CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengawal Banyak Akai Selepas Mencabul!

27-2-2015 06:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7258| Komen: 20

Description: Awak Boleh Juga Dikenakan Hukuman Penjara Dan Denda Tanpa Sebat Bergantung Kepada Fakta Kes Dan Budi Bicara Mahkamah,” Jelas Majistret Itu.
Pengawal Banyak Akai Selepas Mencabul!

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- “Saya tidak tahu apa akan jadi jika saya mengaku atau tidak mengaku terhadap pertuduhan yang dikenakan kepada saya,” kata seorang pengawal keselamatan dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Berikutan itu, Majistret Nur Azura Murah menjelaskan dengan terperinci perkara itu kepada Mohd Sukeri Mohameed, 36, yang didakwa atas tuduhan mencabul seorang wanita berumur 28 tahun di stesen LRT Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada 8.40 pagi, 5 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

“Kalau awak mengaku salah, mahkamah boleh teruskan dengan menjatuhkan hukuman, tetapi sekiranya awak tidak mengaku bersalah, awak boleh lantik peguam dan teruskan untuk bicara kes ini.

“Mengikut Seksyen 354 itu, hukumannya adalah dua daripada tiga yang ada, tidak semestinya awak kena sebat dan penjara sahaja, atau sebat dan denda.

Awak boleh juga dikenakan hukuman penjara dan denda tanpa sebat bergantung kepada fakta kes dan budi bicara mahkamah,” jelas majistret itu.

Mohd Sukeri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh.

Ketika diberi peluang membuat rayuan berhubung jaminan itu, Mohd Sukeri yang tidak diwakili peguam memberitahu dia tidak tahu bagaimana hendak membuat rayuan dan sekali lagi Nur Azura menjelaskan kepadanya.

Tertuduh memberitahu mahkamah dia telah bercerai dan perlu menanggung keluarga termasuk seorang anak.

Nur Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.

8

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 27-2-2015 05:09 PM
banyak tengok cerita CSI
Quote mak_wa95 27-2-2015 05:10 PM
semua xtahu..

mencabul tahu pulak...
Quote boyagombak 27-2-2015 05:14 PM
Saya x buat. Tiba2 tangan saya yg gatal nk cabul. Hukumlah tangan tu kasik kerat
Quote dinamokiev 27-2-2015 05:33 PM
Ahaha. Saya tak tahu apakah itu mencabul yang arif.
Quote izabellemylia 27-2-2015 05:34 PM
agaknya dia lupa yg dia ada mencabul...
Quote Felycya 27-2-2015 05:58 PM
Alzheimer kot.
Quote bellaa 27-2-2015 08:13 PM
Suka hati je mencabul org.


Quote olaoliolu 27-2-2015 09:57 PM
sila pegang n cabul dia beramai ramaii . t
Quote olaoliolu 27-2-2015 09:57 PM
sila pegang n cabul dia beramai ramaii . t
Quote mak_wa95 27-2-2015 10:10 PM
olaoliolu replied at 27-2-2015 09:57 PM
sila pegang n cabul dia beramai ramaii . t

tak geli ke nak mencabul dia

n xtakut dosa ke...
Quote Changa 27-2-2015 10:27 PM
Cabul jah beliau balik
Quote dani-rox 27-2-2015 10:47 PM
nasib baik msia takdak 'plead the fifth'... jenuh lah prosecuters nak cari jalan utk mendakwa yg tertuduh.
Quote tagas 28-2-2015 10:21 AM
Sy tak cabul..sy sentuh pegang jer
Quote mizzmimi 28-2-2015 11:13 AM
yang nak cabul mamat ni sanggup ke masuk court pulak?
Quote Decaffeinated 28-2-2015 11:45 AM
apa dia buat?...

Quote Feedoss 2-3-2015 09:50 AM
pakaian dia menonjol yg arif.. x dpt nk tahan diri dr rasa sendiri . haha
Quote honeys_lemon 2-3-2015 12:33 PM
Quote clarizsa 2-3-2015 12:46 PM
penjarakan je dia dgn peliwat dlm satu bilik.. baru tau best ke x kna cabul bagai...
Quote kudajantan77 2-3-2015 12:49 PM
Hakim : Adakah awak mengaku melakukan samun terhadap seorang wanita ...

Tertuduh : Mana ada ... saya cuma tunjuk pisau, tetiba dia hulur duit ...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.199199 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top