CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Ditetak Kerana Memasang Lampu Tinggi Ketika Memandu

22-4-2015 09:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7744| Komen: 47

Description: “Sebaik Berjaya Membawa Mereka Masuk Ke Dalam Rumah, Saya Mengunci Pintu Bagi Mengelak Kejadian Lebih Buruk Selain Menghubungi Polis Untuk Bantuan,” Katanya Ditemui Di Hospital Tengku Ampuan Afzan ( ...
Parah Ditetak Kerana Memasang Lampu Tinggi Ketika Memandu

KEADAAN seorang mangsa diserang menggunakan parang sekumpulan lelaki di Kampung Baru Seri Pandan, Panching.

Kuantan: “Hanya kerana memasang lampu tinggi ketika memandu lori, suami, bapa mentua dan adik ipar saya diserang ala samseng apabila ditumbuk dan ditetak dengan parang hingga cedera parah di kepala dan badan,” kata isteri kepada seorang mangsa tetak yang mahu dikenali sebagai Ana, 30.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 1.45 petang kelmarin itu berlaku di rumahnya di Kampung Baru Seri Pandan, Panching apabila ahli keluarganya diserang lebih 10 individu bersenjatakan parang sebelum memukul dan menetak bapa mentuanya berusia 50 tahun, suami yang berusia 31 tahun serta adik ipar berusia 20 tahun.

Katanya, dia yang melihat kejadian itu cuba membantu dengan memberanikan diri menyelamatkan mereka daripada dicederakan individu terbabit dengan menarik ahli keluarganya masuk ke dalam rumah.

“Walaupun tindakan itu boleh menyebabkan nyawa saya melayang tetapi tidak sanggup melihat ahli keluarga dipukul dan ditetak dengan parang tanpa belas ihsan oleh lebih 10 individu terbabit.

“Sebaik berjaya membawa mereka masuk ke dalam rumah, saya mengunci pintu bagi mengelak kejadian lebih buruk selain menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya sudah melakukan beberapa tangkapan terhadap individu disyaki terbabit dalam pergaduhan itu.


http://www.hmetro.com.my/node/45289#....5Iu0Srrm.dpuf



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 21-4-2015 06:36 PM
Bnyk nye la manusia yg kejam skrg ni..
Quote kasibiman 21-4-2015 06:42 PM
APA punya beruk punya keje. Ke ada citer lain neh?
Quote mak_wa95 21-4-2015 07:05 PM
sendiri xreti masuk dlm rumah ke...nak kena tetak baru ana heret masuk..
ni kes nak tunjuk samseng juga kut..
tah dok bawa laju kawasan perumahan

dah tahu ramai dtg menyerang,mau lawan ke..
Quote r1122 21-4-2015 07:08 PM
Padan dgn muka.lain kali pandu kenderaan jgn tunjuk ego..pasang lampu tinggi...konon berani la tu..perbuatan itu membahayakan pemandu lain..sebab silau..tak nampak jalan..
Quote NIXAReturn 21-4-2015 07:08 PM
Ummah felda sis...biasalah
Quote r1122 21-4-2015 07:12 PM
Edited by r1122 at 21-4-2015 07:16 PM

Berapa byk pemandu di malaysia..jenis pengecut..tapi berani dalam kereta saja..majoriti..pengecut..tunjuk samsing bila pandu kenderaan..lampu tinggi. Potong secara bahaya..masuk simpang tiba tiba ,brek tiba tiba..semuanya membahayakan pandu lain di jalan raya. Ikut pengalaman aku..semua pemandu jenis ini pengecut..kalau kita suruh berhenti hadap one by one kalau tunjuk samsing sangat pandu kereta tak ada adat..
Quote famri7 21-4-2015 07:16 PM
Selayaknyalah...ummah2 bimbo xreti guna highbeam selayaknya diajar sebegini...elohim maha adil sis?
Quote fire_place 21-4-2015 07:17 PM
Paling hangin org kalau bawak kenderaan,lampu menyilau xingat bahaya.leh mendatangkan kecelakaan.

Tp biasany laki aku kalau org bawak lampu tinggi gila dr jauh terang menyala,xtahu rendahkan,laki aku selalu ckp ngt ko sorg ada lampu tinggi.dia bals balik.
Quote r1122 21-4-2015 07:21 PM
Aku harap polis ambil tindakan juga kepada pemandu ini yg tak reti bahasa pasang lampu tinggi..bahayakan org lain..
Quote shernazz 21-4-2015 07:30 PM
sapa soh pasang lampu tinggi..
padan muka
Quote Maideen. 21-4-2015 07:45 PM
Kita harap pemandu lori ini tidak lagi memandu dengan lampu tinggi selepas ini. Ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan orang silau mata .......
Quote aurorae 21-4-2015 08:03 PM
pengajaran! Aku pernah termasuk semak masa menunggang motor sebab kereta pasang lampu tinggi dekat selekoh.   Syukur bukan masuk parit atau sungai.
Quote rogayahtop 21-4-2015 08:20 PM
Kalau salah dia sekalipun tak perlu menyokong org yg dok menetak2 ni. Hari ni dia tetak pasal lampu tinggi esok dia tetak pasal lain pulak.

Nak tetak org jadi doktor bedah je, tak perlu nak potong2 tangan anak org laki orang. Kalau jadi kat laki sendiri barulah terngadah.
Quote cowey 21-4-2015 08:45 PM
padan muke~
Quote alieyrina 21-4-2015 08:49 PM
Pelik org la ni..kereta stat xkan la x alert klau tepasang lampu tggi kan...org bwk keta dia pun nk bawak..pasang lampu tggi pun x sedaq..ka memg dia nak pasang sbb x nampak ?

Lampu tggi aku ok lg..yg silau tu memang jahanam !
Quote lavameriah 21-4-2015 08:59 PM
wa bukan apa

wa nak tau bangsa apa

tu je
Quote Changa 21-4-2015 09:01 PM
Entah entah mmg samseng kan? Kalau takat hanya guna lampu tinggi takde nya org gigih trace duduk mana panggil gang bagai.
Sah sah la ini.masalah dgn gang bermusuh yg di kenali.
Quote Cyempaka 21-4-2015 09:13 PM
Kau dah la bawak lori...lg pasang lampu tinggi.. Memang ni la hasilnya. Aku pun slalu berharap dpt blasah org mcm ni..tp harapan tggl harapan je la
Quote kemaruk 21-4-2015 09:15 PM
ini semua sebab GST ni, ditambah pulak takde hudud kat malaysia

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.091216 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top