CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13126|Reply: 63

[Edisi Bunga-Bunga Cinta] Cinta Jihan-Hariz Utuh

[Copy link]
Post time 12-4-2015 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Berkawan hampir lapan tahun, namun kisah cinta pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse, 32, dan teman istimewanya yang juga pelakon kian mencipta nama, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 30, berjaya disembunyikan.
Dalam tempoh itu, tidak pernah Jihan atau Nuur Jihan Muse membicarakan perihal cinta mereka secara terbuka. Bagaimanapun, situasi itu mula berubah apabila Jihan dan Hariz dilihat sering menghadiri majlis anugerah bersama kebelakangan ini.
Bermula dengan Anugerah MeleTOP dan terbaru Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014), Ahad lalu, pasangan ini mula menjadi tumpuan.

Adakah apa yang dilakukan itu bermakna pasangan ini cuba memberitahu umum yang hubungan terjalin bakal diakhiri dengan pernikahan dalam waktu terdekat atau kehadiran mereka bersama di majlis anugerah untuk melihat maklum balas peminat?
Ditemui di majlis ABPBH2014, Jihan berkata, kehadirannya ditemani kekasih hati semata-mata untuk meraikan acara prestij itu tanpa ada niat terselindung.
“Ia tiada kena mengena dengan kami mahu berkahwin atau melihat maklum balas peminat. Sebelum ini pun saya muncul di beberapa majlis bersama Hariz,” katanya.
Jihan tidak menafikan, sebelum ini mereka jarang bercerita mengenai hubungan cinta kerana bimbang nanti disalah anggap oleh umum.
“Saya tidak mahu soal cinta lebih menonjol, apatah lagi Hariz tidak menggemarinya. Saya dan Hariz pendatang baru, kalau belum apa-apa sudah jaja cerita begitu, takut nanti orang meluat,” katanya.

Menyentuh soal kahwin, Jihan akui dalam melayari hubungan cinta, dia mahupun Hariz tidak pernah menetapkan tarikh atau waktu tertentu untuk mengikat mereka dengan pernikahan.
“Bukankah jodoh itu Allah yang tentukan. Saya tidak pernah meletakkan sasaran waktu bila kami harus bernikah. Pernah sebelum ini saya membuat perancangan akan bernikah pada usia 23 tahun, tetapi gagal.
“Kemudian saya sekali lagi membuat perancangan untuk bernikah pada usia 27 tahun, tetapi ia tetap tidak berlaku juga. Sekarang apabila usia melepasi 30 tahun, saya langsung tidak meletakkan sasaran.
“Kalau datang jodoh, saya terima dengan tangan terbuka, sama ada cepat mahupun lambat,” katanya.
Menyentuh soal kahwin, me-ngikut adat, tentu ia diletakkan kepada pihak lelaki. Bercinta dalam masa lapan tahun bukan tempoh singkat, tetapi mengapa tidak Hariz melamar Jihan? Adakah bimbang jika bernikah sekarang, populariti akan hilang?
Menjelaskan perkara itu, Hariz yang turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah P Ramlee 2015 berkata, dia mahupun Jihan tidak mahu terburu-buru, tambahan pula jadual kerja masing-masing terlalu ketat.

“Jihan sendiri terlalu sibuk. Jadualnya penuh hingga tahun depan. Jadi bagaimana kami boleh mengatur supaya majlis pernikahan dapat dilaksanakan. Pada saya, biar kami tumpukan perhatian pada kerjaya terlebih dulu. Kalau sampai masa dan tiba jodoh, kami tetap akan bernikah,” katanya.
Sementara itu, Hariz berkata, bukan hanya sekarang dia dan Jihan mahu bersikap terbuka membabitkan hubungan mereka, tetapi kesibukan kerja membataskan mereka dilihat bersama menghadiri majlis membabitkan seni.
“Kebetulan saya baru habis penggambaran filem Polis Evo dan drama Isteri Separuh Masa, membuatkan saya punya masa terluang menemani Jihan dan memberi sokongan terhadap Jihan yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Komedi Wanita Popular,” katanya.
Hariz turut menegaskan, sepanjang lapan tahun menjalin cinta dengan Jihan, mereka tidak pernah berdepan masalah. Walaupun sekarang ini Jihan yang juga pengacara Akademi Fantasia 2014 dan Gegar Vaganza dilihat jauh lebih popular berbanding dirinya.

“Itukan rezeki yang ditentukan. Apa juga pencapaian Jihan, saya tetap berasa bangga dan tumpang gembira. Lagipun, saya dan Jihan dalam bidang sama.
“Saya faham kerja Jihan dan begitulah sebaliknya. Jadi tidak ada perkara yang boleh dijadikan isu untuk kami berselisih faham,” katanya.
Lebih daripada itu, kata Hariz, memandangkan mereka bersama-sama bermula sebagai pelakon teater, tentu apabila masing-masing bergelar pelakon, kelebihan itu ada pada mereka.
“Sekarang Jihan adalah pengkritik terbaik saya dan begitu juga sebaliknya. Kami saling memberi kritikan membina supaya apa yang kami laksanakan menjadi lebih baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro











nota TT: we love u Jihan!   u go girl!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2015 06:38 PM | Show all posts
Ku hariz ni belakon citer apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 06:40 PM | Show all posts
boleh tahan hensemnya...
cepat2 kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 06:42 PM | Show all posts
ceh bende same je..ingtkan dh nak kawen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 06:54 PM | Show all posts
Banananaa replied at 12-4-2015 06:38 PM
Ku hariz ni belakon citer apa ek?

ntah heols ni sendu. tapi dia ada cakap dia berlakon cerita isteri separuh masa. betul ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 06:55 PM | Show all posts
ruginya kapel lelama.. cepat2 la kawen.. lg berpekdah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Contohi la zizan tu.. Kenal dua bulan terus ajak kawen
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw.. Iols cam dh boring skit ngn jihan.. Xtau nape..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2015 07:23 PM | Show all posts
maxim replied at 12-4-2015 07:13 PM
Btw.. Iols cam dh boring skit ngn jihan.. Xtau nape..

sebab uols dah ada elizad
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
start kenal dia dalam puteri malam tv9.. jahat sangat.. tapi memang menjadi la lakonan jahat dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kapel 8 tahun????


Dr jihan tak lawo sampai dah lawo
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jihan. Jgn lama2 sgt. Nnt mereput macam intan. Susah kok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki kalau kata dah bercinta tapi delay2 kawen maknanya tak berapa nak serius la. Selalunyalahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss kenal Hariz ni berlakon dalam drama Nama Aku Beng dgn Ammara Batrisya
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hariz ada berlakon dalam jodoh 2 jugak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 08:19 PM | Show all posts
Kenal mamat ni time Pilih Kasih 2. 1 batch dengan Christina Suzanne n Lia Natalia. Memang kacak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2015 08:33 PM | Show all posts
carik lain jer lah jihan... mereput lah rahim ko kalau tggu dak nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 08:39 PM | Show all posts
Ok la tu..
same2 boleh sandar menyandar lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 08:45 PM | Show all posts
datinamanda replied at 12-4-2015 08:19 PM
Kenal mamat ni time Pilih Kasih 2. 1 batch dengan Christina Suzanne n Lia Natalia. Memang kacak

iols pon tengok heols kat PK2...tapi lagi suka C.Suzanne sebab cantik dan pandai berlakon..ku haris pun suka jugek...bella dally satu batch ngan theyols jugak kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 09:16 PM | Show all posts
fuhh .. semoga bahagia ke syurga ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.571670 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list