CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2917|Reply: 20

[Tempatan] Penyakit kencing manis di Malaysia membimbangkan

[Copy link]
Post time 29-3-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA – Penyakit kencing manis atau diabetes kekal sebagai punca utama penyakit buah pinggang peringkat akhir di negara ini sejak dua dekad lalu diikuti penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, penyakit kencing manis kini dihidap oleh satu daripada lima orang dan ini amat membimbangkan kerana melibatkan 11.5 peratus populasi Malaysia.

Jelas beliau, 80 peratus terdiri dari golongan itu menghidap penyakit darah tinggi yang mana 74 peratus berpunca masalah kolesterol dan 84 peratus adalah obesiti.

“Penyakit tidak berjangkit dikenal pasti sebagai punca utama kematian dan kehilangan upaya di seluruh dunia terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Bilangan pesakit dialisis di negara ini pula secara keseluruhan menunjukkan peningkatan dari 26,480 pada 2011 kepada 49,770 pada tahun 2021.

“Antaranya terdapat seramai 43,968 pesakit hemodialisis,5,802 pesakit peritoneal dialisis dan pemindahan buah pinggang adalah seramai 1,839.

“Ini membawa kepada jumlah keseluruhan seramai 51,609 pesakit dengan penyakit buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Kidney Disease yang menjalani rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sambutan Hari Buah Pinggang Peringkat Negeri Selangor 2023, di sini, hari ini.

Zaliha menambah, penyakit buah pinggang kronik adalah keadaan progresif yang melibatkan 10 peratus daripada penduduk di seluruh dunia iaitu dengan anggaran lebih 850 juta individu.

Daripada jumlah kata beliau, lebih dua juta orang menjalani rawatan dialisis atau menerima pemindahan buah pinggang.

“Di Malaysia sahaja, bilangan pesakit penyakit kronik buah pinggang telah meningkat dari 9.07 peratus pada tahun 2011 ke-15 iaitu lima peratus pada tahun 2018.

“Kumpulan berisiko tinggi adalah individu yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti, golongan lebih tua atau berusia dan kaum wanita,” katanya.

Zaliha berkata, penyakit buah pinggang kronik merupakan beban yang sangat besar terutama di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Ujar beliau, keadaanya sama keadaan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskular iaitu serangan jantung, angin akhmar dan lain-lainnya.

“Bagaimanapun penyakit kronik buah pinggang adalah salah satu daripada penyakit NCD yang kurang mendapat perhatian sedangkan mengikut kajian Global Burden of Disease yang diterbitkan oleh Lancet.

“Penyakit kronik buah pinggang merupakan di antara punca utama kematian dengan kedudukan ke-12 di seluruh dunia pada tahun 2017.

“lanya dijangka akan meningkat kepada kedudukan nombor lima menjelang tahun 2040. Oleh yang demikian sewajarnyalah langkah-langkah konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan bagi menangani masalah penyakit buah pinggang kronik terutamanya pengesanan pada peringkat awal, supaya rawatan diberikan adalah paling berkesan,” katanya. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Swastakan  kesihatan devil takmo
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong Pengkuatkuasaan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb x bg bodyshaming. Tu yg mencanak2 naik golongan diabetes. Walaupon org kurus ada yg kencing manis, tp dah tentu majority dari yg gemok kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru buat regular check up semalam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo sebut angka2 ni sbnrnya is berbalik pd kkm. Kkm yg ada kuasa kat negara ni Dan aku jumpa bnyk makanan Dan minuman yg x sihat Dan mungkin beracun ada jual di pasaran. Blm campur supplement yg ntah apa2 kat Lazada shopee. Apa cer kkm?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2023 10:22 PM | Show all posts
Pagi nasi lemak. Lunch makan nasi lagi. Malam makan nasi lagi. Mana tak gemuk. Pastu kena minum air panas teh /kopi susu pekat manis. Kuih muih semua manis. Takleh berehat badan nak kena bekerja 24 jam. Kalau kerja buruh ke petani ke, takpelah. Setakat keja opis duduk , memang gemuk la badan. Kat insta or tik tok asyik melayan masak apa hari ni besok dan selamanya. Cuba subscribe weight loss program ke lifting ke..Gemuk is not awesome yer!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa mco aman2 berat badan normal sbb pagi2 hari2 bersenam sambil wfh x mandi pagi xpe bos apa tau, slps mco pergi kerja jalan jem balik malam sudah x bersenam, golongan bos2 aje bersenam kerja 4 jam sehari taw. Org kebanyakkan lain mengadap jem hari2 tanpa bersenam
Makanan kedai byk berlauk, sayur tiada, nasi goreng mee goreng xde sayur,  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Karut la ..fast food x salah la wey ni mesti vape punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri la salah. Semua benda carbo, gula
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 29-3-2023 09:14 PM
Baru buat regular check up semalam

uric acid tu utk monitor ape chuolsss… i ada yg the other twos je.. sbb i ni lemaahhhh tgk air yg sedap2 n dessert2… slurrrppppp
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni dr kecik pak saudara,mak saudara,atok nenek dua2 belah2 Ade penyakit 3 serangkai ni..pe yg aku rs lantak la korang..makan mcm x de ari esok kalo ikut cara nabi ajar x de la sakit mcm ni..ni x.. kalo Ade yg tegur yg tegur tu kn marah blk...Maka cpt la skt menjawap di bawah nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmlantakko replied at 30-3-2023 12:05 AM
uric acid tu utk monitor ape chuolsss… i ada yg the other twos je.. sbb i ni lemaahhhh tgk air yg ...

Check goutttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 04:44 AM | Show all posts
bolehla lepas ni tangkap mak2 yg bagi anak2 tadika minum coke pg2 buta

kawan laki akak perokok tegar ada ckp, yg minum gula banyak ni umur panjang dah tua2 mmg akan diabetic potong kaki menyusahkan keluarga, diorang yg isap rokok mati awal semua tak menyusahkan anak bini



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Peringatan utk diri, kurangkan manis kat minuman..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat mcm mana makanan kat Malaysia sedap2 belaker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmlantakko replied at 30-3-2023 12:05 AM
uric acid tu utk monitor ape chuolsss… i ada yg the other twos je.. sbb i ni lemaahhhh tgk air yg ...

Check paras asid urik sebelum terjadinya gout, batu karang dan sakit buah pinggang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 09:54 AM | Show all posts


Mungkin sebab cuaca panas mendorong orang minum air manis manis. Contoh terdekat pasar ramadhan jual air balang yg pelbagai perasa. Makan kuih manis manis lawan pulak dgn ice tea, teh tarik, milo volcano etc mana tak dpt penyakit? patut dah makan kuih manis minum la air kosong.:-)

Org kita tak pentingkan pemakanan sayur pun satu sebab juga.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
aku memang jenis xjaga makan sangat tapi jenis x minum air manis, memang minum air kosong kecuali kedai makan, hari tu check gula 4.8 kebetulan kesihatan ada buat check gula
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
biras haku ade 2 org Ade kencing Manis lelaki dan pompuan...hat laki da potong jari tgh n on off masuk sepital n biras pompuan umo sebaya haku 36 da cucuk insulin badan mmg bam bam n rendah...n laki haku mmg selalu advice Jaga makan Jaga minum makan berpada2 kalo x ikut biras2 haku depan mata... jd skang mmg control makan minum je nie nk gak la.kurus sihat n biler berjalan idok la mengah bagai kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 1.175364 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list