Assalamualaikum..Maaf tulisan ni panjang. Saya nak luahkan segala terbuku dihati.
Masalah yang saya hadapi mengenai sahabat saya. Kami kawan lama dah. Kiranya kami tak pernah bergaduh. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita okay sebelum tu masalah ni berlaku baru sangat. Tapi kesan dia saya rasa tak seronok bila kawan yang kita rapat tiba-tiba menjauhkan diri. Kita rasa kita dah betul dah tapi pihak disana entah lah. Saya dengan kawan saya ni macam satu perangai.
Kisahnya bermula... Kami 3 sahabat. Biarlah saya gantikan nama mereka dengan huruf iaitu A dan B. Antara A dan B ni saya lebih rapat dengan A sebab seperti yang saya cakap tadi kami perangai sama. Mudah terasa cuma bezanya saya cepat 'cool' selepas marah tapi dia seorang pendendam. Contohnya apabila A dan B bergaduh, mereka ini akan menceritakan masalah mereka dekat saya dan saya dengar. A cakap dia terasa dengan B sebab perangainya yang selamba manakala B cakap A tu seorang yang cepat melenting. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, saya tak sebelah mana-mana walaupun hakikatnya dalam hati saya jugak pernah terasa dengan B. Diorang bergaduh sehingga putus sahabat. B mengadu dekat saya yang dia dah mintak maaf dekat A tapi seperti biasalah A ni dengan ego dia, menurut cerita A dekat saya dia boleh maafkan tapi untuk nak mesra macam dulu memang tidak. Baiklah. Saya faham. Saya pun tak boleh nak kata apa dah. So sekarang tinggallah saya dengan A sahaja masih bertahan kawan. Okay. Tadi mukadimah je. Hehe. Saya dengan A memang rapat. Selalu mesej tiap masa. Dah nama pun kawan kan. Dah macam adik beradik dah. Saya memang tak banyak kawan sebab rajin tukar sekolah, so dia sorang aje kawan dunia akhirat saya. Secara jujurnya sepanjang kawan saya banyak terasa jugak dengan sikap A ni tapi saya biarkan aje memandangkan saya terima kekurangan dia memandangkan dia kawan saya. Saya tak boleh nak buat dia ikut perangai yang saya suka. Manusia kan dicipta perangai bermacam jenis perangai. Angin tak ada ribut tak ada. tiba-tiba saya dapat mesej dari A mengatakan sesuatu lebih kurang begini 'bila orang ajak tak mahu pastu cakap orang tak ajak' . Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Lagi dia cakap lepas ni jangan cakap yang dia tak ajak dah karang dia tumbuk dalam nada yang memang bagi saya amat kurang ajar. Terlampau kurang adab. Tak apa saya boleh sabar lagi. Saya pun baru perasan yang saya macam tu bagi dia. Padahal saya bergurau je dengan dia. Kata adik beradik tapi melawak sikit macam tu dah marah. Dia cakap sebab kami macam adik beradik lah dia macam tu. Okay. Saya tahan. Saya abaikan perasaan saya yang masih terkedu akibat dimarah sebegitu rupa oleh dia. Saya jadi macam orang bodoh bila saya keluarkan perkataan maaf. Saya kecik hati sebab dia maki saya. Dulu dia cakap elok je dengan saya. Saya tak tau kenapa tiba tiba je dia kurang ajar macam tu.
Lepas tu kejadian berlarutan bila masa kami meeting bayangkan kalau anda keluar dengan kawan-kawan anda dia tidak melayan atau berborak dengan anda malah dia lebih dengan henfon dia. Mesej kawan dia barangkali. Saya pun tak pasti tapi masa kami jalan sekali tiba-tiba dia berhenti lama kat satu tempat dan agak lama lah. Saya pun tanyalah mesej sapapun, jalanlah sekali dengan saya. Tak payahlah tercongok kat situ. Dia tak dengar pastu macam tu je dia belah cari kerusi, so saya pun ikotlah malas nak cakap apa. Okay. lepas tu saya tanya dia satu soalan ni tiba tiba dia jawab dengan nada yang kurang adab macam angkat bahu dan jawab tak tau walaupun soalan saya tak habis lagi. Tak per. Saya abaikan. Saya cuba tahankan. Dah dia perangai macam tu, terima jer lah. Kawan sendiri jugak bukannya orang lain. kemudian satu hari ni kami beborak pasal perkara tak penting pun. Sembang kosong lah katakan. Sampai satu saat dia cakap saya ni jenis tak ada perasaan. Orang sedih ke ceria ke apa ke, hati kering. Saya pun cakaplah kat dia yang saya tak reti nak tunjuk keterujaan pada sesuatu tu dan saya tak tahu lah pulak saya macam tu. Kami sembang pasal movie ni. Dia cakap kalau saya kemalangan tiba tiba tak tau sapa family kita tiba laki tak kenal jadi suami saya kena tinggal sekali bla bla bla... Saya pun bagilah ayat ni kat dia "mulut tu jagalah sikit. Tau tak tu satu doa." Mungkin dia terasa kot. Dia marah dia kata mulut kalau tak cakap pun benda nak jadi jadi jugak. Lepas tu saya balas memanglah tapi janganlah cakap macamtu sebab tu doa. Saya cakap macam tu je pun. Panjang lebar mesej dia macam marah saya bila cakap mulut tu jangan celupar. lepastu sampailah hari ni bila saya mesej dia dia jawab nak tak nak je. Tak mesra dah. |
ADVERTISEMENT