CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Islam Dilarang Siar Gambar Dalam Facebook - Mufti India!!

14-8-2013 12:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8421| Komen: 37

Description: New Delhi 13 Ogos - Seorang Mufti Di India Mengisytiharkan Bahawa Perbuatan Memaparkan Gambar Di Facebook Dan Media-Media Sosial Yang Lain Adalah 'Melanggar Hukum Islam'.

Sekadar hiasan


NEW DELHI 13 Ogos - Seorang mufti di India mengisytiharkan bahawa perbuatan memaparkan gambar di Facebook dan media-media sosial yang lain adalah 'melanggar hukum Islam'.

Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli berkata, umat Islam khususnya wanita Islam harus mengelakkan daripada menyiarkan gambar mereka di dalam talian.

Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media Trust of India (PTI), pada Ahad lalu.

Beliau juga menyediakan dua talian bagi membantu menasihati orang ramai berkaitan isu-isu Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam wajar menghindari lama-laman sembang sosial.

''Wanita tidak perlu menyiarkan gambar (mereka) di Facebook atau di mana-mana laman sembang sosial di Internet. Ini adalah bertentangan dengan Islam.

''Wanita tidak dibenarkan memaparkan wajah mereka kepada orang lain, selain daripada kaum kerabat lelaki mereka seperti bapa dan saudara-mara. Menyiarkan gambar-gambar di Facebook adalah 'haram','' tambah Saif Abbas Naqvi, yang turut mengendalikan perkhidmatan khidmat nasihat itu.

''Kami berfahaman liberal, kami tidak berfikiran seperti Taliban, apabila anak-anak muda bertanya kepada kami, sama ada mereka boleh mempunyai profil Facebook atau Twitter, kami membenarkannya, tetapi Syariah (undang-undang Islam) tidak membenarkan wanita Islam untuk menyiarkan gambar-gambar (mereka),'' ujar Saif Abbas.

Bagaimanapun, Abul Irfan Naimul mengakui akaun media sosial yang dibuka atas alasan perniagaan adalah dibenarkan.

''Jika seseorang itu menggunakan Facebook untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan yang membina, maka akaun (tindakan) ini adalah munasabah,'' katanya. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... India#ixzz2bupo8cmw
© Utusan Melayu (M) Bhd

2

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 14-8-2013 11:17 AM
aparaaaaa mufti nih..facebook tu dah ketinggalan zaman
skang ni ummah cikki2 main instagram laaaaa
btw, aku rasa pompuan2 yg hari2 haplod gambo ni mmg jenis attention seeker..hadap sgt nak suh org puji cantikla, cute la, macam nokharom je sesekor
Quote saladin780 14-8-2013 11:33 AM
cmf_premierleag posted on 14-8-2013 11:17 AM
aparaaaaa mufti nih..facebook tu dah ketinggalan zaman
skang ni ummah cikki2 main instagram laaaaa: ...

pastu seko2 mata buntang terbeliak..pipi kembong, mulut muncung sedepa
Quote jonlabu 14-8-2013 11:41 AM
saladin780 posted on 14-8-2013 11:33 AM
pastu seko2 mata buntang terbeliak..pipi kembong, mulut muncung sedepa

Quote punyukuku 15-8-2013 07:41 AM
Bagus lah~
Quote finding 15-8-2013 07:53 AM
saladin780 posted on 14-8-2013 11:33 AM
pastu seko2 mata buntang terbeliak..pipi kembong, mulut muncung sedepa

Mulut itik ekk....
Quote gogo2 15-8-2013 07:57 AM
Kat India ada padang pasir ke sampai kena tutup muka?
Quote batmana 15-8-2013 08:00 AM
kamu semo perasan kn, kesemua paparan gmba posing bagai dlm media sosial tu adalah dari kalangan perempuan, tak kirela anak dara, mak dara, nenek dara, semo gigih nk letak gmba.

tk kire la pmpn tu keje cikgu ka, keje polis ka, keje kantin polis ka, mmg gigih post gmba..


yg laki2 , anak jantan jarang lak wat cmtu..
Quote gaara_X 15-8-2013 08:02 AM
FB nie banayak keburukan sebenarnya......janji kita je....but saya mmg tak de layan FB nie...
Quote teha86 15-8-2013 08:02 AM
jgn ckp pompuan je..kat ig aku tu...berlambak lelaki yg camwhore...feeling handsome...wat muka itik...geli...pastu caption " do i look cute"???
Quote yipun_78 15-8-2013 08:05 AM
saladin780 posted on 14-8-2013 11:33 AM
pastu seko2 mata buntang terbeliak..pipi kembong, mulut muncung sedepa



hahahhahahaha tp ramai puji comel pe...
Quote yipun_78 15-8-2013 08:06 AM


baguslaa India ada mufti yg bukan bersikap Taliban tp mesreee ummah jua  
Quote yipun_78 15-8-2013 08:07 AM
teha86 posted on 15-8-2013 08:02 AM
jgn ckp pompuan je..kat ig aku tu...berlambak lelaki yg camwhore...feeling handsome...wat muka itik. ...



obviously gayah Teha hahahahahaha
Quote teha86 15-8-2013 08:09 AM
yipun_78 posted on 15-8-2013 08:07 AM
obviously gayah Teha hahahahahaha

nak kata gayah...tak tau la...tp mmg nak muntah statement kalo baca...ade satu lagi..ambik pic dlm toilet..." i da gemookk"..smbil kembungkan pipi...WTH!!!!
Quote voizze 15-8-2013 08:10 AM
ntah sungguh berani diowang letak gambo umah kat ne.. dlm umah de pe.. gambo anak-anak..
klu org nak wat jahat senang jek.. information depan mata.

lum lg yang check in merate-rate tempat.. adoiyai.. too much information la..
Quote yipun_78 15-8-2013 08:13 AM
teha86 posted on 15-8-2013 08:09 AM
nak kata gayah...tak tau la...tp mmg nak muntah statement kalo baca...ade satu lagi..ambik pic dlm ...



rasa cam nak lempang je kan? i unfriend je kalo ada peel camtu dlm fesbuk i kecuali Abe Dini je i benarkan dia nk vain sket ngan penampilan dia sebagai penjawat awam... yg lelain tu adios amigos jalan terus n berambus  
Quote yipun_78 15-8-2013 08:14 AM
voizze posted on 15-8-2013 08:10 AM
ntah sungguh berani diowang letak gambo umah kat ne.. dlm umah de pe.. gambo anak-anak..
klu org na ...



nak tunggu gak sesapa check in kat traffic light gitu
Quote aechae 15-8-2013 08:26 AM
dlm tenet je nmpk lawa....lps edit2 so biarlahhhh


reality ni xda org pn puji lawa
Quote Bell 15-8-2013 08:27 AM
Habis tu camno nak cari jodoh?

Haram - post gambar dedah aurat.
Tak haram - kalau tak dedah aurat...
Quote lavapost 15-8-2013 08:31 AM
jonlabu posted on 14-8-2013 11:41 AM

baik awak delete semua gambar awak dalam facebook...

haram tau, Maznah...


Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.315524 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top