dia dulu, tapi paling lama pinjam pun 3 hari..ni dia, dah 3 bulan..sembang bab solat semua dia pro, yang bestnya dalam takda duit dia, dia boleh shopping, tambah stok ribu riban, hutang taknak bayar..cuba bayangkan dalam 3 bulan tu dah bagi kali urgent nak pakai duit, last-last kena guna duit lain..
Quote aiskrimpelangi 21-1-2014 10:48 PM
Bencinyaa org camnii! Iols sarankan uols jumpa dia bersemuka and minta duit. Bersemukaaa!
Quote tokmanting 22-1-2014 01:20 AM
cuba try test macam ni

lepas solat subuh...doa, semuga Allah mudahkan...semuga Allah beri dia rezeki untuk bayar hutang

lepas tu...keluarlah rumah...jangan bercakap pada sesiapa pun walau sepatah

terus jumpa / ke rumah dia mintak
Quote mylmor 22-1-2014 09:24 AM
ciknas posted on 21-1-2014 09:38 PM
takda  menyesal gila kenal dia..dah puas bersabar dari bulan 10 lagi..bila bukak je bab hutang m ...

ade x msg yg menunjukkan dia mengaku dia pinjam duit tuh? kalau ade..sila ugut utk report polis.

mcm iols dlu kan...my trainer pinjam duit i...i ni junior...baru masuk kerja..and my trainer ni yg agak close dgn i....so i bg dia pinjam duit.sikit2 sampai dkt 1k.
mase die dpt bonus..haram die nk byr blk...sakan dok jolly....after almost 2 years....i geram....i ugut dia...i ckp..kalau dia x nak bagi..i nak report police sbb i ade msg yg menunjukkan dia mengaku dia pinjam duit i. i siap kate..i nak dia jumpa i kat balai polis sekian sekian..pada waktu sekian sekian. kalau dia x show up....i terus report police.
mase tuh i dh tension gile...so i bitau my bf, my another trainer and my assistant manager...my assistant manager punye la marah i sbb i x consult die dlu sblom bg pinjam duit. (mase kes mintak hutang ni..i was my assistant manager fav girl..sbb tuh beria kena marah). sampai my assistant manager siap kate :it's a miracle if that happen-kalau mamat tuh return back my money. but yes, berkat kesabaran dan ugutan tanpa henti, i manage to get back my money. and straight away i bitau my assistant manager : miracle did happen to me.
Quote Syumaimah 25-1-2014 06:15 PM
Mesej dia bertubi tubi apa hukum orang tak nak bayar hutang....
Quote tiramisuu 26-1-2014 04:12 PM
minta dia bayar skit2..kalau amount 1.5k tu bahagi 5 ke..bahagi 3 ke..aku pernah mintak dgn kawan aku yg berhutang mcm ni gak..memang la takbes skit2 tapi dia dh byr half..rm100 sebulan..tapi amount dia sikit je..rm500..kira ok la..aku memang cadangkan ko desak dia kaw2..tak kira la guna org tgh ke/msj hari2 ke/call hari2 ke..smpi dia bertindak

ada aku baca thread mane ntah..suggestionnya..g tulis kat wall fb dia/media sosial dia yg lain, biar semua org tahu..biar dia sakit hati sbb dh mintak cara baik wat bodo

kalau aku, aku cakap je..terima kasih sebab bagi pahala akhirat ko kat aku..aku tuntut kat akhirat yea hutang aku Last edited by tiramisuu on 26-1-2014 04:17 PM

Quote Nezar 27-1-2014 01:54 PM
ciknas posted on 22-1-2014 01:38 AM
takda  menyesal gila kenal dia..dah puas bersabar dari bulan 10 lagi..bila bukak je bab hutang m ...

sorry ar ya...tapi kemungkinan besar juga duit ciknas tu ilang macam tu jer....dulu pernah juga terkena ngan org macam ni...

ada keja juga tapi suka belanja mcm org kayo...pinjam bertahun baru nak bayar, kalu masuk asb pun dah banyak dapat dividen...huhuhu.....pas dia dah bayo walaupun tak semua...aku cepat2 angkat kaki...serik dah kawan ngan org mcm nih...

bab kutip utang...takde cara terbaik...selalunya kena guna bahasa kasar...kalu takat bahasa buku tu tak payah arr...sampai tahun 2020 pun tak de nya dia nak bayo... Last edited by Nezar on 27-1-2014 05:56 PM

Quote sambal_kicap 28-1-2014 06:33 PM
Kongasam nya kawna you ni. Kalau dia rasa 1.5k tu sikit, bayar jelah! You kena tebalkan dirilah minta duit tu.. Susah kalau jadi hal gini, kita pulak yang kena tebalkan muka..
Quote singajantan 2-2-2014 08:20 PM
Masuk fb dia...msj family dia...msj boss dia
Quote lipsofanangel 3-2-2014 10:43 AM
tokmanting posted on 22-1-2014 01:20 AM
cuba try test macam ni

lepas solat subuh...doa, semuga Allah mudahkan...semuga Allah beri dia rez ...

nak try la cara ni... selalu tebal muka nak kutip hutang...
Quote kebayamaut 9-2-2014 06:51 PM
penah tgk kat fb. akak ni up status yg agak pedas. rupanye kwn pinjam duit x bayo .da setahun sabar.akak tu x leh tahan dah.dia kata nak upkan butiran2 perbualan.ngan gambo resit bank .siap nak tag peminjam.mengelupur org tu msg dia suh delete status.after bayar trus settle. yg aku ingat sgt akak tu kata dia tlg sbb mikirkan kawan.x sangka kawan dia tak guna.wakakka.tp berhasil la cara tu.x tahan sgt kot dok mtk duit sendiri cam mtk sedekah
Quote garyura 11-2-2014 11:11 PM
kawan aku utang sampai la ni tak byr...dah nak masuk 3 tahun...kalau sikit2 bleh pejam mata je...ni riban2...nak mintak takut kecik ati member pulak...tak mintak kadang aku pun sesak nak pakai duit...
Quote nizam49 17-2-2014 04:38 PM
kau ambik brng kat dia ckp nnti byr...pastu nnti kau ckp tolak hutang abis crita...
ckp brng tu orng nk tp kau x dak....
Quote akula203 19-2-2014 07:45 AM
As Salam..

Besar gak 1.5k tuh...3 bulan tak nak bayar2....mcm dia sengaja tak nak bayar jek.....


wasap je la..no acc ko....cakap je la....sila bayar utang aku..1.5k....semoga Allah murahkan rezeki ko...ammeennn..

pas tu tawakal je la....ada rezeki ko..dia akan bayar...tak de tuh...sebulan skali ko wasap dia....minta lg...pas tuh..dah jgn fikir...doa je dia bayar....hati ko pun tenang....utang pun ko tagih....
Quote lil_honey 25-2-2014 12:01 PM
sila serang dari segenap sudut kalau tak dah tak tahan ye..
kat fb, kat blog dia ke..kat insta ke...
Quote PenjualAPAD 1-3-2014 03:04 PM
kawan cina aku lagi gila, dia sub pada along suruh kutip, last2 penghutang dia report polis, masuk dalam xde pasal
Quote ISTRIMITHALI 14-8-2014 04:58 PM
sy pun ade kwn cm ni... tp xde la hutang byk cm ni... tp klau dok kumpul2 banyak kot... sbb x pernah kire..
mule2 tu die pinjam sikit2 je.. 50 - 100 jek.. n x byr.. ok.. sbb nak tolong..
sy halal kan... pdhal die ni keje goment... xtau lah nak ckp, maybe
byk sgt hutang die...
paling banyak... hari tu.. die pinjam 500.. kate nak byr minggu dpn, tunggu punye tunngu
x byr gak, text die bile nak byr, kate minggu dpn lg, x jgk byr...
last2, sy senyap je.. pastu tgk berita goment dpt bonus raye, text die..
at least byr la 200 ke.. then baru bayar... tp yg lg 300 tu.. jd mcm burn lah..
sbb smpai sudah die senyap je..

skrg.. sy jz pk.. insya ALLAH... klau ade rezki.. Allah akn tolong kite.. biar lah die..
smpai skrg.. die x pinjam dh duit sy maybe malu kot... bile dh jd mcm ni... sy jz
halal kan lah... insya ALLAH.. maybe rezki kite kot lain

tp sbb tt kene banyak tu.. klau sy kt tmpt tt pun mmg jd marah kot.. hehe
Quote ciknas 14-8-2014 11:53 PM
ISTRIMITHALI posted on 14-8-2014 04:58 PM
sy pun ade kwn cm ni... tp xde la hutang byk cm ni... tp klau dok kumpul2 banyak kot... sbb x pernah ...

Last time dia janji nak bank in duit, nak bayar kat Nas, 250...50 lagi nak bayar trip Pulau Tioman katanya. You know what? Dia siap ajak Nas join sekali. Kalau Nas join sekali, burn lagi 250. Tah tah dia ada plan lain ke kan.

Tunggu punya tunggu at last, she transfered. Nas ingat silap number akaun ke apa. Sebab dia suruh kawan dia transfer. RM50 je dalam akaun. Padahal hari gaji kot. Lepas lepas tu dia dah block whats app, call pun tak pernah dapat.

Dengar dengar dia nak buka kedai dobi. Awal awal nak ajak Nas jadi share partner. Pinjamkan dia another RM900 nak bayar mesin. Memang tak la kan.

So, the end of the story. Kami dah lost contact. Moga moga dia 'kaya' dunia akhirat dengan perangai busuk macam tu.

How come dia boleh mengungkit duit minyak kereta dengan duit dia tolong poskan barang? Kalau kena bayar pun takda sampai seribu pun.

You oll nak berpartner make sure partner tu family sendiri. Dengan orang luar, yang kawan pun boleh tikam kawan.

Nak suruh halal? Memang tak lah. Saya seorang yang berdendam. Datang mintak halal dulu.

Lihat semua komen(39)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065659 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top