CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11578|Reply: 102

[Tempatan] Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula

[Copy link]
Post time 28-11-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-11-2023 04:10 PM

KUALA LUMPUR: Tuntutan saman oleh sekumpulan rakyat Malaysia terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, kerana mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan vaksin COVID-19, akan didengar hari ini.

Kes saman berkenaan dijadualkan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini melalui sidang video pada pada jam 9 pagi.

Selain kerajaan dan KKM, saman itu turut menamakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin COVID-19 iaitu Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.

Peguam mewakili semua plaintif dalam satu kenyataan pada November 2022, berkata kumpulan berkenaan mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan suatu persetujuan yang dipaksa oleh defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan berikutan kesan sampingan teruk melalui suntikan vaksin COVID-19.

Dalam tuntutan saman itu, plaintif menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin COVID-19 yang memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.

Mereka juga menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas yang perlu dibayar defendan akibat daripada kesan sampingan berkenaan.

Selain itu, plaintif menuntut semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan COVID-19 mengekang transmisi penyebaran wabak COVID-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.

Plaintif juga menuntut injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 11:36 AM | Show all posts
Selain itu, plaintif menuntut semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan COVID-19 mengekang transmisi penyebaran wabak COVID-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.

Plaintif juga menuntut injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan.


dulu masa orang dok pertikaikan benda ni, pesal tak hadam betul2... jenuh orang dok ckp jgn jd tikus makmal..jgn jd tikus makmal...tp dok whoareyuss kan je pendapat2 itew...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengeluar vaksin sendiri claim yg vaksin ni mmg akan memberi kesan buruk kpd 0.00001% orang. Dan yg percent kecik ni yg nak saman. Itu hak mereka la. Cuma ada bukti ke sakit tu disebabkan ambik vaksin?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:45 PM | Show all posts
otai_g replied at 28-11-2023 12:27 PM
Pengeluar vaksin sendiri claim yg vaksin ni mmg akan memberi kesan buruk kpd 0.00001% orang. Dan yg  ...

konar paling mudah: proses penuaan.

segala bukti deterioration of life mcm cepat semput, insomnia, dermatological issues yg berlaku langsung dari pengambilan beksin dia akan cakap takde bukit "sahih" atau "kukuh" sbb penuaan.

in my case,
last bisul and panau 1991.

amek booster, bisul naik sebulan lepas tu.

panau naik 2 bulan lepas tu and have been on krim anti panau eversince.


the medical profession cakap apa? proses penuaan = sbb tu panau naik.
eh kimak tol. 30 tahun aku takde panau kau kata penuaan = panau naik.


anjing sial.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap betul ko jadi menteri kesihatan patut ambil jawatan pertanian dll yg tiada kaitan covid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2023 01:04 PM | Show all posts
novlin replied at 28-11-2023 11:36 AM
dulu masa orang dok pertikaikan benda ni, pesal tak hadam betul2... jenuh orang dok ckp jgn jd tik ...

sebab dipaksa dengan ancaman pekerjaan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau suruh kutip derma untuk fight kj dan gov aku sanggup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 28-11-2023 12:45 PM
konar paling mudah: proses penuaan.

segala bukti deterioration of life mcm cepat semput, insomnia ...

Ko cam  ada autoimmune problem jer… atau body kurang amino acid. Cer google..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edisi bakalan cash!

Doa-doa mangsa penganiayaan dan pemaksaan air KONON terpaling soci penyelamat ummah hakikatnya hanyalah air terlaknat raja segala AEFI berpuaka selayaknya dihumban ke lobang neraka jahanam tingkat ke 7 kini,
dimakbulkan Allah.

SEMOGA CASH!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Goooooo rakyaaattttttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts

Kes ni masuk paper ye
Kes dr.roland tak masuk paper plak
Tolong la up kes bicara dr. Roland yg disaman kkm tu...rakyat patut tau pengakuan yg diberikan oleh dg isham bkaitan kesan vaksin kpd penerima vaksin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:01 PM | Show all posts
siapa ya lawyer yang mewakili plaintif ??
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:43 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 28-11-2023 01:04 PM
sebab dipaksa dengan ancaman pekerjaan

penjawat awam la plg terkesan. klu x ambil akan di bawa ke tata tertib. kesian kawan I cite.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 28-11-2023 12:45 PM
konar paling mudah: proses penuaan.

segala bukti deterioration of life mcm cepat semput, insomnia ...

Nasib badan la labu.. ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 28-11-2023 12:45 PM
konar paling mudah: proses penuaan.

segala bukti deterioration of life mcm cepat semput, insomnia ...

Owh yer ker. Jd ko nak salahkan vaksin sbg punca panau Dan penyakit2 lain naik kat bdn ko?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 28-11-2023 12:45 PM
konar paling mudah: proses penuaan.

segala bukti deterioration of life mcm cepat semput, insomnia ...

Ngam2 lepas injek,dah jadi tua..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
i dlu pun wajib amek vaksin...
i dh la tkt jarum..ujong ujong vaksin la jgk...alhamdulilah i slh sorg yg masih blm kena covid..hrp hrp x kena covid...mitk jauhh
btw lps amek vaksin tu badan i jd lemah sikit banding sblm tu...ke hnya kebetulan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang banyak yg berbeza sebelum dan selepas vaksin. Nak cakap sbb faktor penuaan @ keadaan kesihatan memburuk pun tak boleh sbb dlm 1-2 tahun je badan dr sihat jd sebaliknya. Tapi nak buktikan tu mcm susah le juga sbb buat check up berkala setiap tahun.

Harap diarg ni dpt buktikan & menang saman
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Team vaksin.
T/you Allah , t/you kerajaan, t/you vaksin kerana telah menyelamatkan ramai nyawa manusia despite of segelintir yg still in denial.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.236179 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list