CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2797|Reply: 0

DuoPad : Membawakan Fungsi Sesentuh Kepada Kesemua Skrin Komputer

[Copy link]
Post time 25-3-2015 11:14 AM | Show all posts |Read mode


Sistem operasi Windows 8, 8.1 dan 10 direka khas untuk digunakan oleh komputer dengan skrin sesentuh. Ianya diharap dapat membawakan kemudahan seperti menggunakan sebuah tablet tetapi masih mempunyai kemampuan seperti sebuah PC lengkap. Sungguhpun begitu tidak kesemua PC mempunyai skrin sesentuh. Jika anda pengguna desktop tegar seperti kami fungsi skrin sesentuh adalah terlalu mahal dan tidak praktikal. Akhirnya fungsi skrin sesentuh seperti Charms Bar dan mentatal skrin ke bawah untuk menutup aplikasi tidak boleh digunakan.

DuoPad cuba membawakan fungsi skrin sesentuh kepada mana-mana PC pada harga yang murah. Ianya sebuah trackpad yang dilengkapi kamera infra merah beresolusi tinggi. Apabila anda meletakkan tangan pada DuoPad ia akan memaparkan tindanan bayang jari anda pada monitor yang digunakan. Kini anda boleh melakukan gerakan hari seperti pinch to zoom, mentatal skrin serta fungsi Charms Bar seperti sebuah tablet pada sebuah PC tanpa skrin sesentuh.

Pada harga permulaan hanya $69 sebuah, ianya memberikan kemampuan skrin sesentuh kepada semua PC pada harga yang mampu milik. Sebagai pengguna Windows 8.1 kami sangat gemarkan fungsi skrin sesentuh. Menggunakan sistem operasi ini jauh lebih mesra pengguna dan intuitif dengan skrin sesentuh. DuoPad ialah alat kawalan input yang kami rasakan menarik untuk dimiliki.

kredit:www.amanz.my




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055810 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list