Wanita lemaskan anak hingga mati Akibat Fikir DiCabul
SEORANG wanita di Amerika Syarikat didakwa melakukan pembunuhan darjah kedua selepas bertindak melemaskan anak perempuannya di dalam tab mandi di kediaman mereka.
Kayla Marie Jones, 25, dari Minnesota mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu kerana menyangkakan mangsa, Azaria Jones, 6, telah dicabul.
Jurucakap polis memberitahu, hasil siasatan awal mereka mendapati tertuduh pernah menjadi mangsa cabul ketika zaman kanak-kanak dan dia mungkin masih trauma dengan kejadian itu.
"Dia mahu 'menyelamatkan' anaknya daripada mengalami nasib sama sepertinya," katanya. Menurutnya lagi, tertuduh juga tidak dapat tidur selama dua hari kerana sering mendengar bisikan 'selamatkan Azaria' sebelum kejadian itu berlaku.
"Jones mengaku melemaskan anaknya selama beberapa minit sehingga kanak-kanak itu tidak lagi bergerak," jelasnya.
Susulan daripada itu, hakim Shawn Bartsh mengarahkan Jones supaya menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Mahkamah Daerah Ramsey turut menetapkan ikat jamin sebanyak AS$2 juta (RM7 juta) ke atas tertuduh dan sebutan semula kes dijadualkan pada 7 Januari depan. - Daily Mail
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|