CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kadet PALAPES UiTM meninggal dunia akibat strok haba - "Pada hari kejadian, mangsa didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih"

28-11-2024 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15407| Komen: 8

 


SHAH ALAM: Punca kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang meninggal dunia pada 13 November lalu adalah disebabkan strok haba dengan kegagalan pelbagai organ. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.01 pagi.

"Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan sehingga kini sembilan saksi sudah diambil keterangan," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan yang dibuat bapa mangsa pada 15 November lalu yang menyatakan beliau menerima panggilan telefon daripada pihak Hospital Shah Alam pada 10 November berhubung anaknya dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, pengadu dimaklumkan rakan anaknya bahawa kejadian berlaku semasa sesi latihan di padang kawad yang diambil oleh seorang jurulatih PALAPES UiTM Shah Alam.


Katanya, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

"Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa menyertai PALAPES di UiTM Shah Alam sejak penghujung Oktober 2024 dan kini sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas PALAPES bermula pada 2025.

"Pada hari kejadian, mangsa didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian. Mangsa dilihat melompat-lompat sebelum terjatuh rebah," katanya.

Beliau berkata, mangsa mendapatkan rawatan awal di Wad Kecemasan Zon Merah dan ketika rawatan mangsa dalam keadaan separa sedar dan mengalami suhu badan yang tinggi.

Katanya, rawatan awal sudah diberikan dalam usaha untuk hidrasi mangsa bagaimanapun ia tidak memberikan tindak balas positif.

"Mangsa kemudian mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum beliau dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi.

"Tiada terkesan sebarang kecederaan luaran pada badan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.01 pagi, 13 November.

"Punca kematian adalah disebabkan 'heat stroke with multiorgan failure'.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Asisten Superintendan Mohd Khairi Kamaruddindi talian 012-2666025," katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aryyan 28-11-2024 01:55 PM
'heat stroke with multiorgan failure'
organ failure boleh jd sekejapan ke?
ke dh ada penyakit lama yg tak tau/ declared?
Quote cattiecute 28-11-2024 04:04 PM
aryyan replied at 28-11-2024 01:55 PM
'heat stroke with multiorgan failure'
organ failure boleh jd sekejapan ke?
ke dh ada penyakit lama y ...

baca berita sebelah katanya setengah jam lepas pengsan tu baru kawan dia bagi bantuan
maybe dia pengsan masa orang berkawad ke apa so kena tinggal
lepas habis aktiviti semua baru bagi bantuan
celaka sangat perangai ambik mudah benda2 macam ni
mati anak orang dibuatnya
Quote Orix 28-11-2024 06:19 PM
"Pada hari kejadian, mangsa didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian. Mangsa dilihat melompat-lompat sebelum terjatuh rebah," katanya.


soalan iols :
1. nk masuk palapes ni tak ada kena jalani ujian kecergasan ke sebelum dipilih ?
2. pd iols dh kalau dia lari lambat, maknanya ada la something wrong entah tgah demam ke, tgah kejang otot ke, jantung tetiba x leh adapt ke, ko denda dia tekan tubi mmg x masuk akal la... dah tentu tekan tubi tu lagi memerlukan extra kekuatan n energy setelah dia nak lari pun xlarat.... ke iols je fikir mcmni ??
Quote noor2 28-11-2024 06:42 PM
Korang nk jadi UPNM ke????
Quote kakikuDibibirmu 28-11-2024 06:49 PM
Akak lagi suka stroke the penis jah ketimbang strok haba

[youtube]yB8GXtFAiEE[/youtube]
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:12 AM
aku xleh la tgk kes beli jadi geram
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:14 AM
lama dah aku tgk emoji tu. glitch ke ape
Quote otai_g 29-11-2024 07:19 AM
Ckp marah tp tu la factnya. Bnyk Kes askar Dan bakal askar msia yg meninggal sebelum pg berperang pun.

Kita Masih nak menafikan bnd ni drp mahasabah diri, cek btl ke x.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.028657 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top