Sungai Petani: Seorang lelaki berusia 20 tahun parah akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki selepas bergaduh di kedai kopi di Taman Kenari, Jalan Bakar Sampah, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa dikatakan berang dengan tindakan suspek membuat bising ketika memesan air sebelum dia dan empat rakannya memarahi suspek. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, selepas berlaku pertengkaran mulut antara mereka, suspek yang didakwa membuat bising beredar dari kedai. “Suspek menghubungi rakannya dan pada masa sama pergi membeli sebilah parang di kedai berhampiran sebelum berpatah balik bersama beberapa rakannya ke kedai itu dengan menunggang motosikal. “Suspek dan rakannya kemudian menyerang kumpulan lelaki yang bergaduh dengannya di kedai itu, menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri. “Seorang daripada mereka kemudian terjatuh di tepi jalan, menyebabkan dia ditetak di tangan dan kaki dengan parang oleh suspek yang kemudian melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Khalil, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. “Siasatan dijalankan membawa kepada penahanan suspek selain menemui motosikal dan sebilah parang dipercayai digunakan suspek. Siasatan mendapati suspek yang ditahan berusia 20 tahun. “Bapanya berusia 54 tahun turut ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Kita menahan reman kedua-dua suspek selama enam hari mulai kelmarin bagi membantu siasatan,” katanya. Menurutnya, polis masih memburu saki baki individu yang terbabit dalam pergaduhan itu. “Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan,” katanya.- Gambar Hiasan: Parang Candong
|
3
Bagus |
3
Marah |
14
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mak_wa95 posted on 6-4-2014 07:36 AM
Sapa2 xde ke nak kata kedah darul parang....negeri anak babah
sup@rm@n posted on 6-4-2014 09:27 AM
Kedah negeri darul anak babah.
Sapa pak dia kaya berpotensi jadik menteri. Pandai ka tak pandai ...
mak_wa95 posted on 6-4-2014 10:19 AM
PRU14 anak babah nak malaysia pula.....babah akan perkenankan permintaan putera kesayangan...janga ...
sup@rm@n posted on 6-4-2014 10:31 AM
Humangai. Gile jahat buat gitu. Kroni mroni diorg ni. Ketuanan melayu kata apa? Malaysia masih sel ...
mak_wa95 posted on 6-4-2014 10:38 AM
ni anak babah yang sorang lagi punya...
sup@rm@n posted on 6-4-2014 10:40 AM
Anak2 babah dah abih pelahap kl, balik kampung la pelahap kampung pulak.
Inila namanya nepotis ...
mak_wa95 posted on 6-4-2014 10:48 AM
orang kampung bodoh...baik hati..cinta sangat dekat anak babah..xpe ambik la...saya ingat kawasan ...
sup@rm@n posted on 6-4-2014 11:01 AM
Aduhai.. sampai camtu sekali kena.
Semoga keadaan ini dpt diperbaiki dimasa akan datang.
ADVERTISEMENT