|
Assalamualaikum..Maaf tulisan ni panjang. Saya nak luahkan segala terbuku dihati.
ni masalah yang saya hadapi dengan sahabat saya. Kami kawan lama dah. Kiranya kami tak pernah bergaduh lah. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita okay sebelum tu masalah ni berlaku baru sangat. Tapi kesan dia saya rasa tak seronok bila kawan yang kita rapat tiba tiba menjauhkan diri. Kta rasa kita dah betul dah tapi pihak disana entah lah. Saya dengan kawan saya ni macam satu perangai.
Kisahnya bermula...
Kami 3 sahabat. Biarlah saya gantikan nama mereka dengan huruf iaitu A dan B. Antara A dan B ni saya lebih rapat dengan A sebab seperti yang saya cakap tadi kami perangai sama. Mudah terasa cuma bezanya saya cepat cool selepas marah tapi dia seorang pendendam. Contohnya apabila A dan B bergaduh, mereka ini akan menceritakan masalah mereka dekat saya dan saya dengar. A cakap dia terasa dengan B sebab perangainya yang selamba manakala B cakap A tu seorang yang cepat melenting.
Untuk tidak mengeruhkan keadaan saya tak sebelah mana-mana walaupun hakikatnya dalam hati saya jugak pernah terasa dengan B. Diorang bergaduh gaduh gaduh sampai putus sahabat. B mengadu dekat saya yang dia dah mintak maaf dekat A tapi seperti biasalah A ni dengan ego dia dia cerita dekat saya dia boleh maafkan tapi untuk nak mesra macam dulu memang tidak. Ok fine. Saya faham. Saya pun tak boleh nak kata apa dah. So sekarang tinggallah saya dengan A sahaja masih bertahan kawan.
Okay. Tadi mukadimah je. Hehe. Saya dengan A memang rapat. Selalu mesej tiap masa. Dah nama pun kawan kan. Dah macam adik beradik dah. Saya memang tak banyak kawan sebab rajin tukar sekolah, so dia sorang aje kawan dunia akhirat saya. Secara jujurnya sepanjang kawan saya banyak terasa jugak dengan sikap A ni tapi saya biarkan aje memandangkan saya terima kekurangan dia memandangkan dia kawan saya. Saya tak boleh nak buat dia ikut perangai yang saya suka. Manusia kan dicipta perangai bermacam jenis perangai.
Angin tak ada ribut tak ada tiba tiba dia mesej saya cakap saya ni jenis yang bila orang ajak takmau pastu cakap orang tak ajak. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Lagi dia cakap lepas ni jangan cakap yang dia tak ajak dah karang dia tumbuk dalam nada yang memang bagi saya amat kurang ajar. Terlampau kurang adab. Tak apa saya boleh sabar lagi. Saya pun baru perasan yang saya macam tu bagi dia. Padahal saya bergurau je dengan dia. Kata adik beradik tapi melawak sikit macam tu dah marah. Dia cakap sebab kami macam adik beradik lah dia macam tu. Okay. Saya tahan. Saya abaikan perasaan saya yang masih terkedu akibat dimarah sebegitu rupa oleh dia. Saya jadi macam orang bodoh bila saya keluarkan perkataan maaf. Saya kecik hati sebab dia maki saya. Dulu dia cakap elok je dengan saya. Saya tak tau kenapa tiba tiba je dia kurang ajar macam tu.
Lepas tu kejadian berlarutan bila masa kami meeting bayangkan kalau anda keluar dengan kawan kawan anda dia tidak melayan atau berborak dengan anda malah dia lebih dengan henfon dia. Mesej kawan dia barangkali. Saya pun tak sure tapi masa kami jalan sekali tiba tiba dia berhenti lama kat satu tempat dan agak lama lah. Saya pun tanyalah mesej sapapun, jalanlah sekali dengan saya. Tak payahlah tercongok kat situ. Dia tak dengar pastu macam tu je dia belah cari kerusi, so saya pun ikotlah malas nak cakap apa. Okay.
lepas tu saya tanya dia satu soalan ni tiba tiba dia jawab dengan nada yang kurang adab macam angkat bahu dan jawab tak tau walaupun soalan saya tak habis lagi. Tak per. Saya abaikan. Saya cuba tahankan. Dah dia perangai macam tu, terima jer lah. Kawan sendiri jugak bukannya orang lain.
kemudian satu hari ni kami beborak pasal perkara tak penting pun. Sembang kosong lah katakan. Sampai satu saat dia cakap saya ni jenis tak ada perasaan. Orang sedih ke ceria ke apa ke, hati kering. Saya pun cakaplah kat dia yang saya tak reti nak tunjuk keterujaan pada sesuatu tu dan saya tak tahu lah pulak saya macam tu. Kami sembang pasal movie ni. Dia cakap kalau saya kemalangan tiba tiba tak tau sapa family kita tiba laki tak kenal jadi suami saya kena tinggal sekali bla bla bla... Saya pun bagilah ayat ni kat dia "mulut tu jagalah sikit. Tau tak tu satu doa."
Mungkin dia terasa kot. Dia marah dia kata mulut kalau tak cakap pun benda nak jadi jadi jugak. Lepas tu saya balas memanglah tapi janganlah cakap macamtu sebab tu doa. Saya cakap macam tu je pun. Panjang lebar mesej dia macam marah saya bila cakap mulut tu jangan celupar.
lepastu sampailah hari ni bila saya mesej dia dia jawab nak tak nak je. Tak mesra dah.
Kesimpulannya saya sayangkan dia sebab dia sorang je kawan saya. Sayang macam adik sayang kakak. Saya tak ramai kawan. Saya nak sangat kami gila2 macam dulu. Allahuakbar...salah saya ke semua ni? Saya faham sangat perangai dia kalau dia marah seseorang tu dia tidak akan sesekali melawak dah macam sebelum ni. Dan sekarang saya merasainya. Ya Allah....semoga allah selamatkan persahabatan kami dan semoga ujian ni makin dekatkan kami macam dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
umur berapa, rasanya kita x perlu risau kawan makin menjauh, ramai lagi org keliling menjadi kawan2. bila satu peringkat usia umur 20an 30an kita semua x sama pandangan/prinsip/lifestle/pendidikan/pengalaman dgn kawan2 lama. sbb akan rasa kelainan bila berjumpa kawan2 sekolah rendah menegah uni. |
|
|
|
|
|
|
|
masa berubah... begitu jugak ngan kawan2 kita... mula rapat... pastu menjauh... perkara biasa lah tue... xyah ler pening2... bersangka baik ajer lah |
|
|
|
|
|
|
|
things change
may be korang dah mula rase bosan kot
atau die sudah ketemu kawan baru
Last edited by edoraixora on 16-10-2014 04:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-10-2014 11:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Update- dia kata dia xsuka cakap kot belakang.dia suka ckp depan2.
Memang lah..masalahnya bila masa sy pernah kutuk orang. Dan sy tak pernah kutuk dia. Bila saya mesej dia dia balas balas macam 'awkward sgt' walhal saya tulis ayat punya nampak mesra.
Ha.. Zaman sekolah lagi kami kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku pun jauh . aku kat perak dia duduk kat sabah nuh |
|
|
|
|
|
|
|
ha3 biasa la tu. memang orang mcm tu. ade masa kita kene lepaskan orang yg kita syg. cari kawan lain. skolah form bpe? ko tengah membesar, anggap la ni peluang nak matangkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-10-2014 05:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Update-mesej dia,dia kata dia bizi sikit. Okaylah. Kawan dunia akhirat susah nak cari. Dulu ada masalah dgn perasaan kat kawan lelaki dulu2, yang ni lgi sakit kot sbb xmau lah persahabatan kami jdi kenangan. Kawan dunia akhirat susah nak cari. Harapnya memang dia sibuklah dan bukan simpan dendam apa ke kat saya :') |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 perangai la kawn ko ni. Da la, ko pegi la cari kawan lain. Luaskan sikit hubungan sosial ko. Jgn la tertumpu pada org tu je and jgn jadi lemah sngt bile org maki2 kite. kuat la sikit. xde nye bley mati kalo ko xde kawan..
Aku pn ade 2 org bff mcm ko, dari kecik kami kawan smpai skang, terus terang aku ckp mmg kiteorg x penah bergaduh. sbb kiteorg respect and support each other. xde main cakap2 blakang. pastu kalo ade masalah, kiteorg discuss. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-10-2014 11:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dh baik dah kitorg. Alhamdulillah... Sebab ada sebablah kitorg rapat. Kawan kerana Allah. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|