CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi Rm59k Ditipu Rakan Facebook

14-4-2014 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7042| Komen: 56



Teluk Intan: Seorang kakitangan kerajaan mengalami kerugian RM59,900 apabila ditipu satu sindiket antarabangsa yang turut didalangi rakyat tempatan.

Mangsa berumur 35 tahun yang juga seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan berpejabat di sini, membuat laporan polis selepas menyedari diperdaya wanita yang dikatakan berwajah cantik melalui satu akaun di Facebook sejak awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, selepas beberapa hari berkenalan dengan wanita yang dikenali sebagai Farah Ridzuan itu, mangsa menerima satu pesanan kononnya daripada wanita itu yang berada di Britain.

“Wanita itu mendakwa akan menghantar 100,000 pound, telefon bimbit, jam tangan berjenama, komputer riba, bunga serta barangan lain sebagai tanda persahabatan.

“Pada 14 Mac lalu, mangsa menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai kastam dan mengarahkan mangsa membayar RM9,300 sebagai bayaran cukai ke atas barangan yang kononnya dihantar Farah. “Mangsa melakukan pembayaran itu atas nombor akaun sebuah bank tempatan atas nama Fagge Ibrahim Galadima dan tiga hari selepas itu, mangsa menerima satu lagi panggilan telefon kononnya dari Bank Negara Malaysia yang mahu mangsa membayar RM50,400 sebagai cukai atas barangan dikirim itu.

“Mangsa membuat bayaran sebanyak dua kali iaitu RM25,200 pada hari sama dan RM25,200 lagi keesokannya ke dalam akaun sebuah bank tempatan milik rakyat tempatan bernama Yap Swee Thien,” katanya, di sini, semalam.


Goh berkata, mangsa mula curiga selepas menerima satu lagi panggilan telefon dari seorang lelaki yang mengaku pegawai kastam dan meminta mangsa membayar RM68,000 lagi sebagai bayaran cukai United Kingdom, sebelum membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan pada 20 Mac lalu.

Katanya, polis kemudian menahan tiga lelaki iaitu dua rakyat tempatan berusia 32 dan 28 tahun di rumah masing-masing di Taman Seri Setia, Johor Bahru, Johor, dan seorang pelajar kolej berbangsa Nigeria berusia 20-an di sekitar Damasara, Selangor.

“Polis percaya mereka sebahagian daripada sindiket penipuan dan masih memburu saki-baki kumpulan terbabit. “Sehubungan itu, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Chizaoba Gods Power Iwuagwu untuk siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Cawangan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Inspektor Gopal Palanisamy di talian 016-6379408 atau menghubungi Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6222222 atau balai polis berhampiran.

10

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solstice 12-4-2014 02:59 PM
Yg menipu tu elok mampus hukum tembak
Yg kena tipu tu apasal bodoh sgt?
Quote shernazz 12-4-2014 03:12 PM
bodoh
tu je aku boleh kata
Quote batmana 12-4-2014 03:17 PM
dia bodoh sket, tapi lurus bendul byk..
Quote ibu_haritz 12-4-2014 03:20 PM
Bengapppp...:Q
Quote pakweneelofa 12-4-2014 03:23 PM
sbb tu la aku ckp tk yah berfesbuk sangat lah
Quote Zep 12-4-2014 03:26 PM
rasain lho. sapa suruh bodoh sangat tak pakai otak.
Quote R2D2 12-4-2014 03:27 PM
scam email ni Bill gates pun dapat

RM59K ni boleh beli 2 body camera Canon
Quote alahai 12-4-2014 03:27 PM
kes macam ni bukankah dah lamaaaa jadi, tapi masihhh ada jugak yg terkena lagiii......
Quote jengkoil 12-4-2014 03:41 PM
Mana mangsa dapat duit ni? Jual tanah pusaka ke?
35 thn...keja gomen...level JUSA ke?
Quote alahai 12-4-2014 03:50 PM
kalau si pompuan yg jadi mangsa, ramaila yg kutuk cakap desprate sbb andartu (cc@ifanonline) ), gumuk huduh semua....ni yg jadi mangsa jantan..kurang sikit kot kutukan tu....


pantang org bagi gambar cun terus cairrr....desprate jugak kot
Quote mattzzx 12-4-2014 04:28 PM
Dah banyak kes kes seperti ni keluar dalam tv,suratkhabar..... tak baca atau memang tahap degil tak nak caya orang ni..
Quote axl_bach 12-4-2014 04:30 PM
jengkoil posted on 12-4-2014 03:41 PM
Mana mangsa dapat duit ni? Jual tanah pusaka ke?
35 thn...keja gomen...level JUSA ke?

apsal pelik plak org ada simpanan puluh2 riban??umur 35 tahun ada RM60K byk ker???rasanya biasa jer org umur mid 30's ada ratus2 riban simpanan....

Quote axl_bach 12-4-2014 04:31 PM
alahai posted on 12-4-2014 03:50 PM
kalau si pompuan yg jadi mangsa, ramaila yg kutuk cakap desprate sbb andartu (cc@ifanonline) ), gu ...

mmg desperate bebenor tu, x kenal batang hidung jer tgk pic cun terus sanggup kuar duit puluh2 riban,gilos laaaaa

Quote jengkoil 12-4-2014 04:38 PM
axl_bach posted on 12-4-2014 04:30 PM
apsal pelik plak org ada simpanan puluh2 riban??umur 35 tahun ada RM60K byk ker???rasanya biasa je ...

Kalo setakat simpan duit gaji aku tak caye...

tapi kalo buat bisnes luar..jd broker hartanah, property..main stock, forex hatta wat MLM... iye..tak pelik...

pasai simpanan tu..bleh achieve. .tapi org kita yg kebiasaan...besar periuk..besar laa kerak..
up gaji skit...mula laa mikir mcm mana nk abiskan duit tu..nak tambah hutang..
Quote axl_bach 12-4-2014 04:42 PM
jengkoil posted on 12-4-2014 04:38 PM
Kalo setakat simpan duit gaji aku tak caye...

tapi kalo buat bisnes luar..jd broker hartanah, p ...

ntah, aku rasa logik jer if dia simpan duit gaji dpt camtu

katakan dia keje start umur 25 tahun, pukul rata gaji bulanan RM3000, gedebuk gedebak lepas bayar itu ini simpanan bulan2 dlm RM600...

12x10xRM600=RM72,000....TU x termasuk interest bank, bonus2 dan x lupa juga duit kopi,heheheheheheh

tu kire paling bodoh punya kiraan laaa.....

Quote chaintea 12-4-2014 04:43 PM
Dia mmg x tahu ke kes gini dh byk kali jadi??
Quote ice_sky92 12-4-2014 04:47 PM
Kenapa lurus bendul sangat abg ni. Hrp2 dpt balik la duit tu.
Quote Peya 12-4-2014 04:48 PM
Again????? :Q
Quote axl_bach 12-4-2014 04:49 PM
chaintea posted on 12-4-2014 04:43 PM
Dia mmg x tahu ke kes gini dh byk kali jadi??

maybe dia tau jer kes camni byk berlaku, or maybe dia tanya tukang tilik dulu b4 proceed, tukang tilik cakap "this thing aaaa, not a bluff maaaa, real wan maaaaaa"

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.787984 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top