CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kepulauan Spratly

24-3-2014 04:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36214| Komen: 14

Kepulauan Spratly merupakan sebuah kumpulan kepulauan yang terdiri daripada 750 terumbu, islet, atol, pulau karang yang terletak di Laut China Selatan. Kepulauan ini terletak di kawasan perairan di Filipina dan Malaysia (Sabah). Ia mengandungi kurang daripada 4 kilometer persegi kawasan tanah di dalam kawasan laut yang luasnya lebih daripada 425,000 kilometer persegi. Kepulauan Spratly adalah salah satu daripada tiga kepulauan di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 30,000 buah pulau dan terumbu. Oleh itu, ia menyebabkan banyak kesulitan dalam mentadbir urus dan ekonomi di kawasan itu.
Kira-kira 45 pulau diduduki oleh bilangan yang agak kecil angkatan tentera dari Vietnam, Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Malaysia dan Filipina. Negara Brunei juga menuntut Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di bahagian tenggara yang merangkumi hanya satu kepulauan kecil di atas min tinggi air (di Terumbu Semarang Barat Kecil).
Kepulauan ini menjadi punca sengketa terbaru antara negara-negara berdekatan. Pulau ini dikatakan berada di atas pentas benua yang mengandungi petroleum dan gas asli.

Sekilas tentang fakta geografi dan ekonomi

  • Koordinat: 10°U 114°T
  • Kawasan (tanah): kurang daripada 5 km2 (1.9 batu2) – termasuk 148, atol, pulau-pulau kecil (islet), terumbu karang dan gunung laut.

(muka air): 410,000 km2 (160,000 batu2) dibahagian tengah-tengah Laut China Selatan
  • Pinggiran pantai: 926 km (575 bt)
  • Pembahagian politik: (disusun mengikut susunan huruf)

  • Brunei: Sebahagian dari negara Brunei Zon Ekonomi Ekslusif;[4]
  • Republik Rakyat China: Dikawal menerusi Bandar Sansha, Provinsi Hainan;
  • Malaysia: Sebahagian dari negeri Sabah;
  • Filipina: Sebahagian dari Provinsi Palawan;
  • Republik Rakyat China (Taiwan): Sebahagian dari perbandaran Kaohsiung;
  • Vietnam: Sebahagian dari Provinsi Khánh Hòa.

  • Iklim: Tropika (khatulistiwa)
  • Terrain (Permukaan): mendatar
  • Unjuran capahan ekstrem:
  • Titik terendah: Laut China Selatan (0 m)
  • Titik tertinggi: lokasi tidak dinamaka Southwest Cay (4 m)
  • Hazard rentang semulajadi: hazard rentang serius kerana terdapat lambakan tebing, terumbu karang hidup, calcite karang, berbatu-batu.

Kepulauan Spratly dipercayai berasal dari pembentukan gunung berapi aktif di bawah laut.Kepulauan tersebut sendiri hampir tiada tanah arable (digunakan untuk pertanian), tiada penduduk asal, walaupun terdapat 20 buah pulau diklaskan sebagai pulau besar, hanya Pulau Taiping sebenarnya sesuai untuk kehidupan manusia, kerana struktur tanahnya yang subur ditumbuhi pelbagai pokok besar. Pulau-pulau lain dilihat hanya hub maritim ketenteraan, dan resort kecil sahaja seperti Pulau Layang-Layang yang dikawal selia oleh Malaysia.

Antara sumber utama Kepulauan Spratly termasuklah sumber makanan laut seperti ikan dan udang, guano, kandungan petroleum dan gas asli diyakini penuh dibawahnya. Aktiviti ekonomi seperti perikanan komersial, perkapalan, dan pelancongan antara aktiviti yang rancak diusahakan disitu.

Lembangan Petroleum dan gas asli yang diukur cukup besar masih belum diterokai. Tiada anggaran tepat tentang simpanan minyak dan gas asli yang boleh diperolehi oleh umum. Aktiviti eksploitasi komersial keatas sumber hidrokarbon masih dibina dikawasan itu namun tentangan politik menyebabkan usaha terbantut dan terpaksa ditunda oleh negara-negara berkaitan.

Nilai anggaran deposit hidrokarbon di Kepulauan Spratly dipercayai bernilai 26.3 Trillion dolar AS pada tahun 2012.[6] Namun sehingga kini, jelas Kepulauan Spratly sekurang-kurangnya mempunyai 3 pelabuhan perikanan utama, beberapa dok dan jeti, sekurang-kurangnya 3 helipad dan sekurang-kurangnya 4 platform penuh dan 6-8 lapangan terbang mini (Short Take Off and Landing Airports STOL).Kepulauan ini cukup strategik kerana terletak ditengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa untuk laluan air yang menghubungkan timur dan barat.

Nelayan jadi mangsa perebutan pulau

MALANG menimpa Tran Hien apabila bot nelayan miliknya dikesan sepasukan polis China ketika menangkap ikan di perairan yang menjadi rebutan beberapa buah negara. Kapal peronda dari China itu, kemudiannya bertindak merampas bot kayu, menahan tekong dan awak-awak serta menghumban mereka ke dalam penjara.

Selama beberapa generasi, nelayan di kepulauan Vietnam hanya berdepan bahaya seperti ribut ketika menangkap ikan di laut. Bagaimanapun kini, mereka semakin tertekan apabila Beijing menghantar kapal peronda bagi mengawasi perairan yang menjadi tuntutan pelbagai negara.

Para nelayan Vietnam terpaksa menangkap ikan di kawasan lebih jauh bagi mendapatkan hasil yang banyak. Akibatnya, mereka berada dalam dilema berikutan tuntutan kepulauan bertindih antara beberapa negara yang sehingga kini belum menemui titik noktah.

CHINA antara negara yang paling agresif apabila bukan sahaja meningkatkan jumlah kapal peronda bahkan menangkap nelayan di perairan Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel.

Menurut pegawai kerajaan dan nelayan Vietnam, beberapa tahun kebelakangan ini, China semakin agresif mengawal perairan di Kepulauan Paracel dan Spratly yang terletak di Laut China Selatan itu. Di Vietnam kawasan tersebut dikenali sebagai Laut Timur.

China menguatkuasakan larangan menangkap ikan dan mengarahkan pasukan peronda mereka menghalau bot-bot nelayan negara lain yang mendekati perairan tersebut.

"Mereka lengkap bersenjata, memaksa kami ke depan bot sebelum naik menangkap kami. Saya dipenjarakan di Penjara China selama 49 hari dan ketika itulah anak lelaki sulung saya dilahirkan," kata Tran Hien, yang ditangkap pada Mac lalu bersama 10 awak-awaknya berhampiran Pulau Paracel.

Kapten bot berusia 33 tahun itu menambah: "Tentera China merampas jaring dan GPS (Sistem Penentu Kedudukan) mengakibatkan saya kini menanggung hutang yang banyak."

Apa yang pasti, serangan tentera China itu bukan hanya dialami Tran Hien. Beberapa minggu sebelum itu, beberapa nelayan Vietnam turut ditahan kapal peronda China. Kedua-dua kapten dipukul dan kesemua 21 awak-awak bukan sahaja dipenjarakan tetapi tidak diberi makanan yang mencukupi.

HAMPIR kesemua negara yang membuat tuntutan mempunyai kubu tentera di beberapa pulau di Kepulauan Spratly dan Paracel.

Pihak berkuasa Vietnam menyatakan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ratusan nelayan dan bot telah ditahan pihak berkuasa China berhampiran kedua-dua kepulauan berkenaan.

Kekurangan sumber ikan di pesisir laut akibat peningkatan aktiviti nelayan dari Ly Son (terletak 30 kilometer di timur bandar Vietnam) memaksa mereka mencari rezeki ke kepulauan terlarang itu.

Perebutan maritim

Menurut pihak berkuasa Vietnam, pulau-pulau yang dipanggil Truong Sa dan Hoang Sa oleh penduduk tempatan terletak lebih dekat dengan Vietnam berbanding China.

"Kerajaan menggalakkan kami menangkap ikan di Kepulauan Paracel dan Spratly kerana terdapat banyak ikan, bahkan hakikatnya kami memang telah sekian lama mencari rezeki di situ," kata Le Khuan, 52, kepada AFP ketika ditemui di rumah kecilnya di Pulau Ly Son.

PENDUDUK Vietnam mengadakan demonstrasi membantah tindakan China yang meningkatkan kekuatan tenteranya sehingga mengancam nyawa nelayan.

Selain China, semua negara serantau yang membuat tuntutan ke atas Kepulauan Spratly dan Paracel telah menempatkan tentera di beberapa pulau di kepulauan tersebut.

Negara-negara lain yang terbabit dalam tuntuan berkenaan termasuklah Taiwan, Malaysia, Filipina dan Brunei.

Bagaimanapun, China yang menuntut keseluruhan semua pulau di Spratly dan Paracel sejak setahun lalu sudah meningkatkan kekuatan ketumbukan tenteranya.

Tenteranya bukan sahaja membina kubu di pulau dan membuat rondaan dengan kapal, bahkan turut menghalau para nelayan.

"Memang benar, negara-negara terbabit pasti memberi tekanan untuk mendapatkan hak di kawasan pertikaian ini. Bahkan, kebelakangan ini ia bertukar menjadi bertambah tegang," kata Simon Funge Smith, Ketua Pegawai Pertanian dan Makanan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambahnya, rahsia yang tersimpan di dasar kepulauan berkenaan bukan hanya ikan yang banyak, tetapi juga telaga minyak dan gas.

PULAU Thitu merupakan salah sebuah pulau di Kepulauan Spratly yang diduduki Filipina dan dilengkapi dengan landasan kapal terbang.

Perbalahan bila-bila masa

Orang Cina memanggil Pulau Paracel sebagai Xisha dan menuntutnya sejak Perang Vietnam 1974 dan kemudian turut menuntut Spratly.

Beijing memberikan alasan sejarah yang menyaksikan penguasaan mereka di Laut China Selatan untuk merebut kepulauan tersebut.

Apa yang pasti berdasarkan situasi semasa termasuk kehadiran pesawat Sukhoi dan J-10 di udara serta kapal peronda dan kapal selam di lautan, para pemerhati berpendapat perbalahan atau peperangan boleh tercetus pada bila-bila masa.

"Risiko peperangan amat tinggi. Tindak balas melampau antara pihak-pihak berkenaan boleh menjadi pencetus seperti peronda melepaskan tembakan terhadap nelayan," kata Sam Bateman, pakar keselamatan marin di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

PETA menunjukkan kedudukan Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel yang menjadi rebutan China, Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan.

Selain itu, nelayan Filipina juga tidak berpuas hati dengan kewujudan anggota peronda China bersenjata berhampiran Scarborough Shoal, kira-kira 230 kilometer dari pantai Filipina.

Malah, ketegangan memuncak apabila Manila menuduh nelayan China mengambil spesies terancam di kawasan berkenaan seperti terumbu karang.

Apa yang pasti komuniti nelayan yang mencari rezeki di perairan Spratly dan Paracel kini semakin tersepit dalam pertikaian antarabangsa yang turut mengancam nyawa mereka.

"Kami menganggap lokasi menangkap ikan, Truong Sa dan Hoang Sa umpama sebuah taman atau sawah padi," kata seorang nelayan dari Ly Son, Pham Hoang.

Katanya lagi, ditangkap pihak berkuasa China merupakan perkara paling ditakuti oleh 3,000 nelayan di pulau berkenaan.

"Kami berusaha mendidik para nelayan kami untuk menjauhi konflik, namun kawasan tersebut milik kami. Tidak sepatutnya kami takut untuk keluar menangkap ikan," tegasnya.

Jika pertelingkahan berlarutan, nelayan di Ly Son tiada pilihan selain meneruskan aktiviti menangkap ikan di kawasan tersebut.

"Menangkap ikan adalah sumber utama pendapatan kami. Kawasan tersebut milik kami, laut kami dan kami akan pertahankan kedaulatannya. Kami akan terus memancing serta menangkap ikan," kata Pham Hoang.

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 17-3-2014 01:15 PM

Quote pestol 17-3-2014 01:17 PM

Quote AdamBillionaire 17-3-2014 01:27 PM
urm. dh tu apa kaitan negara malaysia dgn pulau ni? cm jauh je dari sabah sarawak.
Quote pestol 17-3-2014 02:22 PM
AdamBillionaire posted on 17-3-2014 01:27 PM
urm. dh tu apa kaitan negara malaysia dgn pulau ni? cm jauh je dari sabah sarawak.

ni la dia kaitan n MH370
Quote Emrymama 20-3-2014 01:24 AM
yes antara spekulasi kehilangan MH370 dikaitkn dgn pulau ni
Quote Dzulqarnain 20-3-2014 02:00 AM
Arkib CARI:
-
The Spratlys - Pulau Layang-Layang-
Peluru berpandu di Spratly-
Ahli Parlimen kunjungi Spratly-
China tiada alasan kuat tuntut Spratly-
Not only Spratly, Malaysia also claim Artic as our territory-
Isu  Spratly perlu rundingan aman-
Tentera Filipina juga ke Spratly-
Taiwan rancang hantar bot misil ke  Spratly-
KAPAL JABATAN PERIKANAN CHINA PROVOKASI KD GANAS DI SPRATLY!-

Quote reddots 20-3-2014 03:59 PM
ku mohon, biarla pulau tu hilang di telan ombak, ribut, taufan,puting beliung ke, tsunami ker..
biar adil.. mana2 negara yang claim x dpt 1 habuk pun dari pulau tu..
Quote bedahmulutpuaka 24-3-2014 11:24 AM
reddots posted on 20-3-2014 07:59 AM
ku mohon, biarla pulau tu hilang di telan ombak, ribut, taufan,puting beliung ke, tsunami ker..
bi ...

tapi kesian lah dekat penduduk pulau tu..

dorang x bersalah dalam hal ni..
Quote reddots 24-3-2014 12:15 PM
bedahmulutpuaka posted on 24-3-2014 11:24 AM
tapi kesian lah dekat penduduk pulau tu..

Spratly island xde penduduk tetap. Yg ada pon ppihak tentera yg ingin menguasai kepulauann tu.. China, philippine, vietnam..

Spratly ni sama la mcm Diego Garcia..
Pulau tu untuk military base US n UK .
Quote -electrifying- 25-3-2014 11:34 AM
reddots: ku mohon, biarla pulau tu hilang di telan ombak, ribut, taufan,puting beliung ke, tsunami ker.. biar adil.. mana2 negara yang claim x dpt 1 habuk pun  ...

PULAU TU ATAS ALASAN JE, XDE PON XPE, SBB DORG NK YG BRADA DIBWH TU, MNYAK DAN GAS ASLI
Quote donut_1752 27-3-2014 12:24 AM
makin byk plak kisah pulau2 lpas kes MH370
Quote pestol 27-3-2014 05:55 PM
donut_1752 posted on 27-3-2014 12:24 AM
makin byk plak kisah pulau2 lpas kes MH370

sbb ramai x study. apa yg ada kt pulau A pulau B c d e f g
Quote donut_1752 28-3-2014 02:05 PM
makin menarik plak tempat2 yg jarang diteroka
Quote donut_1752 28-3-2014 02:05 PM
pestol posted on 27-3-2014 05:55 PM
sbb ramai x study. apa yg ada kt pulau A pulau B c d e f g

ade ke yg dtg tk melancong pulau2 cm ni?

Lihat semua komen(14)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.269421 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top