CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akaun Facebook Lucah Berleluasa

20-12-2013 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7382| Komen: 19

Description: Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (Mjmm) Semalam Membuat Laporan Polis Terhadap Sebuah Akaun Facebook Memaparkan Puluhan Gambar Gadis Tempatan Dalam Keadaan Mengghairahkan Yang Mula Dik ...
  •                                    
  • Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
                                                               

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.

9

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RaulRaz 20-12-2013 09:35 AM
apsal aku tengok muka sorang2 ni lain macam jek...hahahaha
Quote pakwetizzaqyah 20-12-2013 09:37 AM
sekuntum mawar merah layu dikelilingi kumbang tua
Quote leylapple 20-12-2013 09:39 AM
huh..byk masa pulak acik2 nie memantau aktiviti pages kat pesbuk...

sampai jumpa page yang jual org...

aku nak hapdet status aku sendiri pun malas~
Quote annehuda 20-12-2013 09:43 AM
aku penah jumpe satu pages ni letak gmbr budak2 pompuan melayu yg still sekolah dan bertudung. bebudak sekolah skrang dah comel2 pakai tudung pesen tah hape2 yg colourful tu. yg paling tak boleh blah yg mengomen tu aku tgk ramai lelaki dewasa je. terus aku report page tu file under paedophilia.

lenkali kalau jumpe page mcm tu report jah... pesbuk akan banned
Quote yusra 20-12-2013 10:11 AM
err...tajuk benang terkonpius jap
Quote ifanonline 20-12-2013 10:12 AM
adakah ini dikatakan polis syariah? lebat misai sekor2...
Quote brader_sam 20-12-2013 10:28 AM
secara asas moralnya... tindakan diorg ni bagus utk mengelakkan kes ni berterusan..

secara  sampingannya... rajin tul diorg ni godek2 pesbuk kan kann kann...
Quote kakunara 20-12-2013 10:30 AM
x tau pon pasal kewujudan pages tersebut...
Quote R.A.M.A_mirror 20-12-2013 11:09 AM
ak rase ak taw pages maana !! haha... LOL
concern juga orang mlyu ngn perkara camnie..
tp ptot balik umah tgk anak2 masing2 camne erangai dowang..
Quote DayangKirana 20-12-2013 01:00 PM
x tau pon pasal kewujudan pages tersebut..


sama la..kewujudan pertubuhan tu pun aku tak tau..
tapi muka masing2 memang skeri.. kalau tak baca artikel tu, mati2 ingat anggota RELA..
Quote shernazz 20-12-2013 01:34 PM
aku ingatkan jualan tupperware, shaklee n sekutu dengannya kat facebook tu
news feed aku penuh dengan mende2 neh aje...tu pon ade sesetengah aku dh hide...
tengok2 kawan2 pon dok menjual juge
kalo update 1 hari skali x pe
ni tiap2 jam dok naik shaklee, susu badan n kurus cantik berseri
choyy!!
Quote nexusys 20-12-2013 02:14 PM
ifanonline posted on 20-12-2013 10:12 AM
adakah ini dikatakan polis syariah? lebat misai sekor2...

teringat aku pakcik bini aku,...

cambagus aku panggil dia... dia jadik pegawai DBKL, tapi cambagus cam Pulis...

sebab dulu nak jadi pulis, tapi tak lepas, sebab tak lulus

sampai la ni, dia masih lagi perasantan bajet cam dia tu Bon... usha orang macam nak bunuh jah.. siyes habis.. asik muram jek.. ala2 bon...

mwahahhahahhaha

aaaa rupa dia cam pakcik2 kat dalam gamba atas tu ler... SENENTIASA SIYES!
Quote finding 20-12-2013 02:31 PM
apebende MJMM ni?
SIAP ADA UNIFORM, INSIGNIA, MAROON BERET, RANKING BAGAI....
tak penah dengar pun....
Quote AmiraLee 21-12-2013 12:58 PM
misai yg antik
Quote mommymonster82 21-12-2013 01:01 PM
Semenjak 2 menjak ni...byk dengar nm pertubuhan itu, pertubuhn ini...byk betul ek..pertubuhan dan kelab, persatuan kt malaysia ni?
Quote Knowlee 21-12-2013 06:49 PM
shernazz: aku ingatkan jualan tupperware, shaklee n sekutu dengannya kat facebook tunews feed aku penuh dengan mende2 neh aje...tu pon ade sesetengah aku dh hid ...


hahaha... mmg choy... timeline aku pun bersepah... semua pun bagus, takde yg tak bagus. produk lain semua tak elok, diorg je elok. aduyai...
Quote AKUHAKIM 23-12-2013 01:07 AM
bagaimane care untok mebanterasnya
Quote BurningTimes 23-12-2013 01:13 AM
Kenapa mahu banteras? Takut rahsia anak2 melayu sunni wal jamaah beradab syumul terbongkar? Takut hilang kesyumulan? Alahai bajet maksom sangat makcik2 dan pakcik2 ni, entah2 gambar anak pakcik makcik ini yang di upload, sebab itu hangin sangat. Akak tak nampak motif mahu banteras pages itu, macamlah admin itu bodoh sangat tak boleh buat pages lain, sedangkan gambar anak2 melayu bohsia bohjan berzina dah belambak di internet.
Quote lavajeans 23-12-2013 01:18 AM
BurningTimes posted on 23-12-2013 01:13 AM
Kenapa mahu banteras? Takut rahsia anak2 melayu sunni wal jamaah beradab syumul terbongkar? Takut hi ...

kena tak mau banteras...???

takut income hasil jualan di fb kurang ke...??





Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.399780 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top