View: 9194|Reply: 24
|
Diana bengang pensyarah bagi nombor telefon kepada pelajar tanpa keizinan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Boleh tak kita jangan normalisasikan, memberi nombor telefon orang lain tanpa keizinan mereka?".
Demikian luahan dan permintaan pelakon, Diana Danielle selepas nombor telefonnya dikongsi tanpa keizinan sekaligus dihubungi oleh orang yang tidak dikenali.
Diana menerusi hantaran di TikTok berkata, dia menerima kiriman mesej daripada seorang pelajar yang ingin mewawancaranya dan apabila ditanya, diberikan nombor telefon Diana oleh pensyarahnya.
"Jadi, saya ada terima mesej daripada seorang pelajar yang nak mewawancara saya untuk salah satu projeknya dan saya faham, sebab saya pun pelajar. Kita memang ada kerja begitu. Kita kena ikut saluran yang betul.
"Saya tanya, dari mana dia dapat nombor saya sebab mesej saya sebanyak dua kali. Kali pertama, saya dah macam kenapa ada orang yang saya tak kenal tiba-tiba hantar mesej saya dan kali kedua, pada hari ini, hari Ahad, dia cakap minta maaf sebab dia cuma nak tanya sama ada boleh mewawancara saya.
"Saya tanya, mana dia dapat nombor saya? Saya tak tahu awak siapa. Rupa-rupanya, pensyarah dia yang beri dia nombor saya. Pada ketika itu, saya terfikir, sebagai pensyarah, penting untuk awak menunjukkan cara yang profesional untuk menghubungi seseorang.
"Kita tak kenal satu sama lain. Awak tak boleh semudah itu berikan nombor telefon saya kepada pelajar awak. Itu adalah nombor peribadi saya," katanya.
Isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu juga berkongsi prosedur yang sepatutnya diikuti dan dilakukan oleh pelajar yang ingin berurusan dengannya.
"Jadi, prosedur yang sepatutnya adalah, kita akan terima emel daripada pelajar yang bertanya sama ada boleh mewawancara saya. Itu normal.
"Tapi, saya tak pernah dapat kiriman mesej peribadi menerusi WhatsApp. Walaupun di Instagram, Facebook, TikTok, saya masih ada emel rasmi dan nombor telefon pengurus saya. Sebab kita perlu ada batasan, kan?
"Saya tak beri keizinan kepada sesiapa untuk semudah itu memberikan nombor telefon saya. Saya tak mahu diganggu. Jadi, jangan buat begitu.
"Ia adalah tata tertib yang lazim dan kalau awak nak kongsikan nombor telefon seseorang, minta izin terlebih dahulu kerana itu adalah privasi dan perlu dihormati, serta tak melanggar batasan," katanya.
api.hmetro.com.my/rap/2024/04/1084764/kalau-nak-kongsi-nombor-telefon-kena-minta-izin |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
I yg bukan celeb ni pun x suka org simply share my no kat org lain...mmg geram
Kalau orang2 baru kenal mintak phone no pun i x bagi..sbb tau ada udang sebalik mee..dh a few times terkena... mintak phone no..lepas tu contact kita jual insurance lah, jual seluar magic la.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus sheols tegur, lagi2 dalam institusi pendidikan ada tatatertib dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.
Kalau org berkaitan kerja minta my bosses' or subordinates' number nak tanya pasal kerja pun iols tanya dulu tuan punya badan.
Sebab kita tak suka tetiba ada nombor tak dikenali terjah phone kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
I tak faham. Pensyarah here refers to pensyarah Diana or pensyarah the kid yang contact Diana? Kalau budak tu punya lecturer, macam mana heshe boleh ada Diana's contact number?
Anyway. I rasa takde sape yang suka kalau orang share nombor kita dengan orang lain. Dengan tak mintak consent lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
seluar magic seluar apa wehhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
oo yg dia share tu no peribadi ke? patut la mengamok si dd ni. igt no kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
i pun xsuka..boss i suka sgt pass no i kt staff yg dr department lain..
kan i ada hp ofis bg personal number nape..pastu i bolayan je..
i bls dndm bg yg dia pulakk..tau lak ko
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pula mmg suka kalau no aku ni dibagi kat orang..kkdg rasa glamour pula bila tiba2 dpt no yg tak dikenali masuk.hahaha..lgpn aku pakai truecaller agak2 no pelik yg keluar aku tak angkat aje.simple. |
|
|
|
|
|
|
|
SISPAA kan aje pensyarah tu. By the way sekarang ni tak boleh simply terima call dari no yg tak dikenali. Meols ada baca 1 post di fb yg phone kita boleh kena hack dengan hanya menjawab telefon atau reply whatsapp/telegram dari no yg tak dikenali. Iphone ke, android ke, dua ii boleh kena hack dengan cara ni. Boleh baca di fb bantal busuk |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 29-4-2024 01:28 PM
seluar magic seluar apa wehhhh
Lupa apa nama tah..kisahnya I dok cerita kaki I lenguh kat a friend to my friend ni..jumpa masa open house..masa nk balik dia mintak my no...tak sempat I sampai rmh ..dlm kereta tgh jem tu dpt her message promote seluar tu..mahal nk mampos rm800..I tgk cm leggings biasa je..ada infrared ke hape katanya..blh hilang sakit kaki n lenguh2
I lupa nama brand tu |
|
|
|
|
|
|
|
oo.. hahahaha seluar infrared, i pernah dgr seluar ni pernah famous 1 one time. byk org tua sakit lutut jadi mangsa beli seluar ni. rasa kat porum ni pon mcm pernah keluar cerita legging infrared tu bistu ko beli tak seluar magic
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 29-4-2024 03:39 PM
oo.. hahahaha seluar infrared, i pernah dgr seluar ni pernah famous 1 one time. byk org tua sakit ...
I baru google nama dia aulora |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha, jual emas untung ribu2 gassss jgn dilupa. promote produk MLM too. hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 29-4-2024 03:39 PM
oo.. hahahaha seluar infrared, i pernah dgr seluar ni pernah famous 1 one time. byk org tua sakit ...
Eee.. idok le kuasa nk beli..bkn I sakit kaki pun..I lenguh je sbb berjln sakan masa raya tu..bkn this raya ...raya 2 thn lps rasanya...pastu I bengang sbb dia punya X nyempat2 nk wasap I tu...I dok tgh bengang jln jem..tetiba dpt msg pomot seluar mahal nk mampos |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 29-4-2024 03:45 PM
hahaha, jual emas untung ribu2 gassss jgn dilupa. promote produk MLM too. hihi
Kannnn..kalau mintak tel no tu tau la ada tujuan lain..bkn ikhlas nk bersilaturahim...kalau mcm I yg xde nak jual apa2 ni koser sgt nk mintak tel no org.. kdg2 member lama tetiba terjumpa pun i malas nk mintak no...bkn rajin pun nk contact org |
|
|
|
|
|
|
|
btl tu, stkt nk tgk status wasap tu baik tgk medsos lain je la like ig or fb etc.
telefon ni kalau ada urusan ptg je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bethooooll laa si didi ckp,, klu btl nk mewawancara utk projek U, blh je thru email.
Bab2 kerjaan ni mmg official kena guna email lah keeeennnsss |
|
|
|
|
|
|
| |
|