CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4625|Reply: 61

[Tempatan] Warga KL paling murung, stress

  [Copy link]
Post time 20-11-2023 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 20-11-2023 12:24 PM

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Di sebalik kerancakan hidup suasana bandar dengan bangunan pencakar langit serta pelbagai gedung membeli-belah dan kemudahan, ia sebenarnya menyumbang kepada tekanan kesihatan mental warga kota.


Menurut pakar, berbanding penduduk di kampung, warga kota lebih mudah mengalami gangguan emosi yang turut menjejaskan keadaan mental akibat peningkatan kos sara hidup, terutamanya kehidupan pasca COVID-19.


Pakar Psikiatri dan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, warga kota yang mahu mengekalkan gaya hidup tinggi pasti tertekan kerana perlu lebih memerah keringat untuk memperolehi pendapatan yang boleh menampung semua perbelanjaan.


Keadaan ini sudah tentunya jauh berbeza dengan mereka yang tinggal di kampung dan akhirnya ada  warga kota yang dibelit hutang keliling pinggang kerana tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik.


“Sepanjang tempoh pasca COVID-19,  ada yang tinggal di bandar berhadapan dengan kemungkinan kehilangan pekerjaan ditambah kos sara hidup yang tinggi. Kedua-dua faktor ini berkemungkinan besar punca utama stres psikologi dalam kalangan penduduk bandar, ” beliau memberitahu Bernama.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dipetik berkata Mac lalu bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mempunyai bilangan tertinggi penduduk yang dilanda kemurungan dan kebimbangan (anxiety) berbanding negeri lain.


Beliau berkata, hasil saringan kesihatan mental 2022 ke atas 336,900 individu di seluruh negara yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati, 70 peratus daripada penduduk WPKL paling terkesan dengan kemurungan dan kebimbangan akibat beberapa faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi.

KOS HIDUP YANG TINGGI

Menurut Dr Zaliha, kajian berkenaan juga mendapati yang paling mudah terkesan adalah mereka dalam kumpulan B40 dan miskin bandar, sementara isu kesihatan mental dalam kalangan remaja dan belia adalah akibat masalah kewangan dan perhubungan.

Faktor lain termasuk buli, tingkah laku berisiko tinggi, rasa rendah diri atau jangkaan tinggi terhadap pencapaian diri sendiri.

Berkongsi pandangan Dr Mohanraj, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kos sara hidup adalah faktor utama menyumbang kepada isu kesihatan mental di Kuala Lumpur sejak kadar harga di kawasan bandar lazimnya lebih tinggi daripada negeri lain di Malaysia.

“Sewa rumah dan harga barangan serta perkhidmatan terutama barangan berkaitan makanan adalah lebih tinggi. Apabila kos sara hidup meningkat, kuasa membeli pendapatan isi rumah akan berkurangan,” katanya.

Menurut pasaran hartanah digital Malaysia, Propertyguru.com, purata perbezaan sewa bulanan rumah teres di Malaysia di Kuala Lumpur dan Sarawak adalah sebanyak RM200.

TEKANAN PENDIDIKAN

Institut Kesihatan Malaysia ada menyatakan, di Malaysia, punca utama tekanan yang dialami pelajar adalah masalah fokus akibat maklumat yang berlebihan, tekanan beban kerja di samping peperiksaan yang sudah tentunya menjejaskan kesihatan mereka.

Pada Jun 2017, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), menulis nota kepada ibunya menyatakan bahawa dia tidak tertanggung tekanan dalam hidupnya sebelum membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Setapak.

Mengulas tentang perkara ini, Pensyarah Psikologi, Kolej Raffles Kuala Lumpur Farhana Nabila Fakaruddin berkata, subjek kursus yang sukar seperti kursus reka bentuk atau tugasan teori yang berterusan boleh menyebabkan pelajar menjadi tertekan dan boleh menjurus kepada kemurungan atau kebimbangan sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal.


“Di samping tekanan pendidikan, pelajar yang datang dari negeri lain ke Kuala Lumpur juga perlu menyesuaikan diri kerana mereka boleh berasa sunyi dan resah,” beliau memberitahu Bernama.


Farhana juga menyatakan bahawa pesakit yang mengalami kemurungan dan kebimbangan akan segera mendapatkan rawatan pakar psikiatri daripada berjumpa kaunselor atau pakar psikologi tanpa menyedari bahawa mereka salah tanggapan ujian skrin dalam talian yang mungkin menunjukkan hasil bahawa mereka dalam peringkat yang teruk.


“Biasanya pakar psikiatri akan memberi ubat-ubatan tetapi hanya untuk tahap yang teruk dan sekiranya pesakit tidak mengambil ubat, gejala kemurungan akan menjadi buruk sehinggakan mereka mungkin mempunyai kecenderungan bunuh diri, mendengar suara atau halusinasi,” katanya.

MENGHARAPKAN PERUBAHAN

Bernama juga menemu bual beberapa individu yang sedang mengalami kemurungan serta kebimbangan, untuk berkongsi pengalaman mereka.

Seorang tukang roti berusia 29 tahun yang enggan namanya disebut berkata, punca sebenar kemurungan yang beliau alami adalah daripada pengalaman dibuli sebelum ini oleh rakan sebaya serta guru. Ini ditambah pengalaman membesar dalam keluarga yang tidak stabil dan emosi yang terganggu akibat isu saiz tubuh.

“Kita terperangkap dalam perlumbaan untuk menjadi lebih baik dan terpaksa bekerja keras supaya dapat membayar bil perbelanjaan di samping memenuhi komitmen keluarga. Semuanya ini akan hanya membuatkan kita lemas dengan tekanan rakan sebaya serta isu kesihatan mental.

“Saya amat berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan yang masih belum dilakukan. Saya juga berharap pihak kerajaan tidak akan menjadikan mereka yang cuba membunuh diri sebagai penjenayah.

“Amat mengganggu perasaan untuk melihat seseorang yang cuba membunuh diri, kemudian berjaya dipujuk untuk tidak melakukannya, dan dilihat diiringi polis ke hospital untuk penilaian mental,” katanya.

Sementara itu, bekas guru Rukshan Gill berkata, tekanan di tempat kerja serta runsing tidak mempunyai cukup wang bagi memenuhi komitmen, membuatkan beliau mendapat anxiety.

Menurut Rukshan, beliau amat bergantung kepada sistem sokongan, suaminya serta rakan-rakan yang banyak membantu ketika mengalami anxiety attack. Namun beliau juga berharap kerajaan serta sektor swasta berusaha lebih gigih untuk membantu mereka yang dilanda isu kesihatan mental.

“Saya berharap kerajaan serta sektor swasta boleh menyediakan sesi kesihatan mental yang mampu bayar dan menjadikan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada pakej insurans agar dapat dimanfaatkan ramai.” tambahnya.

Di samping perkhidmatan yang disediakan kerajaan, satu lagi pilihan untuk mereka yang mempunyai masalah kemurungan ialah seorang pendengar atau penyokong. Pilihan ini membolehkan mereka yang tertekan dapat meluahkan perasaan. Namun, isu kesihatan mental ini perlu difahami secukupnya.

Pengarah Urusan The Inner Lynk Therapy and Wellness Centre, Gianina Ginnie Kon berkata, kes kesihatan mental masih meningkat akibat stigma terhadap mereka yang mengalami keadaan abnormal atau gangguan.

Menurut beliau, kurang kesedaran, pendidikan, tanggapan setrta bimbang dengan mereka yang mempunyai penyakit mental boleh menambah stigma. Keadaan itu juga boleh menyekat orang yang mempunyai penyakit mental daripada mendapat bantuan, menyesuaikan diri dalam masyarakat dan hidup bahagia serta selesa.

Dr Zaliha dipetik berkata, terdapat sebanyak 1,161 klinik kesihaan, 58 hospital, 34 pusat kesihatan mental komuniti (MENTARI) serta empat institusi mental dan cukup kelengkapan untuk menangani isu kesihatan mental termasuk pengesanan awal serta pemulihan.

https://www.bernama.com/bm/bfokus/news.php?kesihatan&id=2191769


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2023 08:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:52 AM | Show all posts
masuk la porom cari. sure terhiburrr , ilang stress

mujarab

#admin6naktacangsbbtolongpomote
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:00 PM | Show all posts
hidup ni tak perlukan modal sgt kalau kita hidup bangun pagi mancing makan hasil ikan pancing sayur2 kutip pucuk paku. buat khmah mcm gi campng tu risau plak banjir ular besar masuk. eh tak jadilah..baik aku mcmni saja. jimat dan keje rajin2
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress sbb loan ..Hutang bank.. berlagak je lebih. Kereta sorang sebijik laki bini.. anak international school.. Rumah berjuta… rasakan!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:08 PM | Show all posts
biasala tu stress di mana2
nak terberak tak jumpa tandas pon stress tahap tertinggi jugak
setiap masa dan setiap benda buat planning elok2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmglah murung kalau dah tiap minggu coffee shop hopping lps tu berlawan handbag sapa lagi mahal baju sapa lagi lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku stress dan hampir pitam tgk forum bersepah2 thumbnail image muka kusam gay basi. Kau kene fogging satu forum cari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah dok sibuk hitung hal orang. Mmg tak kan stress punya. Aku pnya stail mcm tu la. Aku la org yg plg last tau apa2 benda pun kt opis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup aman2 tak payah berlawan minum Starbucks ke tudung duck. Mesti banyak boleh simpan. Ni budak2 kolej pun minum Starbucks. Ngantuk katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-11-2023 11:52 AM
masuk la porom cari. sure terhiburrr , ilang stress

mujarab

Sokongggg...



Janji masuk santai² bukan nk bgasak
Aku yg dok tepi mkn popcorn pn leh anxiety
Masuk nk healing hujung² depressed
Sesekali wojib hencap wartawan cari khelas blakang tersendiri.
Hilangggg stress tauuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:16 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 20-11-2023 02:46 PM
Tak yah dok sibuk hitung hal orang. Mmg tak kan stress punya. Aku pnya stail mcm tu la. Aku la org y ...

alamak, sama lah i pun gitu, selagi kerja siap on time, lain2 tak ambik pusing..tp mula2 dulu ada jgk yg tak puas ati konon kita ni tak bergaul sgt, saja cari pasal. dh confront kaw2..baru ada akal diorg tu..kita tak kacau org kan, yg nyibuk hal kita buat apa..ada jgk yg mcm tu beb.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:21 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 20-11-2023 02:58 PM
Hidup aman2 tak payah berlawan minum Starbucks ke tudung duck. Mesti banyak boleh simpan. Ni budak2  ...

iyelah, i tgk org muda2 skrg suka nau dgn trend cafe camtu..konon2 kelas la kot eh. pening i minum kopi pekat nau. yg ntah berapa shot lagi..sesekali ok la..i dlm setahun paling bnyk ada la 2 kali jejak starbuck tu. mahal pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Barang tertinggal kat rumah stress jugak, drive tersalah masuk jalan lorong dan sesat pun stress, anak memekak jiran memekak India sembahyang bau kemenyan pun stress
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:30 PM | Show all posts
warga kota yang dibelit hutang keliling pinggang


hidup nk berlagak.. eksyen..

while us in kampung, we do what we want!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:38 PM | Show all posts
ninja boy replied at 20-11-2023 03:28 PM
Barang tertinggal kat rumah stress jugak, drive tersalah masuk jalan lorong dan sesat pun stress, an ...

stray dogs beranak kat area rumah pastu anaknya buat umah iols mcm umah dia pun boleh jd stress.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
stress jugak ni kerja tak beres
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:39 PM | Show all posts
manopBKK replied at 20-11-2023 12:07 PM
Stress sbb loan ..Hutang bank.. berlagak je lebih. Kereta sorang sebijik laki bini.. anak internatio ...

saya lah tu salah sorang. sapa nk beli MPV saya dan umah saya...saya nk bebaskan diri dari hutang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:51 PM | Show all posts

sepppp

reputz cari mmg takdak sapa muleh chelen la bab bukak bebenang merepek meraban segala mcm donia ana yg munya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:02 PM | Show all posts
Edited by brego at 20-11-2023 09:07 PM

for starting,
praktis breathing 4,7,8

will improve your mental & physical health





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069812 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list